Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Kole - Kole Kacang (Kegemaran ramai!)

Kole - kole kacang adalah satu hidangan yang amat common untuk disediakan untuk minum petang. Ianya merupakan kuih muih yang menjadi kegemaran ramai…

ResepiDikemas kini 10 Februari 2019oleh Nur Dini Abd Aziz
Sekeping kuih kole-kole kacang yang dipotong berbentuk segi empat dan ditabur dengan tahi minyak.

Kole - kole kacang adalah satu hidangan yang amat common untuk disediakan untuk minum petang. Ianya merupakan kuih muih yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Cara pembuatannya agak rumit akan tetapi dengan adanya langkah - langkah yang boleh diikuti, ianya akan memudahkan anda. Selain itu, bahan - bahannya pula sangat senang untuk didapati.

Kata orang, kole - kole kacang merupakan kuih yang berasal daripada Johor, walaubagaimanapun, kesahihannya masih lagi belum boleh dikenalpasti. Kuih ini dimasak secara tradisional ditabur dengan tahi minyak menjadikannya salah satu pilihan orang ramai.

Resepi Kole - kole kacang ini telah dikongsikan oleh Yatie Zelani menerusi akaun Facebook beliau dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat.

Resepi Kole - Kole Kacang

kole kacang

image via Facebook

Bahan - bahan:

Bahan A:

  • 400gm gula merah
  • 100gm gula pasir
  • 300ml air
  • 1-2 helai daun pandan

Masakkan kesemua bahan menjadi air gula, tapis dan sukat 500 ml sahaja. Kalau lebih nanti tekstur lembik.

Bahan B:

  • 300gm tpg kacang hijau
  • 400ml santan pekat
  • 1300ml air
  • 2 sudu mkn minyak dr tahi minyak

Tahi minyak:

  • Santan segar 500 ml

Cara - cara memasak:

  1. Masak santan sampai kering sehingga jadi tahi minyak. Tak perlu letak minyak atau air. Santan semata - mata. Api dibiarkan medium. Minyak dari tahi minyak itu simpan sebab itu adalah minyak kelapa dara.
  2. Dengan api medium, masukkan dua sudu makan minyak dari tahi minyak. Kacau sampai pekat meletup - letup. Jangan berhenti kacau. Kacau sampai masak sehingga lebih kurang 20 ke 25 minit.
  3. Tuang kedalam loyang alas plastik, gris dengan sendikit minyak.
  4. Akhir sekali, taburkan tahi minyak.
  5. Apabila sudah sejuk, bolehlah potong.

Resepi - resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!