Hari ini teruja sangat ingin berkongsikan resepi untuk para penggemar cheese. Menarik sangat nama resepinya ialah kek pandan cheese melimpah ruah, dibuat oleh ‎‎Ariana Sofia Ahmad‎ dan berkongsi di Facebook. Bayangkan gambar mestilah terliur bukan?

Sedapnya kek ini kerana lembut dan aroma pandan yang wangi amatlah menyelerakan. Cheese sebagai topping menambah kesedapan kek mencetuskan rasa tradisional yang baharu.

Supaya lebih sedap, boleh banyakkan cheese untuk dapatkan rasa yang lebih berkrim. Selain itu anda boleh berkreativiti jika ingin tambah apa-apa bahan sebagai toppingnya. Sesiapa yang tidak tahan boleh cuba sekarang untuk hidangan minum petang atau acara kenduri.

Resepi Kek Pandan Cheese

kek pandan cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur (Gred B),
  • ¾ cawan gula halus,
  • 1 sudu besar ovallete,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sk baking powder,
  • 1 sk soda bikarbonat,
  • 1 sk cream of tartar,
  • 1 sk perisa pandan coconut,
  • 2 sk pewarna hijau epal,
  • 5 sudu besar minyak masak.
  • 300 g cream cheese,
  • 1 ½ cawan whipping cream,
  • ½ cawan susu pekat,
  • ½ cawan susu segar.
  • Cheddar cheese (diparut).

Cara-cara :

  1. Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete.
  2. Mix sehingga sebati dan gebu. Tapi masih cair.
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan krim tartar. Mix lagi sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.
  4. Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula, sampai sebati macam ini.

    kek pandan cheese

    Imej via Facebook

  5. Masukkan adunan ½ bekas sahaja.
  6. Kukus 20 minit @ sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kek. Pastikan kukus naik gebu macam ini. Nak tahu masak ke tidak goyangkan bekas, kalau tak cair maksudnya sudah masak.
  7. Terbalikkan terus daripada bekas dalam 10 minit.
  8. Potong di tengah-tengah kek dan ketepikan. Buat cheese pulak. Sementara tunggu kek masak boleh buat cheese.
  9. Masukkan cheese, susu pekat dan whipping cream.
  10. Mix sehingga sebati.
  11. Masukkan cheese dalam pipping beg, tak masukkan pun tidak apa. Simpan ¼ dari adunan untuk buat lapisan cheese paling atas (cair).
  12. Letak cheese atas kek yang lapisan bawah.
  13. Letak pulak cheese bahagian atas kek. Jangan kedekut sangat cheese.

    kek pandan cheese

    Imej via Facebook

  14. Kemudian lebihan cheese tadi mix semula dengan susu segar untuk lapisan atas sekali.
  15. Tuangkan 3-4 sudu cheese yang mix tadi ke atas kek. Walaupun cair sedikit tapi masih pekat. Bahagian atas akan jadi licin lepas tuang lapisan cheese yang atas.
  16. Parut cheddar cheese atas kek sampai melimpah ruah.

Resepi Menarik Lain

Selain kek pandan cheese, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.