Mencari resepi kuih muih tradisional untuk berniaga? Atau untuk acara kenduri dan majlis? Atau mencari resepi kuih setakat makan bersama keluarga? Di sini semua resepi yang anda mahu telah disediakan.

Resepi-resepi kuih kecintaan rakyat Malaysia kami kongsikan di sini. 25 resepi yang kami kongsikan ini ialah resepi kuih muih tradisional pilihan yang paling banyak mendapat perkongsian di Facebook. Bahkan sampai mencecah 25K perkongsian dari warga internet. Bagaimana tidak, resepinya sangat senang, bahan-bahan mudah dan rasanya sangat teramat sedap.

Kuih-kuih tradisional ini hanya boleh anda dapatkan di pasar malam mahupun gerai penjual kuih di tepi jalan pada masa pagi. Namun tidak semua orang ada masa pergi pasar malam. Juga jika mengketangahkan masalah kesihatan dan keberihan tentunya anda akan berpikir 2 sampai 3 kali bahawa membuat kuih sendiri lebih sihat dan berbaloi.

Jika ada mood rajin bolehlah cuba buat kuih seperti resepi-resepi di bawah ini. Sesekali menjamu selera dengan kuih buatan air tangan anda. Nanti selepas buat satu kali mesti akan ketagih buat lagi.

1. Resepi Kuih Pelita

Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

"

Tidak semestinya membuat kuih pelita menggunakan tepung beras. Boleh saja guna tepung gandum seperti resepi yang dikongsikan oleh Norizan Ismail‎ di Facebook. Namun bezanya ialah, jika pakai tepung beras dipanggil kuih pelita sedangkan kalau pakai tepung gandum dipanggil kuih limas.

Bahan Lapisan Bawah Hijau :

  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4-5 sudu besar gula (kalau mahu kurangkan boleh, resepi asal 2 sudu besar)
  • Sedikit pewarna hijau (Kisar semua bahan)

Bahan Lapisan Atas Putih :

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdt garam

Cara Memasak :

  1. Panaskan pengukus. Jika guna bekas plastik kecik. Sila letak daun oisang di dasar bekas bagi bau wangi daun pisang.
  2. Letakkan gula dalam 1 sudu besar rata, kalau mahu air gula lagi banyak boleh letak gula 1 sudu besar penuh.
  3. Kisar semua bahan bahagian bawah sampai sebati, jangan lama sangat. Dia memang akan jadi cair. Jangan tambah air.
  4. Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas.
  5. Kukus lapisan bawah dalam 10 minit dengan api kuat.
  6. Sementara lapisanbawah masak, kisar sebati lapisan atas.
  7. Siap tuang laipasan atas, kukus lagi dalam 10 minit.
  8. Siap. Kalau ada air bertakung dalam kuih buang airnya.

2. Resepi Kuih Keria

kuih keria

Imej via Facebook

Jika anda punya lebihan keledek di rumah lebih baik anda olah keledek tersebut jadi kuih keria. Daripada keledek bertapa dan terbuang di rumah tiada guna. Sedapnya kuih keria dibalut kuah sira gula. Sangat menjilat jari. Jom tengok resepi daripada ‎Chek Kuna Ahmad‎ di Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Baking powder
  • Minyak masak

Bahan Sira:

  • Gula kasar
  • Air

Cara Membuat :

  1. Bersihkan dan rebus ubi keledek sehingga empuk. Sejukkan. Buangkan kulit.
  2. Potong ubi kecik-kecik. Lenyekkan sehingga hancur.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul rata. Tambah tepung gandum sehingga adunan tak melekat.
  4. Ambik sikit bulatkan agak-agak besar bola ping pong. Buat lubang ditengah guna jari telunjuk. (Terpulanglah nak besar mana. Kalau melekat guna tepung sikit).
  5. Sudah siap dibentuk. Sediakan kuali. Panaskan minyak.
  6. Masukkan adunan tadi. Goreng sehingga warna keemasan.
  7. Toskan dan biarkan sejuk.
  8. Sediakan kuali. Masukkan beberapa sudu gula dan sedikit air. Kacau sehingga gula tadi berbuih dan pekat.
  9. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  10. Kacau rata sehingga gula kering. Tutup api dapur. Biarkan sejuk.
  11. Siap untuk dimakan.

