Negara yang kaya akan rempah masakan membuat india terkenal dengan selalu penuh rempah. Seperti rasam, iaitu sebuah hidangan dalam bentuk cecair yang disediakan dengan herba atau rempah, pes asam jawa, kunyit, tomato dan dhal.

Di India, rasam biasanya dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari. Rasam termasuk makanan berkuah yang rasanya sedikit pedas, membuat rasam sedap dimakan dengan nasi putih.

Jika anda teringin merasai rasam sebenar, sila cubakan resepi rasam daripada Sheena Supramaniam yang disesuaikan dengan resepi asli India. Gerenti rasa sama dan berbaloi untuk makan bersama keluarga atau untuk hidangan kenduri-kendara.

Resepi Rasam Ala India

rasam

Imej via Facebook

Bahan Tumbuk/Kisar Kasar :

  • 1 sudu besar jintan putih,
  • ½ sudu besar biji ketumbar,
  • 1 ½ sudu besar lada hitam.
  • Air asam kunyit (Air asam jawa dicampurkan dengan ½ sudu besar serbuk kunyit. Asam jawa size bola golf).
  • 6 bawang putih (dengan kulit) dan 1 bawang kecil yang ditumbuk.

Bahan-bahan yang ditumbuk kasar :

  • Daun ketumbar,
  • Cili kering,
  • Daun kari,
  • Akar ketumbar,
  • 2 biji tomato,
  • Setengah sudu besar biji sawi,
  • Serbuk asafoetida secubit. (Kalau guna serbuk rasam yang dibeli/readymade, tidak perlu tumbuk kasar jintan putih dan biji ketumbar. Serbuk asafoetida pun boleh skip.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak sedikit. Masukkan biji sawi.
  2. Masukkan daun kari dan cili kering. Kalau tidak ada yang bulat boleh guna jenis biasa. Sama sahaja.
  3. Masukkan serbuk asafoetida.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang kecil yang ditumbuk kasar.
  5. Masukkan tomato.
  6. Masukkan sedikit air untuk tomato masak.
  7. Masukkan akar ketumbar.
  8. Masukkan bahan tumbuk.
  9. Masukkan air asam jawa dan tambah air sedikit hingga rasa masam yang sesuai. Guna api kecil dan biar rasam masak.
  10. Kalau masam sangat tambahkan air. Kalau kurang masam tambah air asam jawa.
  11. Lepas 2 minit, masukkan daun ketumbar dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan.
  12. Bila nampak bubble kecil-kecil di tepi. Kacau sekali dan biarkan.
  13. Bila nampak berbuih dan mulai mendidih, matikan api.
  14. Siap. Sedap dimakan dengan nasi putih dan sambal pedas.

Resepi Menarik Lain

Selain rasam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.