Ikan keli merupakan antara lauk kegemaran rakyat Malaysia. Namun begitu, ada sebahagain orang yang kurang suka keli kerana ianya agak hanyir dan licin bila dibersihkan. Padahal bau hanyir tersebut boleh hilang bila ikan dibersihkan dengan betul, caranya ada di SINI. Ikan keli biasanya digoreng berlada, dibakar, asam pedas, dan yang paling terkenal sekarang ialah keli masak cekur. Tidak sabar ingin tahu resepi sedap keli lain? Sila cubakan 10 resepi keli yang menarik.

1. Ikan Keli Bakar Masak Cekur @ Pecal

Imej via Facebook

Menu satu ini merupakan carian tertinggi di laman sesawang. Rasanya yang sedap dan wangi buatkan ramai orang menyukainya. Ikan keli harus disalai dulu dan jangan lupa cekur ialah bahan utama tidak boleh terlepas pandang. Resepi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli dibakar,
  • Air asam,
  • Santan,
  • Daun kunyit/daun cekur,
  • * Isi cekur,
  • * Bawang merah dan putih,
  • * Cili padi.
Cara-cara :
  1. Mula-mula lumur ikan dengan garam dan kunyit dan terus bakar.
  2. Seterusnya tumbuk bahan bertanda * kemudian tumis bahan.
  3. Masukkan air sedikit.
  4. Terus masukkan santan dan juga air asam, masak ianya sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan sedikit garam.
  6. Akhir sekali letak ikan bakar tadi ke dalam kuah dan tabur dengan daun cekur @ kunyit.
  7. Masak kuah sampai siap.

2. Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api

Imej via Facebook

Menu makan tengah hari dengan ikan keli salai masak lemak cili api. Rasa lemak pedas dia sangat sempurna jadi lauk makan tengah hari. Rugi kalau tidak cuba resepi yang dikongsikan oleh Huda Binti Safiei di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli rendam air asam semalaman.
  • Cili padi 10 batang,
  • Kunyit hidup,
  • Sedikit halia,
  • Serai dititik.
Cara-cara :
  1. Ikan dicuci bersih dan dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian salai atau bakar ikan.
  3. Seterusnya tumbuk cili padi, kunyit, dan halia.
  4. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk yang agak besar daripada size ikan.
  5. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan santan dan asam keping.
  6. Tunggu sehingga pecah minyak. Guna api perlahan sahaja.
  7. Kemudian masukkan sedikit garam dan perasa.
  8. Akhir sekali masukkan ikan yang telah disalai.

3. Ikan Keli Masak Taucu

Imej via Facebook

Walaupun tampaknya guna banyak bahan tapi resepi ini tidak renyah. Keli masak taucu mampu bangkitkan selera makan. Rasa pedas, manis yang sesuai amat menyelerakan bila dimakan bersama nasi putih. Ayuh cubakan resepi keli masak taucu oleh Mak Yang di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 kilo ikan keli,
  • 1 biji bawang besar,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 4 ulas bawang merah kecil,
  • 1 inci halia,
  • 1 batang kayu manis,
  • ½ sudu biji sawi,
  • 3 sudu taucu,
  • 1 biji timun,
  • 10 biji cili hijau,
  • Sedikit cili padi,
  • 2 sudu kicap,
  • Sedikit air asam jawa,
  • 5 cawan air dan minyak.
Cara-cara :
  1. Ikan digaul dengan garam, kunyit dan digoreng terlebih dahulu.
  2. Lalu panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, biji sawi, kayu manis dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan taucu dan kacau sekejap.
  4. Kemudian masukkan 5 cawan air, sedikit air asam jawa, 2 sudu kicap, timun, cili merah, cili api, dan bawang besar dipotong bulat.
  5. Masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit serbuk perasa.

4. Ikan Keli Goreng Berlada Berapi

Imej via Facebook

Resepi ini amat mudah dan sesuai untuk anda yang suka masakan kampung. Kepedasan menu ini mengikut selera anda. Tapi yang pastinya sekali cuba makan mesti teringin lagi. Resepi dikongsikan oleh Dayah Mamat di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan keli digaul kunyit, garam dan digoreng.
  • 2 labu bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci kunyit hidup,
  • Lada jarum (ikut kepedasan yang disukai),
  • Sedikit belacan,
  • Perasa secukupnya.
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan kecuali ikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  3. Masukkan perasa secukupnya.
  4. Tumis dengan api perlahan supaya tidak hangit.
  5. Jika bahan masak sempurna dan agak garing tutup api.
  6. Curahkan sambal ke atas ikan yang digoreng tadi.

5. Ikan Keli Percik

Imej via Facebook

Keli percik merupakan satu antara resepi keli yang sedap. Zaky Mat Ali berkongsi resepi keli percik yang gerenti lazat dan tidak hanyir. Kuah perciknya sedap dan menyelerakan sangat mari cubakan.

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ikan keli,
  • 2 kotak kecil santan,
  • 8-10 bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 2 sudu serbuk kunyit,
  • 2 inci halia,
  • 6 tangkai cili kering atau 3 sudu cili giling,
  • 2 batang serai,
  • 1 sudu kecil asam jawa,
  • Garam dan gula secukup rasa,
    (Bahan di atas adalah untuk perapan ikan keli).
  • 3 sudu serbuk kunyit,
  • 2 sudu garam.
Cara-cara :
  1. Ratakan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ikan keli, kemudian panggang.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan bersama santan dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan asam jawa dan serai yang diketuk. Kacau perlahan- lahan.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Curah kuah percik ke atas ikan keli semasa dipanggang.

