Tercari-cari resepi 3 budak gemok? Jom baca perkongsian resepi di bawah.
Sejak kebelakangan ini telah viral resepi ayam ala 3 budak gemok. Ada yang panggil resepi ayam kicap ala 3 budak gemok. Apa yang buat resepi ini jadi tular sangat?

Lauk ini bukan sama macam ayam masak kicap biasanya. Rempah dan bahan yang dipakai lebih bermacam-macam sehingganya rasa hidangan ini lebih mengancam. Sesiapa yang tidak sabar boleh terus tengok resepi di bawah dikongsikan oleh ர்.சார்மிளா ராமசாமி di laman Facebook.

Sungguh resepi ini amat sedap, dapat pula makan dengan nasi putih panas-panas makin seronok makan. Menu yang tampak simple namun lazat sangat. Tidak hairan ianya jadi tular di enjin gelintar.

Resepi Ayam Ala 3 Budak Gemok

Imej via Facebook

Bahan tumbuk kasar :

  • Bawang merah 2,
  • Halia 2-3 inch,
  • Bawang putih 8 ulas atau 1 labu pun boleh,
  • Cili padi hijau 8-10 biji,
  • Cili padi merah 4-6 biji,
  • Cili hijau – 2 tangkai,
  • Cili merah – 2 tangkai,

Bahan blend :

  • 8 tangkai cili merah,

Bahan hiris nipis :

  • Bawang merah 2-3 biji,
  • Tomato 2 biji,

Sos :

  • Kicap manis 4-5 sudu besar,
  • Kicap pekat 3-4 sudu besar,

Bahan lain :

  • Daun kari,
  • Tiga sekawan,
  • Daun ketumbar,
  • Ayam digoreng dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,

Cara-cara :

  1. Gorengkan ayam, ketepikan.
  2. Panaskan minyak agak-agak untuk tumiskan tiga sekawan dan bawang yang dihiris sampai layu sedikit.
  3. Kemudian masukkan tomato dan daun kari, tumis sampai layu.
  4. Masukkan bahan tumbuk dengan cili blend. Tumis sampai pecah minyak. (Minyak kena banyak, dalam 10-14 sudu besar).
  5. Masukkan pula bahan sos. Tumiskan lagi dalam 10 minit.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam (ikut suka).
  7. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Biarkan dalam api yang perlahan dalam 10-15 minit.
  9. Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata. Biarkan dalam 10 minit lagi.
  10. Perasakan garam. Boleh tutup api.

Sedia dihidang bersama nasi panas. Ok jom makan.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam 3 budak gemok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.