Mencari resepi kek batik? Kek batik merupakan salah satu antara kek yang paling banyak menarik hati masyarakat Malaysia. Banyak ibu yang selalu mendapat permintaan daripada anak-anak di rumah untuk membuat kek batik.

Bagaimana tidak, kek batik mempunyai rasa yang unik dan menarik. Ia bukan diperbuat daripada segala macam adunan tepung, ia hanya bermodalkan coklat dan biskut dan anda dapat menciptakan kek batik yang digilai ramai ini.

Resepi membuat ke batik ini sangat senang. Ini pula alasannya kenapa ramai orang yang ingin mencuba membuat kek batik di rumah. Berbeza dengan kek coklat cream pada umumnya, rasa kek batik pula tidak memuakkan.

Kek batik juga sesuai untuk dijadikan hidangan acara kenduri dan majlis. Bahkan tidak sedikit yang membuat kek batik sebagai hidangan untuk hari raya. Bahkan juga ramai peniaga kek batik yang mengaku selalu habis terjual saking sedap dan banyaknya peminta kek batik.

Untuk menjawap semua permintaan anda mengenai resepi kek batik. Di bawah ini pula kami berkongsikan resepi-resepi kek batik pilihan yang viral dan tentunya mendapatkan perkongsian ramai. Tunggu apa lagi. Yuk tengok resepinya.

#1 Resepi Kek Batik Tanpa Telur

(Masak macam biasa)
Imej via Facebook

Tidak semua orang menyukai telur bahkan ada yang alergi makan telur, kulit merah-merah, gatal dan sebagainya. Untuk itu kami cadangkan anda resepi kek batik tanpa telur yang mana sangat elok untuk anda yang berpantang makan telur. Kek batik resepi daripada Natrah Syafiqah di Facebook ini sangat simple, moist dan tak memuakkan. Sila cuba.

Bahan-bahan :

  • 250 gram buttercup
  • 2 paket biskut marie
  • 3 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali, buka api sederhana. Cairkan butter dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan susu pekat.
  3. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati.
  4. Masukkan biskut marie dan kacau sebati agak-agak dalam 5-7 minit. (Masak lama supaya biskut lebih lembut dan tak keras).
  5. Setelah itu lapikkan plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan daripada loyang nanti.
  6. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan tekan untuk padatkan.
  7. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam baru boleh dikeluarkan.
  8. Siap.

#2 Resepi Kek Tanpa Susu Pekat, Milo, Serbuk Koko, Marjerin dan Telur

kek batik tanpa telur, susu, koko, mentega
Imej via Facebook

Percaya tak percaya dengan tajuk resepi ini. Namun begitulah realiti nya. Kek batik resepi ‎Suzi Yanti Md Hane di Facebook ini hanya menggunakan whipping cream dan susu coklat sahaja. Anda penasaran dengan resepinya? Jom intip resepi di bawah ini. Resepi ini menggunakna biskut jejari.

Bahan-bahan :

  • 275 ml whipping cream
  • 500 gm milk chocolate
  • Biskut jejari

Cara-cara :

  1. Untuk topping, double boil milk chocolate dengan whipping cream.
  2. Susun biskut jejari dalam loyang dengan cara diselang seling dengan chocolate yang telah dicairkan.
  3. Sejukan dulu dalam freeze lebih kurang 20 minit baru letak toping.
  4. Kemudian sejukkan semula dalam 2-3 jam baru potong. Siap.

#3 Kek Batik Marie Topping Chocolate Ganache

kek batik marie
Imej via Facebook

Tidak sama dengan kek batik pada umumnya, kek batik resepi Suliza Sadzali di Facebook ini menggunkakan topping coklat ganache. Gerenti sedap dan nikmat. Terasa coklatnya. Jom cuba resepinya.

