Steamboat merupakan salah satu hidangan yang berasal daripada China. Ianya merupakan makanan yang terus dimakan sejurus selepas memasaknya. Kebiasaannya, steamboat ini dimasak didalam hot pot. Kalau di restoran, biasanya mereka akan menyediakan hot pot dan bahan – bahan masakannya dimasukkan oleh anda sendiri.
Cara pembuatannya amat mudah. Bahan – bahannya pula mengikut kepada citarasa anda. Steamboat juga amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet memandangkan ianya menggunakan minyak yang sangat sedikit.
Kuah steamboat juga terdapat pelbagai jenis. Dalam resepi steamboat kali ini, kami bawakan dua jenis kuah iaitu kuah merah ataupun tomyam serta kuah putih.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Masukkan serai dan perencah Adabi Consumer dan goreng sebentar.
Masukkan air pati udang, air masak, udang kering kisar, garam dan daun limau purut dan masak sehingga mendidih.
Nota: Cara menyediakan pati udang – rebus kulit dan kepala udang sehingga mendidih. Ambil kulit dan kepala udang kemudian kisar sehingga halus. Tapis dan ambil patinya.
Resepi sup putih:
Panaskan periuk dan masukkan minyak.
Goreng bawag besar dan putih sehingga layu kemudian masukkan lada suluh, ayam, sengkuang, garam dan air.
Masak dengan api sederhana selama 1 jam.
Resepi Sambal Merah Steamboat:
Kisar 10 biji cili hidup, sedikit halia muda, 10 ulas bawang putih.
Masukkan air rebusan sup putih untuk mengisar.
Kisar semua sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan 2 sudu teh garam, 2 sudu teh gula, 4 biji jus limau kasturi dan 1 sudu makan cili sos.
Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi Cili Kicap:
1 cawan cili padi dipotong dadu halus.
1 biji limau purut dipotong dadu halus.
Masukkan 5 biji jus limau kasturi.
Masukkan kicap manis dan masin dan gaul semua bahan.
Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.