Resepi Karipap Ikan Lazat (Lain Dari Yang Lain)
Siapa suka karipap ikan? Kami yakin ramai yang suka karipap ikan. Jadi, kami tuliskan resepi karipap ikan yang konfirm lazat. Karipap ikan berbeza dengan…

Siapa suka karipap ikan? Kami yakin ramai yang suka karipap ikan. Jadi, kami tuliskan resepi karipap ikan yang konfirm lazat. Karipap ikan berbeza dengan karipap ikan bilis biasa ya. Isi karipap ikan tidak ada sambal, malah ia menggunakan kelapa parut, santan, bawang, dan halia sehingga warnanya putih sahaja. Bahan inti ini manis-manis masin. Buat basah-basah pun OK, mahu kering pun tidak mengapa. Resepi karipap ikan yang lazat ini kami datangkan daripada Badrul Dan Isteri yang berkongsi di laman Facebook. Di bawah ditulis juga resepi doh karipap yang mudah. Selamat mencuba.
Resepi Karipap Ikan

Imej via Facebook
Bahan Kulit Karipap :
- 1 kg tepung gandum,
- 1 cawan minyak masak*,
- 2 sudu besar majerin*,
- 1 sudu besar air kapur,
- 1 sudu kecil garam,
- 350 ml air sejuk.
Cara-cara :
- Panaskan dahulu bahan yang bertanda *.
- Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan lain dengan senduk. Bila sudah sejuk baru uli dengan tangan sampai menjadi doh. Rehatkan ½ jam baru boleh teruskan buat karipap.
Resepi Inti Ikan :
- 1 kg Ikan,
- Santan RM2 letak ¼,
- Kelapa parut (yang muda),
- *7 biji bawang merah,
- *4 ulas bawang putih,
- *Sedikit halia,
- *1 sudu besar halba (rendam ½ jam),
Cara-cara :
-
Ikan direbus, ambil isi sahaja.
-
Blend bahan bertanda *.
-
Kemudian masak isi ikan bersama bahan blender di atas kuali. Gaulkan sampai sebati.
-
Terus masukkan garam, gula, santan, dan halba.
-
Akhir sekali bila bahan sudah sebati, masukkan kelapa parut. Gaul sebati.
-
Perasakan secukupnya.

Imej via Facebook
-
Terus letak inti dan kelim karipap.

Imej via Facebook
-
Goreng sehingga masak. Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain karipap ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.