Adakah anda penggemar Peppero stick sejati? Kalau iya, rasa apa yang anda paling suka? Makanan ini tidak dijual di semua kedai. Jadi boleh dikatakan merupakan kudapan yang agak premium memandangkan harga pun mahal. Sesiapa yang suka sangat makan kudapan Peppero, kami bagi resepi menarik di mana anda boleh buat Peppero sendiri.

Bahan-bahan yang anda perlukan hanyalah kulit popia sebagai bahan utama, coklat, dan kacang almond. Hanya tiga bahan sahaja! Topping pula mengikut kesukaan anda, dalam resepi ini kami tuliskan resepi topping coklat.

Cara menyediakan Peppero popia almond stick amat mudah. Namun rasa amat sedap dan seronok. Crunchy, enak, dan manis. Ayuh cuba buat Peppero popia yang dikongsikan oleh Cik Za di laman Facebook. Gerenti puas dan berbaloi, boleh jimat juga. Kudapan ini boleh dibuat untuk snack raya.

Resepi Peppero Almond Stick 3 Bahan

popia peppero

Imej via Cik Za

Bahan-bahan :

  • Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ada yang kulit mudah koyak,
  • Coklat masakan @ Beryl’s (saya guna yang bajet),
  • Almond cincang dalam 200 gram.

    popia peppero

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Sebungkus kulit popia dibelah 4. Kalau ada 40 keping jadi 160 keping.
  2. Almond dipanggang sekejap dalam oven 150°C selama 10 minit.
  3. Popia digulung satu persatu. Lekatkan gulungan dengan campuran tepung gandum dan air. Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.
  4. Selepas siap gulung semua, rehatkan sekejap dalam peti ais untuk keraskan gulungan popia.
  5. Kemudian goreng gulungan popia sampai agak kekuningan. Toskan di atas tisu dapur. Tunggu sejuk sekejap.

    popia peppero

    Imej via Facebook

  6. Sementara itu, separuh coklat masakan dipotong kecil-kecil.
  7. Jika tidak mahu guna cara double boil, boleh terus kukus coklat dengan campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuan untuk nampak coklat berkilat.

    popia peppero

    Imej via Facebook

  8. Masukkan coklat cair ke dalam mug supaya senang celup popia nanti. Jangan celup sampai penuh. Agak-agak yang ujung boleh pegang.
  9. Kemudian taburkan almond yang sudah dipanggang tadi. Pastikan kana dekat celupan coklat. Siap.

    popia peppero

    Imej via Facebook

  10. Tidak perlu masuk peti ais. Terus simpan dalam balang kuih. Tapi kalau ingin lagi cepat keras boleh masuk dalam peti ais sekejap. Senang bukan?

    popia peppero

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain popia coklat Peppero, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.