3. Resepi Kuih Peria

kuih peria

Imej via Facebook

Dengan kreativity yang tinggi, membuat kuih peria berinti kacang merah dengan tampilan warna-warni yang menarik hati. Inti kacang merah pula tampah sangat menggoda. Jom tengok resepi kuih peria senang yang dikongsikan oleh Aida Syuhada di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 paket tepung pulut (500g)
  • 1 cawan gandum
  • Santan cair secukupnya (letak garam sedikit)
  • Inti kacang merah (beli yang sudah siap)

Cara Membuat :

  1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum gaul sebati.
  2. Masukkan santan sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, letak inti, bentuk membujur macam peria, sapu sedikit minyak suaya tak melekat. Lurik-lurikkan dengan garpu.
  4. Kukuskan dengan api yang sederhana (10-15 minit).

4. Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan

kuih lapis

Imej via Facebook

Kuih lapis memang selalu menyajikan tampilan yang menarik. Anda teringin membuat kuih lapis menggoda macam gambar? Jom tengok bahan-bahan resepi kuih lapis yang dikongsikan Elly Naureen di Facebook ini dalam sukatan cawan. Tips perlu diingat ialah gunakan cawan yang sama untuk setiap sukatan ya.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/4 cawan gula pasir yang diblend jika tiada gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Pewarna merah ros

Cara Membuat :

  1. Gaul semua bahan sampai sebati. Kecuali pewarna ros.
  2. Kemudian bahagikan dalam 2 bekas. 1 bekas letak pewarna merah ros.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang selapis biarkan masak.
  4. Jika sudah masak tuang lapisan ke 2.
  5. Ulang sampai jadi berlapis-lapis.
  6. Pastikan betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan.

5. Resepi Kuih Seri Muka Pandan

seri muka pandan

Imej via Facebook

Tuan punya resepi Afida Elleh Sunshine di Facebook berkongsi tips untuk dapatkan potongan cantik cuma guna pisau kek yang selalu beli kek tu saja, tiada guna pisau khas dia atau cutter. Potong bahagian hijau dia dahulu sampai habis dan jangan sampai kena bahagian bawah dia. Jika sudah habis potong yang hijaunya baru tekan rapat sampai yang bawah. Kemudai permukaan licin kerana loyang ditutup pakai kertas aluminum dan penutup pengukus dia tak payah tutup dengan kain lagi.

Bahan Bahagian Bawah :

  • 3 cawan pulut (rendam 3 jam)
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Bahan Bahagian Atas :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir (resepi asal 1 1/2 cawan)
  • Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara Membuat :

  1. Cuci pulut, toskan, masukkan santan dan garam
  2. Kemudian kukus dalam talam selama 25 minit, sudah siap kukus kemudian angkat dan penyek-penyek bagi padat.
  3. Blend semua bahan bahagian atas bagi adunan halus.
  4. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
  5. Kukus selama 30 minit.
  6. Siap.

6. Resepi Kuih Tepung Gomak

kuih tepung gomak

Imej via Facebook

Antara kuih jualan yang jadi favorit ramai. Cepat dan mudah juga membuat kuih ini. Kacang hijau yang di blend lebih terasa ori kacang hijau. Siapa suka resepi ini jom tengok perkongsian daripada Wan Ananis‎ di Facebook. Kalau rasa malas blend kacang hijau, boleh beli tepung kacang hijau di kedai lagi cepat.

Bahan-bahan :

  • Kacang Hijau

Inti Kelapa

  • Kelapa putih
  • Gula pasir (agak-agak saja)
  • Gula merah yang sudah ditapis
  • Sedikit gula melaka
  • Daun pandan disimpul
  • Secubit garam
  • Air (masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau smpai kering macam inti ketayap. Bila sudah sejuk gentel bulat-bulat)

Cara Membuat :

  1. Basuh kacang hijau dan toskan.
  2. Goreng dalam kuali tanpa minyak guna api slow dalam beberapa minit.
  3. Angkat dan biar sejuk, kemudian blend dan ayak.
  4. Bancuh tepung pulut dengan air (sesetengah orang ada yang campur sedikit tepung gandum tapi saya pakai tepung pulut sahaja.  Bancuh jangan lembik sebab nak letak inti kelapa tadi macam buat buah melaka).
  5. Ambil sedikit tepung pulut tadi dan letak inti kelapa di tengah kemudian gentel bulat.
  6. Seterusnya masukkan dalam air yang sudah mendidih.
  7. Bila tepung tadi timbul, toskan dan gaul dengan kacang hijau yang sudah diblend tadi.
  8. Tekan sikit bagi leper baru nampak cantik. Siap.

