Ikan merah merupakan ikan yang yang hidup di air masin, biasa dikenali sebagai ikan siakap merah. Ikan merah banyak dijual di pasar segar, tapi harga boleh tahan mahal. Lagilah kalau beli di kedai, ikan merah 3 rasa, ikan merah bakar, memang terus tebuk poket.

Ikan merah seekor boleh makan 2-4 orang. Masak untuk satu keluarga untuk sambut hari jadi mahupun hari istimewa lain. Boleh kenyang dari malam hingga ke pagi.

Selain itu resepi masak ikan merah banyak pilihan. Paling sedap dimasak stim dan berkuah. Oleh itu, kami telahpun tuliskan 10 resepi ikan merah yang padu. Sila baca dan cubakan resepinya.

Sup Ikan Merah

Imej via Facebook

Ikan merah sedap buat sup. Orang dalam berpantang pun ramai dicadangkan untuk makan sup ikan merah. Tidak berani sangat mencuba ikan-ikan lain sebab takut hanyir. Resepi dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia (hiris boleh, tumbuk boleh) sehingga peran,.
  • 1 sudu rempah sup,
  • Serai sebatang (dititik),
  • Akar ketumbar,
  • Sup bunjut,
  • Garam secukup rasa.
  • Tomato dan batang seleri,
  • Daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan.
  • Asam keping atau asam limau.
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia (hiris boleh, tumbuk boleh) sehingga perang.
  2. Masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap.
  3. Masukkan pula serai sebatang (dititik), akar ketumbar, dan sup bunjut.
  4. Kemudian masukkan air.
  5. Bila sudah reneh, masukkan ikan.
  6. Bila ikan hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan pula tomato dan batang seleri.
  8. Akhir sekali boleh taburkan daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan.
  9. Tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja.
  10. Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau.

Masak Asam Ikan Merah

Imej via Facebook

Selain masak sup, ikan merah sering orang buat masak asam disebabkan isinya yang lembut dan rasa masam akan hilangkan bau hanyir dia. Makan pula jadi makin berselera. Ayuh cubakan masak ikan merah masak asam resepi oleh Azla Shakila di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • ½ kilo ikan merah (digoreng),
  • 1 biji bawang merah (tumis),
  • 3 ulas bawang putih(tumis),
  • 1 inchi halia (tumis),
  • 6 biji cili api dibelah dua,
  • 2 biji bawang merah potong bulat,
  • Air perahan asam jawa,
  • Garam secukup rasa,
  • Perasa tambahan,
  • Minyak masak.
Cara-cara :
  1. Terlebih dulu goreng ikan merah.
  2. Kemudian minyak yang diguna untuk goreng ikan merah dibuang sedikit dan terus masuk bahan tumis, bawang merah, dan halia.
  3. Setelah garing masuk air perahan asam jawa.
  4. Setelah mendidih masuk ikan yang telah digoreng, bawang dan cili tadi sekali.
  5. Kacau rata dan masuk garam, secukup rasa dan perasa tambahan.
  6. Kacau rasa bila kena dengan citarasa baru tutup api. Siap.

Ikan Merah Masak Cuka

Imej via Facebook

Memang ramai yang suka masakan ini, tapi teragak-agak ingin masak sebabnya risau terlebih masam, terkurang masam, terlebih masin. Nampak simple tapi tidak kena pada cara memasaknya, kemungkinan kurang selera mahu memakannya. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 kilo potongan ikan merah,
  • 3-4 sudu besar cuka masakan,
  • 10 batang cili padi merah (jangan dikatok),
  • ½ biji timun dipotong,
  • 1 biji tomato (belah 6),
  • 1 sudu besar biji sawi,
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat,
  • 3 ulas bawang putih hiris,
  • 2 cm halia hiris,
  • 1 batang serai dikatok,
  • ½ sudu kecil garam,
  • 400-500 ml air,
  • 1 sudu serbuk perasa Knorr atau Maggi,
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit,
Cara-cara :
  1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam, bilaskan dan lumur bersama garam dan kunyit sebelum digoreng.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi (biarkan biji sawi meletup letup) sebentar.
  3. Masukkan halia, bawang putih dan serai, masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
  4. Masukkan bawang merah dan cili padi merah.
  5. Masukkan cuka dan air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  6. Masukkan ikan, timun dan tomato. Biarkan ianya masak seketika.

