Sekarang orang ramai tengah gila-gila dengan makanan manis. Pelbagai jenis kek, puding, dan minuman manis yang paling banyak dicari. Salah satu makanan manis yang sangat nyaman iaitu kek coklat puding karamel ialah hidangan manis yang rugi anda tidak cuba.

Kek coklat puding karamel ialah perpaduan antara kek coklat yang lembut dan gebu dengan puding karamel yang manis dan berkrim. Dengan rasa yang berkrim dan sedap serta tampilan yang cantik dan menarik, menjadikan kek coklat puding karamel amat sesuai untuk hidangan pencuci mulut bahkan untuk acara-acara mewah dan berkelas.

Makan satu potong kek coklat puding mesti teringin makan lagi dan lagi. Belum lagi sapukan dengan cecair karamel yang melimpah di sekeliling dan tepi-tepi kek. Rasa macam ingin habiskan semua sampai licin. Jemput baca dan cubakan resepi kek coklat puding karamel ala Mdm Kelly‎ yang berkongsikan di laman Facebook.

Resepi Kek Coklat Puding Karamel

kek coklat puding karamel

Imej via Facebook

Resepi gula perang :

  • 100 gm gula,
  • 40ml air panas.
  • Cairkan gula hingga larut dan perang. Kemudian masukkan air panas perlahan- lahan. Kacau sebati. Tuang dalam loyang.

Resepi karamel :

  • 4 biji telur gred A/B,
  • 60 gm gula castor,
  • 350 ml susu cair,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • Gaul telur dan gula, kemudian masukkan susu dan esen vanilla, kacau lagi hingga sebati. Ketepikan

Resepi kek coklat :

  • 3 biji telur gred A/B,
  • 90 gm gula kastor,
  • 75 gm tepung gandum,
  • 15 gm serbuk koko,
  • 1 sudu teh soda bikarbonat,
  • 30 ml fresh milk,
  • 50 gm minyak masak.
  • Mix telur dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan minyak, dan susu. Mix lagi. Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan soda. Kacau sebati.

Cara-cara :

  1. Jika semua bahan sudah siap, mula-mula masukkan adunan karamel tadi ke dalam loyang yang berisi gula perang.
  2. Kemudian masukkan adunan kek ke atas adunan karamel.
  3. Mulai panaskan oven, masak secara waterbath, iaitu dengan cara masukkan air panas dalam loyang yang lebih besar kemudian masukan loyang yang ada adunan tadi. Masak suhu 150°C selama 1 jam ikut oven masing-masing.
  4. Jika sudah masak masukkan dalam peti selama 2-3 jam baru potong.

    kek coklat puding karamel

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kek coklat puding karamel, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.