7. Resepi Kuih Ketayap

kuih ketayap

Imej via Facebook

Kuih pevret kelaurga. Paling laku di pasar malam. Kuih paling senang buat inilah dia. Jom tengok resepinya daripada Irhana Canella‎. Resepi ini disukai ramai dalam perkongsiannya di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi (letak tepung ubi supaya kulit tak mudah koyak. Tak letak pun tak apa. )
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air (agak-agak saja dalam 2 cawan air jika tak cukup baru tambah ok)
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau@air pandan

Cara Membuat :

  1. Blend semua bahan-bahan. Bancuhan agak-agak jangan cair sangat jangan pekat sangat.
  2. Gunakan senduk. Lenggangkan 1 senduk adunan di kuali. Jika nak cantik guna pan dan nak sama saiz guna senduk bulat. Buat sampai habis.

Cara Membuat Inti Kelapa :

  • Kelapa parut separuh
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan air untuk larutkan gula saja)
  • 1 sudu tepung ubi
  • Sehelai daun pandan
  • Masak gula sampai larut kemudian masukkan kelapa parut, garam dan tepung ubi. Biar kering sedikit. Siap.

8. Resepi Tapai Pulut

tapai pulut

Imej via Facebook

Hidangan ini amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan bahkan telah merambah ke semua negeri. Tapai pulut biasanya dihidangkan pada masa menyambut perayaan. Tapai pulut sedap dimakan macam itu sahaja. Jom buat tapai pulut dengan resepi daripada Zakiah Zolkepli di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras pulut,
  • 1 cawan kecil gula,
  • Ragi 1 biji,

Cara-cara :

  1. Mula-mula, kukus pulut selama 40 minit.
  2. Kemudian angkat dan biarkan sejuk baru dicampur ragi dan gula.
  3. Gaul rata.
  4. Bungkus dan biarkan selama 2 hari.

9. Resepi Kuih Kapit Tradisi

kuih kapit

Imej via Facebook

Kuih kapit senang dan cepat dengan menggunakan alat elektrik. Kuih kapit merupakan kuih tradisi sejak dulu. Namun begitu daya pikatnya tidak pernah punah. Ramai mak-mak yang sentiasa mengkekalkan tradisi kuih kapit pada hari Raya. Lieniey Merlin‎ berkongsikan resepi kuih kapit di laman Facebook. 

Bahan-bahan :

  • 1 mangkuk tepung,
  • 1 mangkuk gula pasir,
  • 1 mangkuk santan sederhana cair,
  • 1-2 biji telur,
  • Sedikit serbuk kayu manis.
  •  

Cara-cara :

  1. Mula-mula mesin kesemua bahan di atas.
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Kalau adunan pekat tambahkan santan cair sehingga adunan tidak pekat sangat dan tidak cair.
  4. Panaskan acuan dan tuang adunan.
  5. Setelah masak boleh gulung atau lipat masa panas-panas. Jika ingin isi coklat atau kacang pun boleh.
  6. Siap.

10. Resepi Kuih Talam Pandan

talam pandan

Imej via Facebook

Teringin makan kuih talam pandan? Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, sama ada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya. Tanpa tunggu lama, jom tengok resepi talam pandan viral dan mudah resepi perkongsian daripada Lina Sahedin‎ di laman Facebook. Resepi yang patut cuba sangat.

Bahan Bahagian Bawah :

  • 1 cawan pati daun pandan (12 helai daun pandan blend + 1 cawan air) tapis.
  • 3 cawan santan,
  • 1 cawan gula,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sdb membukit tepung ubi,
  • Pewarna hijau,
  • Garam untuk lemak, ikut rasa sendiri.

Cara Membuat Bahagian Bawah :

  1. Panaskan air kukusan sampai mendidih.
  2. Lenser dasar loyang dengan minyak, alas kertas plastik. (Saya guna loyang bulat 9″).
  3. Campur semua bahan, kacau rata dan tapis.
  4. Masukkan dalam kuali atau periuk. Panaskan di atas api yang kecil.
  5. Masak sekejap adunan. Bila mula panas terus tutup api.
  6. Tuang dalam loyang, kukus selama 20-25 minit.
  7. Tutup tudung pengukus. (Takut masuk air pula).
  8. Bila sudah cukup masa, buka tudung pengukus biarkan selama 3/5 minit baru cakar permukaan bahagian bawah.
  9. Tuang bahagian atas.
  10. Tutup tudung pengukus.

Bahan Bahagian Atas :

  • 1 cawan tepung beras cap bunga teratai,
  • 2 sudu membukit tepung gandum,
  • 3 cawan santan,
  • Garam untuk lemak. (Ikut cita rasa sendiri).