Kari Ikan Masala

Imej via Facebook

Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macamana masak kari ini, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun sediakannya. Selamat mencuba by Khadijah Jaafar.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan merah saiz sederhana,
  • 1 biji bawang besar merah hiris,
  • 1 ulas bawang putih hiris,
  • 1 biji tomato potong dadu kecil,
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 paket rempah kari,
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 1½ sudu kecil garam masala,
  • ½ sudu kecil halba campuran,
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit,
  • ½ cawan air asam jawa,
  • ½ cawan santan,
  • Garam,
  • Pes halia bawang putih (ditumbuk halus),
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia.

Asam Pedas Ikan Merah

Imej via Facebook

Asam pedas ikan merah memang paling lazat kalau dimasak bersama daun kesum, kacang bendi, dan tomato. Kalau ingin lagi pedas bubuh lada hitam. Resepi dikongsikan oleh Tie Bakawaliku di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Lada kering,
  • Bawang merah,
  • Halia kunyit basah.
  • Kisar semuanya.
  • Bahan bahan kisar agak agak saja.
Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa.
  2. Tunggu sampai mendidih baru masuk ikan,garam, cukup rasa,daun kesum, kacang bendi dan tomato biji.

Ikan Merah Goreng Berempah

Imej via Facebook

Kalau ikan merah yang besar, bila dibuat goreng makan panas-panas, memang rasa juicy dan berlemak dekat bahagian-bahagian tulang tepi, dapat pula bahagian ekor lembut isinya memang sedap sampai sum-sum tulang ikan pon boleh dimakan. Rasa yang sedap dengan rempah dan manis isinya. Resepi oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 5-6 keping ikan merah besar,
  • 1 sudu besar serbuk kari,
  • 1 sudu kecil serbuk cili,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 1 sudu kecil biji ketumbar (dihancur kasar),
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam,
  • 1 sudu kecil garam (rata),
  • 1 sudu kecil serbuk Knorr,
  • 1 sudu kecil bawang putih,
  • Sedikit pewarna [email protected] (jika mahu),
  • 1 sudu kecil halia,
  • 2 batang daun kari,
Cara-cara :
  1. Didalam bekas, masukkan ikan dan masukkan semua bahan, gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan ikan, goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.

Ikan Merah Masak Taucu

Imej via Facebook

Ikan merah masak taucu pula lain pesona dia. Apatah lagi wangi bau dia yang buat kecur air liur. Guna sebungkus kecil saja taucunya. Letak cili padi sedikit bagi pedas. Dapat makan dengan nasi putih panas memang mendapat lah makan. Resepi dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Seekor ikan merah, lumur kunyit dan garam. Goreng dan asingkan dulu.
  • 1 biji bawang holand hiris bulat,
  • 1 inci halia potong panjang,
  • 3 ulas bawang putih potong nipis,
  • Tumis bahan 3, 4 dan 5 hingga layu,
  • Cili hijau dipotong 4,
  • 2 biji cili padi diketuk. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis.
  • Masukkan sebungkus kecil taucu dan kacau.
  • Masukkan satu cawan air.
  • Masukkan 1 sudu kecil biji sawi.
  • Masukkan gula, garam dan perasa.
  • Masukkan sedikit asam jawa.
  • Masukkan ikan merah dan gaul-gaulkan. Tutup api.

Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan

Imej via Facebook

Memang puas dapat makan satu kepala ikan lemak-lemak manis. Rempah-remah kari pula sudah bagi rasa pekat maka masak kari tanpa santan pun tiada masalah malah lebih kurangkan lemak santan. Resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Kepala ikan merah (bersihkan dengan air asam jawa),
  • 2 biji bawang besar (dihiris),
  • 2 ulas bawang putih (dihiris),
  • 1 inci halia (dihiris),
  • 2 tangkai daun kari,
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air jadikan pes),
  • Garam dan sedikit gula,
  • 1 sudu besar halba campur,
  • Semangkuk kecil air asam jawa,
  • Terung bulat (potong 4),
  • Tomato (belah 4),
  • Cili padi,
  • Bendi,
  • Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi sehingga garing atau pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut.
  5. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda, kalau ingin cair tambahkan air.
  6. Bila sudah mendidih masukkan ikan. Jangan kacau.
  7. Apabila ikan sudah hampir masak masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Fish Head Noodle Soup

Imej via Facebook

Fish Head Noodle Soup ini keunikannya adalah kerana menggunakan kepala ikan, selalunya ikan merah atau jenahak. Kepala ikan akan digoreng terlebih dahulu. Bagi sup pula menggunakan susu, rasa pelik bukan? Sup susu? Tapi percayalah dengan ramuan yg betul, anda akan terkesima dengan keenakkannya. Kalau ingin rasa boleh buat sendir, selamat mencuba. Resepi oleh Nor Fardzilah Talib di laman Facebook.

