Tepung pulut biasa digunakan untuk menghasilkan manisan seperti butir nangka, badak berendam, tang yuan dan lain-lain. Tapi kali ini kami buat sup bebola berinti ayam menggunakan tepung pulut. Kejadiannya seakan dumpling tapi teksturnya lebih berisi dan likat. Zurina Zulkefli mempersembahkan resepi bebola ayam dengan tepung pulut di laman Facebook.

Walaupun pakai tepung pulut, kejadian bebola ayam malah lebih menarik dan lagi sedap sebab rasanya semacam dumpling di kedai cina muslim. Makan bebola ayam tepung pulut sedap dengan kuah sup. Apalagi kalau dapat makan cicah dengan cili flakes pedas macam restauran.

Macam menarik perkongsian kali ini. Tidak sabar rasanya ingin berkongsi resepi dengan anda. Tanpa tunggu lagi mari lihat resepi di bawah.

Resepi Bebola Ayam Tepung Pulut

bebola ayam tepung pulut

Imej via Facebook

Bahan Inti :

  • 2 ketul ayam saiz potongan sup – cincang,
  • Separuh lobak merah – potong dadu,
  • 2 tangkai daun bawang – potong halus,
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah,
  • Boleh tambah cendawan shitake.

    bebola ayam tepung pulut

    Imej via Facebook

Bahan Tepung :

  • 1 cawan tepung pulut,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • Secubit garam,
  • Tuang air sedikit sedikit.
    (Uli sehingga menjadi doh)

    bebola ayam tepung pulut

    Imej via Facebook

Cara Membuat Bebola Dan Sup :

  1. Letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola.
  2. Rebus bebola di dalam air yang sedang mendidih dan biarkan sehingga ia timbul (menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam).
  3. Tidak perlu angkat bebola tersebut, cuma perisakan sup dengan perencah sama ada kiub ayam atau ikan bilis.
  4. Boleh titiskan minyak bijan/minyak bawang putih ke atas sup.
  5. Sedia dihidang dengan chili oil untuk rasa pedas.

    bebola ayam tepung pulut

    Imej via Facebook

Resepi Chili Oil:

  • Minyak masak/minyak sayuran,
  • Dua sudu besar chili flakes (bukan chili powder),
  • Tiga ulas bawang putih yang dicincang.
  • Garam secukupnya.

Cara Memasak :

  1. Campurkan bawang putih bersama chili flakes.
  2. Taburkan dua cubit garam.
  3. Panaskan minyak masak di atas kuali sehingga gelegak.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak panas tersebut ke atas chili flakes yang dicampur bawang putih tadi. Gaul rata.

Resepi Menarik Lain

Selain bebola ayam tepung pulut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.