Cara Membuat Bahagian Atas :

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Tuang dalam loyang bahagian bawah tadi.
  3. Kukus selama 20/25 minit.
  4. JIka suah cukup masa, buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit baru tutup api.
  5. Siap. Biar semalaman esok baru potong, mesti nampak cantik. Selamat mencuba.
 

11. Resepi Tepung Bungkus Lemak Manis

tepung bungkus

Imej via Facebook

Tepung bungkus ialah kuih muih tradisional yang sukar dijumpai masa kini. Tepung bungkus amat lembut, ia diperbuat daripada tepung beras. Bila makan terasa lemak lemak masin ditambah pula inti kelapa yang sedikit manis. Inti menggunakan kelapa muda yang disira nisan hingga kering, namun ramai juga yang guna gula merah. Inti dibulatkan sebesar ibu jari kemudian digolekkan di atas tepung pulut dan dibungkus daun pisang. ‎Asmaak Razali‎ berkongsikan resepi tepung bungkus di laman Facebook. 

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus tepung beras (siam),
  • 10 cawan,
  • 24 sudu gula,
  • 2 sudu garam,
  • 1 kg santan.

Cara-cara :

  1. Masukkan 5 gelas air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dikacau sampai mendidih.
  2. Bancuh 5 gelas air bersama tepung dan kacau sebati,
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau hingga tepung betul-betul masak dan nampak berkilat.

Bahan Inti :

  • 5 biji kelapa,
  • 1 kg gula melaka,
  • ½ sudu garam,
  • ½ kg gula,
  • 2 sudu debu pulut,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Masak kelapa dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan gula melaka, gula dan daun pandan.
  3. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan masukkan ke dalam adunan kelapa.
  4. Masak sehingga kering.
  5. Bulat-bulatkan inti dan gaul dengan debu pulut.

Cara Menyediakan Tepung Bungkus :

  1. Lapis dua daun pisang.
  2. Letak 1 sudu tepung ke dalam daun pisang.
  3. Masukkan 2 biji inti.
  4. Tutup inti tadi dengan satu sudu lagi tepung.
  5. Balut tepung tadi dan lipat di bahagian hujung kiri dan kanan.
  6. Kukus selama 20-25 minit.
  7. Bagi sejuk sedikit dan baru boleh makan.

12. Resepi Kuih Koci (Moden dan Berbaloi)

Resepi Kuih Koci

Imej via Facebook

Kuih koci memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Kuih koci biasanya dihidangkan untuk pencuci mulut dalam acara kenduri ataupun sehari-hari. Kami hadirkan resepi kuih koci tanpa kukus dengan resepi yang moden dan sangat berbaloi untuk dicubakan dirumah, dan pastinya akan disukai oleh ahli keluarga anda. Resepi ini dikongsikan oleh Diena Anilda di facebook.

Bahan untuk Inti 200++ biji :

  • 1500 gm kelapa( lebih kurang 4 biji kelapa)
  • 370 gm gula merah
  • 1 kg gula
  • 6 cawan air
  • 6 helai daun pandan
  • 6-7 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam

Cara Memasak Inti :

  1. Masak gula merah, tambah air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.
  2. Masak semula gula merah yang sudah ditapis + gula pasir + garam + daun pandan sehingga gula pasir larut.
  3. Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.
  4. Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih2 didasar kuali. (bermakna inti sudah nak kering)
  5. Masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
  6. Tutup api. Siap.

Bahan Doh Pulut Hitam 50++biji :

  • 500 gm tepung Pulut
  • 2-3 sudu tepung Pulut hitam (beras pulut hitam di kisar + ayak)
  • Santan cair/air (untuk uli)

Bahan untuk Doh Labu 50++biji :

  • 500 gm Tepung pulut
  • 500 gm labu (direbus + dilecek)
  • Santan cair/Air (untuk uli)

Bahan Dadih santan :

  • 1/2 atau 1 biji kelapa (Blend dengan 2 liter air kemudian tapis)
  • 10-15 sudu tepung beras
  • 10-15 sudu tepung jagung
  • 3 helai daun pandan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Dadih Santan :

  1. Kisar Kelapa + air. Tapis guna tapis kain.
  2. Masukkan tepung beras + tepung jagung. Tapis sekali lagi guna tapis teh sahaja sebelum pasang api.
  3. Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandan untuk aroma yang wangi.
  4. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

Finishing : Cara Memasak Doh dengan Inti dan Santan

  1. Masukkan air/santan cair ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat2kan. Gris loyang dengan sedikit minyak.
  3. Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.
  4. Kalau sudah timbul, angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yg telah dimasak.
  5. Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur di atas api. Siap.

