Mencari resepi daging masak pedas yang best? Hah! Anda berada pada tempat yang betul.

Seperti yang diketahui, daging masak kicap ini antara lauk kegemaran rakyat Malaysia ketika menikmati sama ada makan tengah hari mahu pun makan malam. Asalkan ada nasi putih, ia sudah cukup.Ianya memang boleh buat tidak lena jawabnya jika seseorang itu pandai amsak.

Anda suka makan pedas? Tapi tak jumpa resepi yang kena dengan tahap kepedasan anda? Apa kata anda cuba resepi daging masak kicap ini.Resepi ini boleh dikatakan resepi daging masak kicap yang viral di Facebook.

Anda suka versi yang mana? Selalunya daging masak kicap dihidang kan sekali dengan kentang goreng di dalamnya. Barulah terasa puas dan nikmat apa bila makan.

Tidak mahu menulis panjang, kami kongsikan artikel daging masak kicap yang wajib anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Imej via Facebook

Bahan bahan

  • 1kg daging batang pinang (saya tak guna daging biasa)
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang holland
  • Daun limau purut
  • Bunga lawang/kayu manis/buah pelaga
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Cili padi/cili merah

Cara cara

  1. Tumis bawang kisar sampai garing dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar,tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, pelaga
  4. Masukkan daging batang pinang, masukkan serai, daun limau purut. Gaul rata sampai mendidih.
  5. Masukkan kicap, sos cili. Biarkan kejap. Bila dah pekat tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.

Daging batang pinang ni cepat lembut. Jadi tak perlu direbus dulu. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata, masak sampai dia jadi agak pekat dan kering macam dalam gmbr.

Yang ni saya tak masukkan garam dan gula sebab dah cukup rasa masin dan manis. (saya guna kicap kipas udang)

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Macam mana dengan resepi di atas? Mohon kongsi pendapat anda bila anda selesai mencubanya. Kami pun tidak sabar menunggu feedback dan komen daripada anda.

Selain resepi daging masak kicap, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Sekali lagi, kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.