Siapa di sini teringin buat bebola daging namun tidak tahu resepi yang sedap dan perlu diikuti? Tidak perlu risau kerana kami akan berkongsikan resepi bebola daging yang super sedap! Lengkap dengan kuah.

Bebola daging biasanya dibuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi kayu, tetapi boleh juga dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang.

Di Indonesia, bebola daging dipanggil bakso dan disajikan dengan kuah yang mengandungi mihun, sayur, kailan  dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Nasariah Aziz di Facebook pada resepi di bawah ini.

Banyak variasi masakan bebola daging seperti dipanggang, disayur mahupun digoreng. Masakan perancis pula menyajikan bebola daging dengan pasta.

Mesti anda teringin membuat bebola daging yang super sedap seperti pada gambar di bawah kan! Melihatnya saja sudah menitikkan air liur.

Sila cuba resepi bebola daging yang mendapat perkongsian ramai ini.

Resepi Bebola Daging

bakso bebola daging

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

Bebola Daging

  • 500 gram daging lembu cincang.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sebiji telur.
  • 1 sudu serbuk lada sulah.
  • Garam serbuk perasa secukupnya.
  • 5 senduk tepung ubi.
  • Air secukupnya.

Kuah Bebola Daging

  • 600 gram tulang lembu.
  • 6 ulas bawang putih.
  • Sebiji bawang merah besar.
  • Halia.
  • Serai.
  • Serbuk lada hitam/sulah.
  • Garam secukup nya.
  • Kiub daging/ayam.
  • Air secukupnya.

Hiasan

  • Kobis dipotong halus.
  • Daun sup/daun bawang dihiris halus.
  • Bawang goreng.

Sambal :

  • Segenggam cili padi merah.
  • Segenggam cili padi hijau.
  • 6 biji bawang putih.
  • Cuka makan.
  • Perasa.
  • Air rebusan daging.

Cara Membuat Bebola Daging :

1. Masukkan semua bahan bebola daging dalam satu bekas.

2. Gaul hingga adunan menjadi halus.

3. Selepas itu masukkan pada bekas lain dan tutup guna plastik.

4. Masukkan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

5. Kemudian bulat-bulatkan ikut saiz yang kita suka.

6. Rebus air dalam periuk kemudian masukkan bebola daging.

7. Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul. Tutup api.

Cara Membuat Kuah :

1. Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.

2. Rebus tulang lembu hingga sedikit empuk. Simpan sedikit air baki rebusan untuk sambal.

3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

4. Masukkan serai yang sudah diketuk.

5. Masukkan tulang lembu bersama air, rebus hingga empuk.

6. Kemudian masukkan kiub daging, lada hitam/sulah, perasa, garam. Bila sudah masak, tutup api.

7. Hidangkan bersama mihun/sohun, daun sup/bawang, bawang goreng, hirisan kobis.

bebola daging

Imej via Facebook

Cara Membuat Sambal :

1. Rebus semua bahan sambal.

2. Asingkan cili hijau dan merah.

3. Tumbuk kasar cili merah, letak sedikit cuka dan perasa, tambah sedikit air rebusan tulang tadi.

bebola daging

Imej via Facebook

4. Cara yang sama untuk sambal hijau.

Masa menyajikan bebola daging boleh letak kicap manis untuk dapatkan rasa yang lagi sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bebola daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.