Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Nasi Minyak Terengganu (Sedap, Power dan Ori)

Jom cuba resepi nasi minyak Terengganu pula kali ini. Kami pasti mak-mak di rumah puas hati dengan hasilnya. Akan tetapi, sebagai ibu, isteri atau sesiapa…

terengganuDikemas kini 2 April 2021oleh Nur Dini Abd Aziz
Sebuah pinggan berisi nasi minyak Terengganu yang berwarna keemasan bersama lauk ayam masak merah dan gulai daging.

Jom cuba resepi nasi minyak Terengganu pula kali ini. Kami pasti mak-mak di rumah puas hati dengan hasilnya.

Akan tetapi, sebagai ibu, isteri atau sesiapa sahaja yang perlu memasak, pastinya anda perlukan idea resepi untuk masak apa kan?

Di sini kami sediakan pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba. Kali ini, kami bawakan resepi nasi minyak Terengganu yang dibawa khas untuk anda semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Muliani di dalam akaun Facebook beliau. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Nasi Minyak Terengganu

nasi minyak terengganu

image via Facebook

Bahan bahan:

  • 4 cawan beras Basmathi (Moghul Faiza)
  • 1 tin kecil tomato puri (150 gram)
  • 1/2 tin susu cair (1 hiris limau nipis diperah bersama untuk kurangkan rasa muak)

Bahan - bahan yang perlu ditumis:

  • 2 sudu planta
  • 2 helai daun pandan (dicarik)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • Rempah 4 sekawan (refer gambar)

Cara - cara memasak:

  1. Basuh beras dan toskan (untuk 4 cawan beras masukkan 6 cawan air-lebihkan 2 cawan dari bilangan beras)
  2. Panaskan planta
  3. Masukkan bahan tumis
  4. Masukkan beras

Resepi Ayam Masak Merah

ayam masak merah

image via Facebook

Bahan - bahan:

  • Tomato Puri (kalau guna sos tomato boleh letak 1/3 botol kecik)
  • 3 sudu lada boh (ikut taste kalau nak pedas tambah lagi)
  • Ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Garam
  • Minyak masak

Bahan - bahan yang perlu dikisar:

  • 9 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • Halia (saiz refer gambar)
  • 2 1/2 biji buah keras

Cara - cara memasak:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan blend
  3. Masukkan lada boh
  4. Masukkan tomato puri
  5. Masukkan ayam
  6. Masukkan garam secukup rasa
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar
  8. Siap!

Resepi Gulai Tulang Pure Terengganu

gulai daging

image via Facebook

Bahan - bahan:

Dikisar

  • 18 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • Halia (refer gambar)
  • Lengkuas

Diperap:

  • 1 kg tulang/daging
  • 1/3 kg bawang goreng
  • 4 sudu lada boh
  • Tomato Puri 1 tin (kali ni guna brand Duchef-220 gram)
  • 1/2 kerek Nissan (gula melaka)
  • 1/2 tin susu cair (perahkan limau nipis 1 hiris untuk kurangkan rasa muak)
  • 1 paket kecik rempah masak cap bunga ros
  • 1 paket rempah gulai cap bunga ros
  • 2 sudu besar kerisik

Ditumis:

  • 2 sudu planta
  • Minyak masak
  • 2 helai daun pandan (dicarik)
  • Halia
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • Rempah 4 sekawan (bilangan refer gambar)

Bahan tambahan:

  • Kismis
  • Ubi kentang
  • Garam

Cara - cara:

  1. Panaskan minyak dan planta
  2. Masukkan bahan tumis
  3. Masukkan bahan yang perlu dikisar
  4. Masukkan bahan yang diperap
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit. (Boleh juga masukkan kurma 2 biji bagi melembutkan daging)
  6. Masukkan kentang, kismis, dan garam.
  7. Siap!

Resepi - resepi lain yang menarik:

Menarik bukan resepi kali ini? Buat pengetahuan anda, kami juga menyedikaan pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dan jangan lupa juga untuk mencuba resepi ini ya!