Anda pastinya tahu mengenai Vietnam roll yang semakin menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sedap dimakan bersama sos thai pastinya memikat hati anda. Inti popia yang pelbagai juga menjadikannya terkenal dalam kalangan ramai. Walaupun pada asasnya kandungan isi vietnam roll ini hanya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung bersama dengan rice paper dan dinikmati bersama sos.

Walaupun begitu, kini telah banyak youtuber mukbang terkenal yang mula merenovasikan resepi Vietnam roll yang biasa dengan pelbagai jenis kandungan isi yang lain. Contohnya seperti maggi ramen yang mula terkenal kebelakangan ini. Terdapat juga Vietnam roll yang diinovasikan bagi mereka yang ingin berdiet dan bagi mereka yang tidak dapat memakan makanan laut. Jom tengok resepi ringkas di bawah.

Vietnamese Spring Rolls

Imej via [facebook]

Menggunakan sayur-sayuran segar serta isi udang sebagai bahan utama pastinya memberikan kelainan dengan popia goreng yang biasa disediakan. Walaupun Vietnam roll ini menggunakan bahan-bahan yang sihat, tidak dinafikan bahawa makanan ini cukup menjadi kegemaran ramai. Jom tengok resepi yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsi oleh page Resepi Terkini.

Bahan spring roll:

  • 15 ekor isi udang yang telah direbus
  • 1 paket pepperoni ayam
  • 1 paket crab stick
  • Rice paper
  • Daun salad
  • Lobak merah (dihiris memanjang dan nipis)
  • Sengkuang (buang kulit dan dihiris memanjang)
  • Timun Jepun (dihiris memanjang)
  • 3 hingga 4 helai daun ketumbar
  • Suhun di celur seketika untuk dilembutkan
  • Air kosong secukupnya

Cara menggulung spring roll:

1)Rendam rice paper ke dalam pinggan yang berisi air.

2)Letakkan rice paper yang direndam tadi ke atas pinggan.

3)Letakkan salad, sengkuang, timun, daun ketumbar, lobak merah, jejari ketam dan gulungkan seperti menggulung popia.

4)Ulang proses yang sama seperti di no 3, gantikan jejari ketam dengan pepperoni ayam dan tambahkan soo hoon.

5)Ulang proses 3 dan 4 sehingga habis.

6)Susun Vietnam roll ke dalam pinggan.

7)Vietnam roll siap untuk dihidangkan bersama dengan sos yang telah dibuat.

Bahan-bahan sos:

  • Bahan pencicah spring roll vietnam
  • 8 sudu besar Sos Cili SAJI
  • 2 sudu besar Sos Tomato SAJI
  • 1 sudu besar Sos Tiram SAJI
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
  • 1 sudu besar biji bijan putih
  • 2 batang ketumbar sekali daunya dihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • Bahan penciciah

Bahan kisar:

  • 6 biji cili padi merah atau hijau
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 gelas air
  • 1 tangkai ketumbar (blend daun sekali batangnya)
  • 4 biji bawang putih

Cara memasak sos:

1)Sediakan blender dan masukkan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, pati ayam, gula dan air.

2)Blender sehingga bahan halus dan sebati.

3)Sediakan periuk dan tuangkan bahan yang diblender tadi.

4)Masak di atas api perlahan.

5)Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau hingga sebati.

6)Masukkan air tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau rata.

7)Masukkan gula, garam, biji bijan putih dan kacau sebati.

8)Masukkan sos ke dalam mangkuk.

Vietnam Roll Sos Hijau

Imej via [facebook]

Sekiranya anda merupakan peminat Vietnam roll, anda pastinya tahu mengenai sos hijau yang telah viral sejak kebelakangan ini. Berbanding menggunakan sos thai sebagai pencicah, sos hijau yang mempunyai rasa lemak, masam, manis dan pedas pastinya menaikkan selera makan anda. Jom tengok cara membuat sos hijau ini. Resepi ini dikongsi oleh Liyn di laman Facebook.

Bahan Untuk Bland:

  • Segenggam daun ketumbar
  • 4 biji cili padi hijau (nak pedas letak lebih)
  • Satu helai daun limau
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • 1 ketul cube ayam
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu ajinomoto
  • 2 sudu gula
  • Air limau sikit atau limau nipis separuh biji

Bahan Lain:

  • Susu segar dutch lady kotak (anggar)
  • Yogurt original
  • 2 sudu susu pekat

Cara membuat sos:

1)Bland ke semua bahan tadi.

2)Masukkan bahan yang diblender ke dalam periuk.

3)Masukkan bahan lain seperti susu segar, yogurt dan susu pekat.