Tips Memasak Kuih Koci :

  1. Dadih santan jangan terlalu pekat ataupun cair. Kalau tercair sangat bancuh sedikit dengan tepung beras + air. Masak sampai dadih berbuih untuk tahan lama.
  2. Kacau doh yang sudah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
  3. Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air. Sebab ketika doh sudah masak harus terus dimasukkan dalam santan. Kalau tidak nanti melekat2.
  4. Setelah inti siap dimasakkan. Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah sejuk dan agak beku. Keluarkan dan bulat-bulatkan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tidak melekit dan kerja jadi cepat.
  5. Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, imbang inti 11gm dan doh 21gm setiap satu.

13. Resepi Kuih Cara Manis

Resepi Kuih Cara Manis

Imej via Facebook

Kuih cara ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih cara terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air dan daun pandan. Kuih ini paling dicari kerana sangat sesuai untuk dijadikan kuih pencuci mulut. Aroma pandan daripada kuih cara sangat merangsang selera. Kuih Cara terdapat dalam berbagai macam jenis, rasa dan bentuk yang menarik. Resepi kuih cara manis dikongsikan oleh Affisah Husin di Facebook. 

Bahan-bahan :

  • Daun Pandan (kalau tidak ada daun pandan boleh menggunakan perisa pandan)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 2 biji telur
  • 3 cawan gandum
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya

Cara-cara :

  1. Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air, Tapiskan.
  2. Masukkan telur 2 biji, 1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi dan tapiskan.
  3. Panaskan acuan dangan api perlahan. Lepas itu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara.
  4. Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah.
  5. Tunggu 1-2 minit boleh masuk gula dan tutup.
  6. Bakar lebih kurang 4-5 minit. Tidak perlu terbalikkan.

14. Resepi Getuk Ubi Tradisi

getuk ubi

Imej via Facebook

Getuk ubi merupakan makanan tradisional berasaskan ubi kayu. Rasanya menarik di lidah, ada manis dan masin, perpaduan rasa tradisi yang bikin ketagih. Cara membuat getuk ubi amat mudah dan simple. Kelazatan makanan tradisi getuk ubi amat terasa apabila diletak kelapa yang banyak sehingga pecah meletup dalam mulut. Jom cubakan resepi getuk ubi daripada Niza Nasir‎‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ubi kayu,
  • Garam,
  • Kelapa parut,
  • Gula,
  • Tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus ubi kayu sampai lembut.
  2. Kemudian tapis dan lenyekkan. Biar sejuk seketika.
  3. Kemudian masukkan garam sedikit.
  4. Lalu masukkan kelapa ikut sebanyak mana anda suka.
  5. Letak gula dan tepung gandum sedikit.
  6. Gaul sebati hingga boleh dibulat-bulatkan.
  7. Bancuh tepung untuk celup ubi.
  8. Panaskan minyak, celup ubi yang sudah dibulatkan.
  9. Goreng getuk ubi. Siap.

15. Resepi Lepat Pisang

lepat pisang

Imej via Facebook

Kuih ini bukan main ramai juga yang minat hingga sekarang. Dihidangkan untuk sarapan, kenduri dan lain-lain. Lepat pisang dibuat menggunakan bahan asas pisang yang dilenyek, tepung, gula, santan. Ciri khas lepat ialah dibungkus dengan daun pisang. Ada yang meletak inti gula Melaka di dalam lepat pisang. Lagi sedap kalau pakai pisang yang sudah masak ranum, lebih terasa manis dan lembut. Jom buat lepat pisang sekarang merujuk resepi daripada Nor Hafiza Ghazali di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 15 biji pisang – dilenyek ,
  • 3 sudu besar gula,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan santan,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu besar biji sagu,
  • Daun pisang secukupnya – dilayur,

Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan.
  2. Ambil dalam satu senduk.
  3. Letak dalam daun pisang dan balutkan macam lepat.
  4. Kukus selama 30-45 minit.

16. Resepi Kuih Cek Mek Molek

cek mek molek

Imej via Facebook

Cek mek molek diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/memancut.

Cek mek molek ini rangup di luar tapi sangat lembut di dalam. Cara menyediakan cek mek molek mudah saja. Bahan pun tidak banyak dan tidak leceh. Berikut kami sediakan untuk anda resepi ringkas cek mek molek yang dikongsikan oleh سوريانا عبدول ماناف سوري di Facebook.

