Adakah anda seorang penggemar cheese cake? Terdapat banyak jenis cheese cake yang berada di pasaran sekarang. Pastinya setiap satu daripadanya mempunyai rasa yang unik dan enak. Rasa cheese cake ini memang sangat digemari oleh seisi keluarga.

Kita akan berkongsikan resepi japanese cotton cheese cake bersama dengan anda pada hari ini. Cheese cake ini sudah pasti akan spongy apabila sudah siap dibakar nanti. Bolehlah dijadikan hidangan bersama keluarga pada masa terluang.

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake ini telah dikongsikan oleh Zahasrina Zarynn di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi yang menarik ini.

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

Japanese Cotton Cheese Cake
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 6 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 60 gram self raising flour
  • 20 gram tepung jagung
  • 100 gram gula icing
  • 100 ml susu segar
  • 50 gram butter
  • 250 gram cream cheese

Cara – cara penyediaannya:

  1. Satukan cream cheese, butter dan susu segar. Cairkan menggunkan api yang sangat perlahan.
  2. Kacau sebati sehingga cream cheese menjadi cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul.
  3. Masukkan kuning telur dan kacau sebati dan masukkan tepung dan gaul sehingga sebati jangan sehingga overbeat.
  4. Pukul putih telur separuh kembang dan selepas itu masukkan gula icing ke dalam putih telur sambil pukul sehingga kental.
  5. Masukkan 1/3 daripada putih telur ke dalam adunan. Kacau sebati.
  6. Kemudian, masukkan putih telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam liyang yang dilapik dengan kertas minyak tetapi jangan gris loyang tersebut.
  8. Letakkan dalam tray dan tuangkan air panas ke dalam tray tersebut.
  9. Bakar suhu 16C selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga nampak bahagian atas menjadi golden brown. Boleh juga diuji dengan mencucuk lidi.
  10. Biarkan pintu oven terbuka sedikit selepas masak.
  11. Selepas 30 minit, keluarkan kek tersebut.
  12. Apabila sudah betul betul sejuk barulah keluarkan daripada loyang.
  13. Siap kek yang confirm spongy.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah bukan cara – cara untuk membuat resepi ini. Jika anda rasa resepi ini menarik, sila kongsikan resepi ini bersama rakan-rakan anda supaya mereka juga dapat mencuba resepi ini. Klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.