Bahan A :

  • 2 pek biskut Marie (300g)
  • 250 g Buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2 biji

Bahan B (Topping/Choc Ganache)

  1. 1 cawan whipping cream Anchor UHT
  2. 100 gram choc compound
  3. 100 gram dark Choc
  4. 1 sudu besar butter

Cara-cara :

  1. Cairkan terlebih dahulu buttercup dalam kuali, senang nak kaup balik.
  2. Bila butter dah separa cair, tutup api.
  3. Masukkan Milo, serbuk koko dan telur. Kacau sampai sebati, terutamanya telur.
  4. Kalau sudah sebati, pasang api balik.
  5. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seling dgn air.
  6. Bila adunan sudah likat dan keluar buih maknanya adunan sudah masak. Tutup api.
  7. Masukkan biskut Marie dan kaup balik sampai sekata.
  8. Tuang biskut marie dalam loyang 10 inci. Lapik loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Supaya senang, lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tadi. Lebihkan kiri kanan supaya mudah tarik keluar nanti.
  9. Tekan-tekan adunan biskut Marie smpi rata. Sejukkan.
  10. Sementara tunggu adunan sejuk, buat chocolate ganache.
  11. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan di atas air yang dipanaskan (kaedah double boiled).
  12. Kacau-kacau sampai rasa suam kemudian masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata.
  13. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi.
  14. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan selama 30 minit.
  15. Setelah sejuk kemudian tuang ke atas kek batik tadi.
  16. Kemudian simpan dalam peti sekurang-kurangnya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.

#4 Kek Batik Biskut Jejari

kek batik biskut jejari
Imej via Facebook

Jikalau biasanya orang buat kek batik menggunakan biskut Marie, lain lagi dengan kek batik resepi daripada Zaimah Zakaria di Facebook ini. Menggunakan biskut jejari dalam resepinya. Jika dilihat memang nampak cantik dan lain macam. Tentunya semakin menarik untuk dimakan. Jom tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

Cara-cara :

  1. Cairkan butter, masukkan susu pekat.
  2. Masukkan Milo kemudian kacau sebati sampai semua cair dan pekat.
  3. Lapik loyang dengan plastik. Susun biskut selapis demi selapis dan ambik 1 senduk coklat setiap lapis.
  4. Tabur almond nip di atasnya.
  5. Sejukkan 4-5 jam baru boleh potong.

#5 Resepi Kek Batik Empire @ Kak Rose

kek batik empire
Imej via Facebook

Pernah dengar kah anda kek batik empire? atau di Brunei lebih dikenali sebagai kek batik kak Rose ? dinamakan sebegitu kerana nama pencipta idea kek batik ini ialah demikian. Resepi daripada Noy Yullan di Facebook ini telah menarik perhatian ramai bahkan sampai ke negeri jiran. Tunggu apalagi ayuh tengok resepinya.

Bahan-bahan :

  • 200 mg mentega
  • 1/4 cawan gula
  • 4 biji telur gred A @ B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan kaya
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk horlick
  • 150 gm biskut Marie
  • 1/2 sudu besar coklat emulco
  • 1 udu besar serbuk koko

Cara-cara :

1. Putar 200 gm mentega bersama 1/4 cawan gula dengan speed sederhana dahulu baru tukarkan kepada speed tinggi.
2. Putar hingga gebu dan adunan bertukar putih pucat.
3. Sediakan 4 biji telur gred A atau B. Bersihkan kulitnya. Tadi kan kita guna speed tinggi, maka sebelum masukkan telur, tukar dahulu dengan speed sederhana. Pecahkan dan masukkan telur satu per satu ke dalam adunan.
4. Apabila kuning telur sudah pecah dan bersatu (sekejap saja), tukar kembali ke speed tinggi. Putar hingga kembang.
5. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila, 1/4 cawan susu pekat, dan 1/4 cawan kaya. Putar sebati.

Nota : Kaya yang kita gunakan di sini adalah kaya jem yang kita sapu di atas roti. Tak kisah jenama apa.
6. Perlahankan mixer supaya tepung tak berterabur.
7. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan serbuk horlick original yang sudah diayak. Putar sekadar sebati. 8. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama rata, masukkan ke dalam mangkuk.