Bahan bahan :

  • Ubi keledek oren
  • Tepung gandum
  • Sedikit gula

Cara-cara :

  1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
  2. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.
  3. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.
  4. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.
  5. Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.

17. Resepi Bingka Ubi

bingka ubi

Imej via Facebook

Kuih bingka ubi diperbuat daripada ubi kayu. Kuih tradisional ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Kuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu, santan dan perasa serta tidak memerlukan bahan asing seperti tepung sedikitpun. Resepi di bawah ini menggunakan sukatan cawan sahaja dikongsikan oleh Cik Puan Mazs Shaari di Facebook. 

Bahan-bahan :

  • 4 cawan ubi kayu yang sudah diparut
  • 2 cawan santan
  • 11/2 cawan gula
  • 1 sdk garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :

  1. Ubi kayu yang disagat masukkan 2 cawan santan.
  2. Masukkan gula kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan garam.
  4. Sedikit pewarna kuning.
  5. Masukkan dalam loyang 8×8.
  6. Bakar 1 jam setengh suhu 200 api atas bawah.
  7. Sudah masak dan siap dihidangkan.

18. Resepi Cucur Badak

cucur badak

Imej via Facebook

Cucur badak menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Untuk membuat cucur badak pastikan anda memakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja. Apabila membuat cucur badak, pastikan anda menggunakan kelapa yang segar agar cucur sedap dan padu. Resepi cucur badak sedap yang dikongsikan oleh Rashidah Kamaruddin di Facebook.

Bahan-bahan untuk membuat inti :

  • 3 cawan kelapa parut putih. Guna 1 biji kelapa.
  • 2 batang serai*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 sudu besar udang kering. Letak segenggam kalau suka*
  • 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*
  • 5-7 tangkai cili kering @ 2-3 sudu besar cili kering kisar. Ikut pedas*
  • 1/2 sudu teh jintan manis*. Tumbuk halus dahulu sebelum kisar.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu besar gula .
  • Sedikit daun kunyit (hiris halus). Kalau tidak letak pun boleh.
  • Minyak untuk menumis.

Cara Membuat Inti :

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan garam dan juga gula. Kacau sehingga agak kering/garing.
  3. Masukkan kelapa. Gaul hingga sebati. Kacau selama 10 minit sehingga kelapa benar-benar masak dan sebati.
  4. Angkat dan taburkan daun kunyit.

Bahan-bahan untuk kulitnya pula :

  • 3 cawan ubi keledek yang telah dilecek.
  • 2 cawan tepung selfraising (tepung naik sendiri).
  • 1 sudu besar marjerin, untuk jadikan kulitnya garing semasa menggoreng.
  • 1 sudu kecil garam.

Cara membuat :

  1. Rebus ubi dengan air dan sedikit garam sampai empuk, toskan airnya kemudian lecekkan. Jangan letak air terlalu penuh semasa merebus kerana rasa ubi akan tawar. Letak air 3/4 periuk sahaja.
  2. Dalam bekas adunan, masukkan ubi yang telah dilecek tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan garam yang telah dibancuh dengan satu sudu kecil air panas. Uli sehingga menjadi doh, doh akan melekat sedikit di jari, tidak mengapa. Jangan tambah tepung lagi sebab nanti kulit akan menjadi keras.
  4. Apabila inti dan doh sudah jadi, mula buat cucur. Celupkan jari dalam minyak masak, ambil sedikit doh , letakkan inti dan bentukkan. Buat sehingga habis.
  5. Goreng kuih sehingga kekuningan dengan minyak dan api sederhana agar kuih masak sekata. Siap!

19. Resepi Kuih Badak Berendam (Sedap, Lemak Manis)

Resepi kuih badak berendam

Imej via Facebook‎

Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan (gula melaka). Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis. Kuih ini dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Resepi kuih badak berendam yang sedap dan manis yang dibahagikan oleh ‎Irhana Canella‎ di Facebook. 

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Tepung pulut.
  • Air kapur.
  • Pewarna hijau.
  • Gula melaka potong kecil-kecil.
  • Santan pekat.
  • Garam sedikit.
  • Tepung beras sedikit.

Cara Membuat Kuih Badak Berendam :

  1. Uli tepung pulut, air kapur dan pewarna sampai jadi doh.
  2. Bulat-bulatkan dan bubuh inti gula melaka.
  3. Jadikan bebola kemudian susun dalam bekas.
  4. Santan di bancuh dengan tepung beras sedikit dan bubuh garam sedikit untuk naik lemak. Bancuh jangan pekat jangan cair, sedang-sedang saja.
  5. Setelah itu, masukkan sekali ke dalam bekas yang ada buah melaka tadi.
  6. Akhir sekali kukus sampai masak dalam 15 minit. Siap.