6. Ikan Keli Cili Hijau Bali

Imej via Facebook

Kuantiti resepi berikut adalah untuk 4 ekor ikan keli. Jika anda bingung masak apa maka ikan keli cili hijau ialah pilihan tepat. Lauk ini dimakan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman, lagilah sedap. Resepi oleh Noor Khadijah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan keli,
  • Kunyit sedikit,
  • 5 biji cili hijau*,
  • 10 biji cili padi hijau (ikut kepedasan masing2)*,
  • 1 labu bawang besar*,
  • 5 biji bawang putih*,
  • 1 biji tomato*,
  • Sedikit belacan*,
  • 1 sudu kecil asam jawa,
  • 1 kiub ikan bilis,
  • Secubit garam,
  • 1 sudu gula,
  • 1 batang serai,
  • 2 helai daun limau purut.
Cara-cara :
  1. Blend bahan bertanda * dan asingkan.
  2. Seterusnya ikan keli digoreng garing dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan 1 batang serai.
  4. Kemudian masukkan bahan bertanda* yang sudah diblender dan daun limau purut ditumis sehingga garing.
  5. Masukkan asam jawa, kiub ikan bilis, gula dan garam. Tunggu sehingga pecah minyak dan akhir sekali masukkan ikan. Siap.

7. Ikan Keli Masak [email protected]

Imej via Akma Laily Nayan

Ramai yang tidak tahu keli masak kari. Ramai yang tanya lembik kah? Hanyir kah? Tidak perlu risau kerana rasa dia tidak hanyir pun. Bahkan tidak perlu salai dulu. Ayuh baca resepi di bawah dikongsikan oleh Akma Laily Nayan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli,
  • Santan,
  • Rempah kari ikan,
  • Daun kari,
  • Herba campur,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Kacang bendi,
  • Tomato.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan herba campur. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan air. Biarkan sampai pecah minyak.
  2. Masukkan santan, ikan keli, kacang bendi dan tomato.
  3. Perasakan dengan garam, aji dan sedikit gula. Biarkan sampai ikan sudah masak. Siap.

8. Ikan Keli Masak Asam Pedas

Imej via Facebook

Masak asam pedas ikan keli guna resepi yang dikongsikan oleh Adib Aufa di laman Facebook. Gerenti ikan tidak akan hanyir kerana guna asam [email protected] yang lunturkan licin dan hanyir ikan. Menu ini sedap jadi lauk tengah hari. Ayuh cubakan.

Bahan-bahan :
  • Ikan keli dibersihkan dengan limau atau asam jawa,
  • 20 biji cili padi,
  • 1 inci kunyit hidup,
  • 1 inci halia,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 4 biji bawang merah,
  • Semua ditumbuk halus,
  • 2 batang serai diketuk,
  • 4 helai daun limau purut,
  • 2 keping asam gelugor @ asam keping, (kalau mahu masam lagi boleh tambah asam)
  • Garam dan ajinomoto @ gula sesedap rasa,
  • Minyak masak untuk menumis,
  • Sayur bendi jika suka,
  • Air.
Cara-cara :
  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan serai yang diketuk, asam keping dan air secukupnya.
  3. Biar mendidih, kemudian masukkan ikan, daun limau dan bendi.
  4. Bubuh garam dan serbuk perasa. Boleh juga masukkan daun kesum dan bunga kantan.

9. Ikan Keli Bakar

Imej via Facebook

Sedapnya ikan keli bakar makan dengan nasi putih. Tidak lupa gandingkan dengan air asam yang merangsang selera. Azirah Hj Rahim berkongsi resepi ikan keli bakar segar di laman Facebook. Kalau anda tengah berdiet baiknya jangan tengok resepi ini.

Bahan-bahan :
  • Serbuk cili,
  • Serbuk kari ikan babas,
  • Serbuk kunyit,
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Gaul ikan dengan bahan di atas.
  2. Bungkus ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
  3. Bakar dengan arang atau dengan pan.
Bahan air asam cara mudah :
  • Cili, belacan, dan garam ditumbuk
  • Lepas itu letak air asam jawa, kacau dalam lesung batu dan siap.

10. Ikan Keli Masak Tempoyak

Imej via Facebook

Ingat ikan patin sahaja masak tempoyak? Ikan keli pun boleh juga. Masak pedas kaw-kaw lagi sedap. Resepi ikan keli masak tempoyak dikongsikan oleh Yam Aniss di laman Facebook. Resepi mudah dan lazat, sedap pula hirup kuahnya.

Bahan-bahan :
  • Bawang besar,
  • * Cili padi,
  • * Kunyit hidup,
  • * Cili merah,
  • * Tempoyak,
  • Timun,
  • Daun kunyit,
  • Serai,
  • Garam dan gula.
Cara-cara :
  1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan gaulkan sampai sebati, tumbuk pun boleh.
  3. Kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk tadi kedalam periuk.
  4. Masukkan air, didihkan dengan api perlahan.
  5. Bila sudah mendidih masukkan ikan keli, timun, daun kunyit, serai (diketuk), garam dan gula. Masak sampai ikan empuk dan hidangkan.

Resepi Lain

Selain ikan keli, kami juga menulis resepi kumpulan lain yang mendapat perkongsian ramai dan mudah untuk anda cuba. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.