Bahan Mee :
  • ½ @ 1 paket bihun. Gunakan meehoon yang tidak senang hancur atau lembut bila direndam. Selalunya saya gunakan jenama Jasmine. Rendam meehoon dalam air sejuk selama setengah jam.
Bahan Sup :
  • Kepala ikan dipotong ikut saiz. Basuh, dilumur dengan garam dan 1 sudu besar tepung jagung. Biarkan seketika.
  • Lobak jeruk 1 bungkus.
  • Halia 2 inci.
  • Minyak masak 1 mangkuk (untuk menggoreng ikan).
  • Susu sejat ½ atau 1 cawan (bergantung kepada kuantiti masakan).
  • Stok ayam (jika gunakan serbuk 1 sudu besar, jika gunakan stok cecair, setengah cawan).
  • Air 1 mangkuk.
  • Tomato 2 biji belah 4, buang bijinya.
Bahan Hiasan :
  • Daun bawang,
  • Lada sulah,
  • Minyak bijan,
  • Sayur sawi/kobis.
Cara-cara :
  1. Celurkan mee hoon dalam air panas, jika sudah lembut angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan 1 mangkuk minyak untuk menggoreng dalam kuali, tinggalkan 1 sudu makan untuk masak sup.
  3. Pastikan kuali dan minyak cukup panas sebelum masukkan ikan.
  4. Goreng ikan hingga kuning dan agak garing. Kalau boleh biarkan ikan tenggelam dalam minyak. Bila sudah garing dan kuning, angkat dan toskan.
  5. Panaskan periuk dengan 1 sudu makan minyak masak tadi, hiriskan halia keping-keping.
  6. Bila sudah panas, masukkan halia, goreng sampai naik bau dan berwarna agak keemasan.
  7. Masukkan tomato, bila sedikit layu, masukkan air 1 mangkuk.
  8. Bila air mendidih, masukkan lobak jeruk, dalam 5 min, angkat lobak jeruk dari dalam sup dan ketepikan.
  9. Ambil sawi atau kobis celurkan dalam sup dan angkat. Biar setengah masak.
  10. Bila sup mendidih masukkan stok ayam serbuk atau cecair. Kacau sebati dan rasa. Jika kurang rasa tambah apa yang perlu ikut citarasa. Sup akan ada rasa campuran masin dan masam sedikit.
  11. Bila rasa sudah sesuai, masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam sup dan biarkan dalam 2-3 minit, angkat kepala ikan dan asingkan.
  12. Kecilkan api sedikit baru masukkan susu. Semasa masukkan susu pastikan sentiasa kacau dalam 2-3 minit dan tutupkan api.
Cara hidang :
  1. Letakkan meehoon dalam mangkuk, sayur yang dicelur, kepala ikan, sayur jeruk tadi dihiris nipis dan diletakkan dalam mangkuk.
  2. Tuangkan sup, hiaskan dengan daun bawang, lada sulah dan sedikit minyak bijan. Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba

Ikan Merah Stim Limau

Imej via Facebook

Ikan kukus curah kuah stim limau. Sedap sangat sampai tidak pandang langsung kanan kiri. Paling sedap kalau dapat hirup kuah stim limau itu. Rasa masam-masamnya membangkitkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Syakila Thulus di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  1. Ikan yang sudah dicuci bersih dan dikelar badannya, kemudian lumur dengan sedikit garam. Hiris halia dan tabur serata.
  2. Batang serai diketuk dan masukkan dalam badan ikan.
  3. Kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak.
Bahan kuah stim limau :
  • Lime juice,
  • Sos ikan,
  • Kiub ayam,
  • Bawang putih,
  • Cili padi hijau/merah,
  • Daun ketumbar,
  • Tomato ceri,
  • Gula merah,
  • Cincang, hiris atau potong.
Cara Kuah Stim Limau :
  1. Tumis bawang putih, cili padi dengan sedikit minyak hingga garing.
  2. Masukkan sos ikan dalam 2-3 sudu besar dan kiub pati ayam.
  3. Masukkan 3 sudu besar jus limau (sukatan ikut citarasa kemasaman anda) dan semangkuk kecil air.
  4. Masukkan gula merah secukup rasa untuk seimbangkan masam dengan manis.
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato ceri. Kacau-kacau, bila mendidih boleh tutup.
  6. Keluarkan ikan dari pengukus dan pindahkan ke pinggan hidang. Curahkan kuah stim limau tadi ke atas ikan.

Resepi Menarik Lain

Menarik bukan resepinya? Selain resepi ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.