20. Resepi Kuih Kasturi @ Kacang Hijau Sedap

kuih kasturi

Imej via Facebook

Kuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng. Sesiapa yang suka kacang hijau mesti suka kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan camilan keluarga bahkan dijual ramai peminat. Resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kacang hijau,
  • 6-7 sudu makan gula membukit,
  • Setengah biji kelapa putih sahaja,
  • 1 sudu tepung gandum,
  • ½ cawan tepung rangup campuran,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu planta (jangan banyak agak-agak sahaja),
  • Garam secukup rasa,
  • Air sedikit.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus kacang hijau sehingga lembut dan kering air (kacang kira lembut apabila ditekan akan hancur).
  2. Masukkan gula ke dalam kacang tadi, kacau sampai kering dan berkilat. Gunakan api kecil.
  3. Masukkan kelapa dan gaulkan sampai sebati. Jika sudah sebati tutup api. Sejukkan sebentar.
  4. Jika sudah sejuk, taburkan 1 sudu tepung gandum. Jangan banyak nanti keras.
  5. Gaulkan sebati kemudian bulat-bulatkan dan leper. Supaya mudah 32 gram untuk satu biji.
  6. Untuk bancuhan tepung celup masukkan tepung rangup campuran, tepung gandum, planta, garam secukup rasa dan air sedikit. Bancuhan tidak pekat dan tidak cair.
  7. Kemudian panaskan minyak (minyak harus panas). Bila ingin masukkan kuih kacang baru perlahankan api.
  8. Celup kuih tadi dalam bancuhan tepung.
  9. Siap.

Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.

21. Resepi Cucur Jawa

Imej via Facebook

Resepi cucur jawa yang menarik daripada Nurul SyifAa di laman Facebook. Dibuat dengan tepung gandum dan tepung beras. Cucur jawa biasa dipanggil kuih topi kerana bentuknya yang menyerupai topi. Di Indonesia pula dipanggil penyaram. Cucur jawa biasa dijumpai di pasar malam. Baik buat sendiri, pasti puas makan boleh pula dibuat untuk jualan. 

Bahan-bahan :

  • Air gula,
  • Air 5 atau 6 cawan,
  • 1 ½ cawan gula merah,
  • 1 cawan gula putih,
  • Masak air gula sampai mendidih. Biarkan sejuk.
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 2 cawan tepung beras,
  • Garam 1 atau ½ sudu besar.

Cara-cara :

  1. Masukkan air gula tadi ke dalam tepung, kacau sebati guna senduk.
  2. Masukkan air agak-agak jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
  3. Tuang bahan ke dalam blender sedikit-sedikit secukupnya. Kalau pekat tambah air sedikit.
  4. Goreng cucur. Siap.

Tips :

  • Jangan blender lama-lama, blender 2 kali sahaja cukup.
  • Minyak sedikti saja macam menggoreng telur.

22. Resepi Kuih Kaswi

kuih kaswi
Imej via Facebook

Resepi sarapan berikutnya ialah kuih kaswi. Resepi tradisional ini masih jadi favorit hingga kini. Buat kuih ini tidak payah renyah-renyah. Orang tua-tua dulu punya cara dan resepi sedap, bahan pun tidak banyak. Maka itu kami share resepi kuih kaswi tradisi daripada Nazirah Zali di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 1/2 tepung gandum,
  • 1 cawan gula merah (1 cawan air),
  • 1/2 cawan gula putih,
  • 1 sudu makan air kapur,
  • 1/2 sudu teh garam,
  • 5 cawan air.

Bahan Salut :

  • Kelapa parut,
  • Secubit garam halus.

Cara-cara :

  1. Mula-mula masak gula merah hingga cair dan tuang kedalam tepung sambil kacau (gula kena tapis dan mesti panas).
  2. Lalu masukkan air dan kacau sebati (sampai hilang ketul-ketul).
  3. Kemudian masukkan garam dan air kapur dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan. kukus selama 15-20 minit.
  5. Siap.

Nota : Adunan ini tidak pekat dan tidak cair sangat. Agak-agak bila kita celup jari dia akan lekat nipis di tangan. Jadi kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air. Warna pun tidak pekat sangat. Selamat mencuba.

