Cuba teka, ada satu makanan yang paling terkenal bila raya. Makanan ini selalu dijadikan gandingan makan rendang. Dibuat daripada beras pulut rasanya ada yang lemak masin dan ada pula yang manis bergantung daerah tempat ia dibuat. Dibungkus dengan daun palas dan dibentukkan segitiga.

Jawapnya ialah ketupat palas. Ketupat palas paling dicari bila raya. Penyediaannya yang mudah dan tidak makan masa membuatkan ia amat diminati. Dengan kata lain, anda hanya perlu sediakan pengukus dan dapur biasa, masak pun tidak lama. Namun begitu, ketupat palas yang dibuat sangat lazat rasanya seiras macam lemang buluh.

Kebiasaannya orang selalu buat yang lemak. Makan dengan rendang, pergh sanggup habis berketul-ketul. Pada perkongsian ini kami buat dua resepi ketupat palas, lemak dan serunding. Jom kita sepakat buat ketupat palas untuk raya nanti ataupun untuk kenduri kendara lain. Resepi dikongsikan oleh Rusmani Hamzah di laman Facebook.

Resepi Ketupat Lemak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daun palas,
  • 1 kg beras pulut dibasuh dan direndam selama 1 ½ jam atau 2 jam,
  • 400 ml santan pekat,
  • 1 ½ sudu besar garam halus,
  • 1 sudu besar gula.
    (Campurkan garam dan gula dalam santan. Kacau sebati dan ketepikan).

Cara-cara :

  1. Toskan beras pulut.
  2. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut.
  3. Masak air untuk mengukus hingga didih.
  4. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
  5. Siap kukus tuang pulut dalam besen.
  6. Masa pulut masih panas-panas tuang santan tadi. Gaul hingga sebati lebih kurang 3 minit.
  7. Rehatkan dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.
  8. Kukus pulut kali kedua selama 20 minit.
  9. Tuang pulut dalam besen. Gaul rata dalam masa 3 minit.
  10. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.
  11. Lepas siap bungkus boleh difrozenkan ataupon nak kukus terus untuk dimakan.

Resepi Ketupat Serunding

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daun palas,
  • Serunding daging,
  • 1 kg beras pulut dibasuh dan rendam 1 ½ jam atau 2 jam.
  • 400 ml santan pekat,
  • 1½ sudu besar garam halus,
  • 200 gram gula.
    (Campurkan garam dengan santan, kacau sebat, ketepikan).

Cara-cara :

  1. Toskan beras pulut.
  2. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila letak beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut.
  3. Masak air untuk mengukus hingga didih.
  4. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
  5. Siap kukus tuang pulut dalam besen.
  6. Masa pulut masih panas-panas tuang santan tadi. Gaul hingga sebati lebih kurang 3 minit.
  7. Rehatkan dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.
  8. Tuang pulut dalam besen pulut. Pulut masih panas-panas masukkan gula. Gaul rata dalam masa 3 minit.
  9. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus bersama serunding.
  10. Lepas siap bungkus boleh difrozenkan.
  11. Simpan dalm peti beku ataupun kukus terus untuk makan.
  12. Lepas bungkus, jika ingin makan terus, mesti kukus 20 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain ketupat palas, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.