Teringin makan kuih lopes? Guna cara mudah tidak perlu kukus dan daun pisang. Ayuh tengok resepi di bawah ini.

Lopes ialah makanan tradisi dibuat daripada beras pulut ditabur kelapa dan dimakan dengan air gula Melaka. Asasnya lopes dimasak dengan cara kukus atau rebus dan paling penting bungkus dengan daun pisang bentuk segitiga. Namun tidak semua orang boleh buat cara tersebut kerana agak memakan masa dan sukar untuk sediakan satu-persatu.

Justeru, Ina Usor di laman Facebook berkongsikan resepi lopes masak dengan periuk nasi. Cara penyediaan seperti ini semestinya amat mudah, semua orang boleh buat. Yang diperlukan hanya periuk nasi untuk masak pulut, kemudian beras pulut yang sudah masak dibentukkan sesuai keinginan. Tidak perlu daun pisang dan tidak memakan masa.

Lopes yang dimasak cara ini mencetuskan rasa terbaik sebab ianya pakai air daun pandan yang menambah wangi aroma lopes. Tanpa tunggu lama, ayuh cuba buat lopes periuk nasi.

Resepi Lopes Periuk Nasi

Imej via Facebook

Bahan Pulut :

  • 2 cawan beras pulut,
  • 1 cawan santan cair,
  • 1 cawan air,
  • 1 cawan air daun pandan,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu),
  • Kelapa parut secukupnya.

Bahan Air Gula Melaka :

  • 1 keping gula Melaka,
  • 1 cawan gula perang,
  • 5 cawan air,
  • 1 helai daun pandan.

Cara-cara :

  1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka.
  2. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
  3. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila sudah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
  4. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalan bekas bersesuaian. Kemudian, bentukkan bulat (boleh guna cawan).
  5. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

    Imej via Facebook

  6. Untuk kuah, masak gula melaka, gula perang, air, dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
  7. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain lopes rice cooker, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.