23. Resepi Akok Kedut

akok kedut
Imej via Facebook

Projek sarapan berikutnya ialah akok kedut guna pembakar roti. Resepi daripada Halimatun AsSaadiah Ismail ‎ di laman Facebook. Sedap dimakan panas-panas dan tidak bau hanyir telur walaupun sudah sejuk.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur *
  • Sedikit perisa pandan (optional) *
  • Secubit garam *
  • Santan 1/2 kotak (size kecil) *
  • Tepung gandum 3 sudu makan *
  • Gula pasir,
  • Gula merah,
  • Daun Pandan,
  • 2 sudu minyak masak utk effect golden brown

Cara-cara :

  1. Mula-mula masak air gula : 1 cawan air + gula pasir + gula merah + daun pandan. Sukatan ikut kemanisan masing-masing.
  2. Blend semua bahan bertanda *
  3. Kemudian masukkan 2 sudu minyak masak dalam blend untuk effect golden brown.
  4. Lalu masukkan air gula yang sudah sejuk tadi, blend sekejap.
  5. Barulah bakar sampai golden brown.
  6. Siap.

24. Resepi Kuih Puteri Mandi

puteri mandi

Imej via Facebook

Kuih tradisional Terengganu ini terdapat 2 jenis; puteri mandi yang disira kelapa parut putih dan yang disira kelapa parut coklat yang telah dicampur gula nisan. Rasanya manis dan enak di lidah.

Zaman kini makin berkurang orang berniaga kuih puteri mandi. Kalau pun ada, mungkin rasanya agak sedikit kurang sesuai tekak. Oleh kerana itu, kami hadirkan resepi puteri mandi yang sedap daripada Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. 

Bahan-bahan Puteri :

  • 2 cawan tepung beras pulut,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • Sedikit air kapur,
  • 3 helai daun pandan diblend dan amik jusnya,
  • Sedikit pewarna hijau,
  • Sedikit air,

Bahan-bahan Kuah :

  • 1-2 keping nisan@gula melaka,
  • ½ cawan gula ,
  • ¾ cawan air,
  • Secubit garam
  • ¾ cawan kelapa muda.

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk satukan tepung beras pulut dan tepung gandum.
  2. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sebati sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  3. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih.
  4. Gentel adunan sebesar ibu jari dan tekan sedikit bagi leper.
  5. Rebus adunan puteri sehingga terapung.
  6. Sediakan 1 bekas air sejuk. Angkat kuih puteri dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkan kuih melekat.

Cara Memasak Kuah Mandian Puteri :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali kelapa.
  2. Masak sehingga gula cair dan pekat.
  3. Masukkan kelapa dan adunan kuih puteri. Gaul sebati.

25. Resepi Kuih Keria Sira Gula Melaka

keria sira gula melaka

Imej via Facebook

Ramai yang suka kuih keria gula melaka semenjak viral kebelakangan ini. Ada bermacam-macam versi hingga ada yang pakai cheese ikut citarasa masing-masing. Paling senang makan kuih ini namun buatnya agak rumit. Kena banyak bersabar hadapi dugaan masa membuatnya. Resepi keria gula melaka dikongsikan oleh Alfi Akmal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 kg keledek putih,
  • 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder diayak,
  • Tepung ubi atau tepung beras 2 sudu besar,
  • Sedikit baking powder,
  • Garam secukup rasa,
  • Air secukupnya untuk merebus keledek,
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil.
  2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.
  3. Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas.
  4. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
  5. Kemudian gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil. Ikut suka saiz ingin besar mana.
  6. Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  7. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.

Bahan Sira Gula Melaka :

  • Separuh gula melaka,
  • Satu sudu kecil gula batu,
  • 3 sudu besar gula pasir,
  • 2 sudu besar air.

Cara-cara :

  1. Hiris/hancurkan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.
  2. Di dalam kuali masak gula melaka, gula batu, gula kasar dan air hingga berbuih/mendidih dan pekat.
  3. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.
  4. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk.
  5. Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.

Nota : Macam mana tahu gula pekat? Bila anda nampak buih makin kecil dan apabila dikacau gula di bahagian tepi cepat kering, maknanya sudah pekat. Anggaran gula ini untuk 20 biji keria. Jangan masukkan banyak pula nanti tidak salut semua keria. Bila semua sudah salut, boleh padan api. Kemudian letak di dulang dan biarkan sejuk. Atau apabila gula sudah pekat, masukkan kuih, kacau sebati. Padamkan api dan terus kacau-kacau nanti gula akan kering.

Resepi-resepi kuih di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Jemput juga baca koleksi resepi menarik lain seperti koleksi resepi sayur, resepi nasi ayam dan koleksi resepi kek.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.