Sudahlah cantik sedap pula, itu dia bubur candil. Siapa pernah makan bubur candil?

Bubur candil diperbuat daripada ubi keledek ungu yang dilenyek. Tapi sebelum dilenyek kena dikukus dulu sampai empuk. Tidak hanya guna keledek ungu, bahan lain seperti tepung ubi juga turut dipakai untuk menambah tekstur kenyal.

Jika anda pernah tengok orang buat boba, doh bubur candil ini cara pembuatannya lebih kurang macam buat boba itu. Adunan direbus berasingan baru kemudian dimasukkan ke dalam kuah santan lemak manis.

Bubur candil sedap dimakan sebagai hidangan pencuci mulut. Boleh makan panas atau sejuk ikut selera. Jom cuba buat bubur candil mudah dan menggoda, resepi daripada Nor Haidah Md Said berkongsi di laman Facebook.

Resepi Bubur Candil

bubur candil

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg keledek ungu,
  • 7-8 sudu besar tepung ubi,
  • Santan dari 1 ½ biji kelapa,
  • Daun pandan,
  • Gula pasir secukupnya,
  • Garam sedikit.

Cara-cara :

  1. Keledek ungu dikukus sampai empuk, dikopek dan dilenyek.
  2. Campur tepung ubi dalam 7-8 sudu besar.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit.
  4. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tidak pecah-pecah bila dibentuk.
  5. Gentel bulat-bulat ikut ingin kecil atau besar.

    bubur candil

    Imej via Facebook

  6. Dalam periuk lain, masak santan sehingga mendidih.
  7. Terus masukkan daun pandan, gula pasir secukupnya dan secubit garam.
  8. Jika sudah mendidih, padamkan api dulu.
  9. Dalam periuk lain, didihkan air.
  10. Masukkan semua biji-biji keledek tadi.
  11. Bila sudah terapung, tandanya sudah masak.

    bubur candil

    Imej via Facebook

  12. Kaup semua biji keledek dan masukkan dalam santan tadi.
  13. Kalau ingin masak terus dalam santan pun boleh, tapi nanti santan jadi ungu sangat warnanya.
  14. Boleh campur dengan jagung supaya jadi lebih menarik. Didihkan santan lagi sekali, siap.

    bubur candil

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain bubur candil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.