4)Masak bahan-bahan yang telah dicampurkan dengan api perlahan.

5)Kacau sehingga sos menjadi pekat. Tutup api.

6)Letakkan sos ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama vietnam roll.

Bahan-bahan vietnam roll:

  • Rice paper
  • Salad
  • Udang (celur)
  • Timun (hiris panjang)
  • Carrot (hiris panjang)
  • Sosej (hiris panjang)

Cara buat vietnam roll:

1)Rendamkan rice paper ke dalam air suam.

2)Letakkan rice paper di atas pinggan.

3)Letakkan salad, timun, carrot, udang dan sosej.

4)Gulungkan seperti membungkus popia.

5)Ulang proses diatas sehingga bahan habis.

6)Hidangkan ke dalam pinggan bersama sos hijau. Selamat mencuba!

Resepi Vietnam Roll Seafood

Imej via [facebook]

Bagi peminat seafood, anda pastinya akan suka dengan resepi Vietnam roll yang dibuat berasaskan bahan-bahan seperti udang dan isi ketam. Resepi Vietnam roll ini pastinya sesuai untuk dijadikan sebagai menu petang anda. Resepi dikongsi oleh Hana Kitchen.

Bahan Vietnam roll:

  • Kulit Popia Vietnam (rice paper)
  • Daun Salad
  • Lada hitam (gaulkan dekat udang atau isi ketam)
  • Udang (direbus dan dibuang kulit)
  • Fish cake (direbus)
  • Isi ketam (direbus)
  • Lada bengala(dihiris)
  • Lobak Merah (dihiris)
  • Suhun atau bihun (direndam hingga lembut)

Cara menggulung vietnam roll:

1)Sediakan bahan yang diperlukan.

2)Kulit popia direndam dengan air suam sekejap supaya lembut.

3)Letakkan kulit popia di atas pinggan yang di spray dengan air.

4)Susun bahan di atas kulit popia tadi.

5)Kemudian lipat tepi dan gulungkannya.

6)Boleh juga pelbagaikan intinya seperti fish cake, lada bengala, lobak merah dan isi ketam.

7)Vietnam roll siap untuk di hidangkan bersama sos thai.

Bahan-bahan sos:

  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 biji lemon
  • 10 batang cili padi (ditumbuk)
  • 2 sudu sos ikan
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu gula perang
  • Daun ketumbar (dihiris)

Cara membuat sos:

1)Tumbuk cili padi, bawang putih dan masukkan ke dalam mangkuk.

2)Campurkan minyak bijan, lemon, sos ikan dan gula perang ke dalam mangkuk tadi.

3)Hiris daun ketumbar dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.

4)Gaul rata dan sos sedia dihidangkan bersama vietnam roll.

Popia Vietnam Sos Padu

Imej via [facebook]

Jika dan biasa dengan resepi sebelum ni yang disajikan dengan sos thai, jom cuba resepi yang cepat, ringkas dan sihat ini. Selain bahan-bahan popia vietnam yang sihat, rasanya juga sangat sedap. Anak-anak pastinya akan suka dengan rasa Vietnam roll yang disajikan dengan sos pencicah yang pedas dan manis. Resepi dikongsi oleh Pn Amila Mat Adin di laman Facebook.

Bahan-bahan Popia:

  • Salad
  • Tomato (dipotong)
  • Daun ketumbar (dipotong)
  • Daun bawang (dipotong)
  • Salad ungu
  • 10 ekor udang (direbus)
  • Timun (dipotong)
  • 1 paket kertas beras
  • 1 atau 2 sudu kecil garam

Cara menggulung popia:

1)Masukkan garam dan udang ke dalam air rebusan dan masak sehingga udang kemerahan.

2)Basahkan kertas beras sehingga sedikit lembut dan letakkan di atas pinggan.

3)Susun udang dan sayur yang telah dipotong di atas kertas beras.

4)Lipatkan bahagian hujung kertas beras menutupi inti.

5)Lipat bahagian kanan dan juga bahagian kiri. Akhirnya, gulungkan kertas beras dengan kemas.

6)Popia Vietnam siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan Sos:

  • 2 biji bawang kecil
  • 10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 atau 2 lemon (diperah)
  • 3 cawan sos thai
  • 1 sudu kecil sos ikan

Cara menyediakan sos:

1)Masukkan bawang kecil, cili padi dan bawang putih ke dalam pengisar.

2)Kemudian, masukkan air perahan lemon, sos ikan dan sos thai.

3)Kisarkan sehingga sebati.

4)Sos pedas manis siap untuk dihidangkan.

