Siapa sahaja tak suka dengan kek batik kan? Kek paling mudah nak buat tanpa menggunakan sebarang mixer atau oven pun dah boleh jadi kek. Bahan-bahan yang nak buat pun mudah nak dapatkan. Resepi kek batik indulgence ini pasti membuatkan anda tak sabar nak hidangkan untuk anak-anak anda.

Resepi asal kek batik ini ialah campuran biskut marie, mentega, serbuk koko dan telur. Ada juga resepi kek batik yang tidak menggunakan telur. Nama kek batik ini bermula dari orang British kerana mereka mengatakan corak pada kek itu seperti batik. Kali ini kami bawakan resepi kek batik yang telah diolah mengikut permintaan.

Kek batik indulgence ini berbeza sedikit dengan kek batik asli. Kek batik indulgence ini mempunyai topping coklat ganache dan krim cheese di permukaan kek. Menyelerakan rasanya. Jom ikuti resepi kek ini oleh Muhammad Ali atau juga dikenali sebagai Mr Ali yang popular dan rajin berkongsi resepi kek batik indulgence ini di laman Facebook beliau.

Resepi Kek Batik Indulgence

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

Loyang 7 inci

Ada 3 lapisan

  • Kek batik
  • Cream Cheese
  • Ganache

Bahan-Bahan Kek Batik

  • 4 telur ( resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh)
  • 200g butter. (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
  • 300 g biskut merry
  • 3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas.
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat
  • Secubit garam (optional) (again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)

Cara penyediaan kek batik

  1. Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut.
  2. Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat.
  3. Dah agak pekat, tutup api, biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.
  4. Gaulkan dan isi dalam bekas.
  5. Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit.

Cream cheese/ indulgence

  • 120g whipping cream
  • 40 gram gula kastor
  • Setengah sudu kecil essen vanilla
  • 250g cream cheese

* gelatin adalah pilihan masing-masing nak masuk pun boleh tak nak masuk pun tak aoay. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.

(gelatin 10 gram + 40 ml air panas (0astikan betul-betul panas)

larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair

Cara penyediaan cream cheese/ indulgence

  1. Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whiping cream & gelatin.
  2. Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.
  3. Tuang atas kek batik tadi.
  4. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.

Bahan ganache

  • 100 gram whiping cream
  • 100 gram dark chocolate
  • satu sudu kecil butter

Cara penyediaan ganache

  1. Double boil kan semua bahan-bahan di atas. Dah sebati kasi suam dulu then baru tuang atas cream cheese tadi.
  2. Tinggalkan semalaman & boleh makan.

Resepi Menarik Lain

Menarik bukan resepi kek batik indulgence ini, makan pula waktu kek sejuk confirm satu hari dah habis. Sebab sedap sangat! Jangan lupa baca resepi lain yang menarik kami sediakan untuk anda ini. Paling penting jangan lupa share dan like. Terima kasih juga singgah di laman web kami.

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.