Ada satu lagi resepi menari dari negera jiran, Biskut Kastengel, resepi Indonesia/Belanda. Biskut keju savori, lemak dan masin tanpa gula. Sesuai untuk yang tak makan manis. Amat sedap patut anda cuba.

Biskut ini diperbuat daripada tepung kek, butter, margarin, kanji tepung jagung, susu dan telur. Bahan yang tidak kalah penting dalam resepi ini ialah keju cheddar dan gouda yang dipakai sebagai topping. Kalau tidak ada keju gouda boleh guna semua keju cheddar.

Walaupun bentuk luaran nampak macam ‘scone’ iaitu tekstur roti dan kek yang lembut, sebenarnya tekstur biskut ini ialah keras dan rangup macam biskut raya, oleh kerana itu dia kena dibakar sampai garing. Menarik sangat resepi biskut yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook. Anda boleh buat untuk hidangan raya nanti.

Resepi Biskut Kastangel Rangup

biskut kastangel

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter,
  • 50 gm margarin,
  • 2 biji kuning telur,
  • Sedikit garam (jika guna butter unsalted),
  • 360 gm tepung kek,
  • 40 gm cornstarch @ kanji tepung jagung,
  • 250 gm keju Gouda (disagat),
  • 150 gm keju Cheddar (disagat),
  • 1 atau 2 sudu besar susu segar (jika adunan kering dan tidak menjadi bola),
  • Sedikit telur untuk sapuan atas.
    **Kalau tidak ada keju Gouda, gunalah semua cheddar. Tidak ada masalah.

Cara-cara :

  1. Panaskan oven 160°C.
  2. Campurkan butter, margarin dan 2 biji kuning telur. Pukul rata.
  3. Masukkan sedikit garam dan gaul.
  4. Masukkan campuran tepung. Gaul.
  5. Masukkan 250 gram cheese disagat. Gaul rata.
  6. Ambil 1/3 bahagian adunan. Canai hingga ketebalan 2 mm. Potong dengan pisau (ingin terap pun boleh).
  7. Sapu telur dan tabur lebihan keju 150 gram tadi
  8. Bakar selama 20-25 minit.

    biskut kastangel

    Imej via Facebok

Resepi Menarik Lain

Selain biskut kastangel, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.