Popia Vietnam Samyang

Imej via [qaseyhoney]

Siapa yang tidak tahu dengan ramen Samyang yang terkenal dengan rasa sos pedas dan maggienya yang tebal dan kenyal. Kebelakangan ini ramai youtuber mukbang yang menyediakan popia vietnam dengan menggunakan Maggie Samyang sebagai isi bahannya. Jom resepi Qasey Honey yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Bagi sesiapa yang baru nak cuba resepi Samyang Vietnam spring roll ini, jom lihat cara-cara yang ringkas untuk buat resepi ini!

Bahan-bahan vietnam roll:

  • 1 paket Samyang ramen pilihan 
  • Rice paper
  • Rice vermicelli
  • Salad, timun, lobak merah dan sayur pilihan yang lain
  • Crabstick atau udang atau sosej

Cara menggulung vietnam roll: 

1)Sediakan periuk dan rebus air sehingga mendidih.

2)Masukkan ramen ke dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga lembut.

3)Toskan ramen dan masukkan perencah seperti biasa.

4)Sediakan pinggan berisi air, kemudian celupkan rice paper supaya lembut dan boleh digulung.

5)Letakkan Samyang tersebut di tengah-tengah rice paper dengan kemas.

6)Susun bahan-bahan yang lain seperti salad, timun, lobak merah dan sayur pilihan anda.

7)Gulung rice paper dengan kemas.

8)Ulang proses di atas sehingga Maggie habis.

9)Hidangkan ke dalam pinggan dan hidangkan bersama sos.

Bahan-bahan sos:

  • Sos cili thai
  • 4 bawang putih (potong dadu)
  • 6 cili api (potong kecil)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat sos:

1)Tumis bawang putih yang dipotong dadu dan cili api dipotong kecil di dalam kuali.

2)Masukkan sos cili thai.

3)Tuangkan air mengikut sukatan sos.

4)Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dan tambahkan sedikit garam.

5)Kacau sehingga mendidih.

Vietnam Roll Kobis

Imej via [facebook]

Bagi mereka yang inginkan menu Vietnam roll yang sihat, resepi yang dikongsi oleh Intan Nur Hanis ini pastinya memikat hati anda. Berbanding menggunakan rice paper sebagai pembungkus, resepi popia vietnam ini menggunakan kobis panjang bagi menggantikan kulit popia. Jom tengok resepi di bawah. Mudah, sihat dan sedap!

Bahan-bahan Vietnam roll:

  • Kobis panjang
  • Dada ayam atau udang (potong panjang)
  • Garam
  • Sos tiram
  • Serbuk lada putih
  • Cili flakes
  • Timun
  • Lobak merah
  • Cendawan enoki

Cara menggulung vietnam roll:

1)Rendam kobis panjang ke dalam mangkuk yang berisi air garam.

2)Sediakan periuk dan didihkan air.

3)Celur kobis Panjang ke dalam air yang mendidih selama 1 minit.

4)Angkat dan toskan kobis panjang.

5)Potong dada ayam memanjang dan masukkan ke dalam mangkuk.

6)Perapkan dada ayam menggunakan lada putih, sos tiram, cili flakes, garam dan gaul rata.

7)Perasakan udang bersama garam dan cili flakes.

8)Letakkan kobis panjang ke atas papan dan letakkan udang.

9)Letakkan timun, lobak merah, cendawan ke atas kobis dan gulungkan.

10)Ulang proses yang sama menggunakan dada ayam.

11)Didihkan air dan kukus selama 5 hingga 6 minit.

12)Tutup api dan hidangkan ke dalam pinggan. Vietnam roll siap untuk dihidangkan!

Bahan-bahan sos:

  • 2 biji cili hijau
  • 1 ke 2 biji cili api hijau
  • 1 pokok daun ketumbar dengan akar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan gula nisan atau gula melaka atau gula pasir
  • Sedikit air
  • Jus dari 1 biji limau nipis
  • 1 sudu makan mayonis

Cara menyediakan sos:

1)Sediakan blender dan masukkan cili hijau, cili api, daun ketumbar, gula nisan, bawang putih, sos ikan, limau nipis dan air.

2)Blander bahan sehingga halus dan masukkan mayonis.

3)Blender bahan-bahan tersebut bersama campuran mayones.

4)Tuangkan ke dalam mangkuk dan sos siap untuk dihidangkan bersama vietnam roll.

Kesimpulan

Resepi diatas mendapat komen yang positif dari mereka yang mencubanya. Selain dari bahan-bahan yang mudah didapati, cara penyediaan yang mudah juga menjadikan resepi ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad. Resepi ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan menu yang ringkas untuk menu minum petang. Selamat mencuba!

Anda juga dijemput untuk membaca resepi menarik kami yang lain seperti:

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.