Nota : Ketika ini, bolehlah didihkan air kukusan dengan api sederhana. Tutup pengukus supaya suhu stabil.

9. Satu bahagian adunan tadi, masukkan pewarna hijau. Pewarna lain pun boleh. Gaul rata.
10. Sediakan 150gm biskut marie (anggaran 26 keping). Patah 4 dan bahagikan kepada 2 bahagian.
11. Masukkan separuh daripada biskut marie ke dalam adunan hijau.
12. Satu bahagian adunan dimasukkan 1/2 sudu besar chocolate emulco dan 1 sudu besar serbuk koko atau serbuk coklat.
13. Gaul rata dan masukkan baki biskut marie tadi. Gaul rata.
14. Sediakan acuan. Sapu mentega/marjerin/minyak pada keseluruhan bahagian dalam acuan. Masukkan sedikit tepung. Golek-golek-golekkan supaya tepung rata di dalam acuan.
15. Terbalikkan acuan.
16. Hentak beberapa kali bagi membuang sisa tepung. Tujuannya adalah supaya kek tidak melekat dan senang dikeluarkan.
17. Masukkan adunan hijau. Tekan-tekan dengan sudu dan hentak acuan itu beberapa kali supaya adunan di dalam acuan mampat dan tidak berongga ketika masak.
18. Apabila air mendidih, letak adunan hijau tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga adunan hijau masak. Nak tutup permukaan acuan boleh, tak tutup pun boleh. Kalau tak nak tutup, pastikan kita lap dulu wap pada penutup pengukus sebelum mula mengukus kek.
19. Apabila adunan hijau masak, masukkan pula adunan coklat. Tekan-tekan dengan sudu dan hentak loyang beberapa kali supaya adunan mampat. Tutup permukaan acuan dengan plastik pun boleh.
20. Kukus sekitar 25 minit atau hingga adunan masak. Cara untuk tahu kek sudah masak atau belum ialah ambil lidi, cucuk di tengah kek. Keluarkan semula, jika lidi keluar bersih, maknanya kek sudah masak. Jika ada kek yang melekat pada lidi maknanya kek belum masak lagi.
21. Tutup api.
22. Terbalikkan di atas redai. Kalau tidak ada, terbalikkan di atas pinggan.
23. Siap.
24. Masukkan nutella ke dalam piping bag, gunting hujungnya. Drizzle dengan nutella dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Nota : Nutella boleh juga dicampur sedikit minyak masak supaya tidak terlalu pekat dan nampak berkilat.

#6 Resepi Kek Batik Cheese

kek batik cheese
Imej via Facebook

Anda tahu kan kek batik cheese yang tengah viral ini. Sampai-sampai kek batik cheese yang ada di kedai itu pun boleh habis sekelip mata saking banyaknya peminat. Kalau beli sepotong makan sekejap sudah habis. Baik buat sendiri boleh makan puas-puas. Jom cuba resepi kek batik cheese daripada Noorfazidatulhani Binti A Ghani‎  di Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 1/2 Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut Marie

Resipi Cream Cheese

  1. 500 gm cream cheese
  2. 1 cawan gula aising
  3. 1 biji telur
  4. 2 sudu besar tepung gandum
    (Mix sebati)

Cara-cara :

  1. Panaskan kuali, buka api sederhana. Cairkan butter dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan susu pekat.
  3. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati.
  4. Masukkan biskut marie dan kacau sebati agak-agak dalam 5-7 minit. (Masak lama supaya biskut lebih lembut dan tak keras).
  5. Setelah itu lapikkan plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan daripada loyang nanti.
  6. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan tekan untuk padatkan.
  7.  
  8. Setelah adunan kek batik siap, tuang cream cheese, bakar 150’C selama 20 minit lebih kurang.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Yang mana menajdi kegemaran anda? Selain resepi kek batik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.