Mesti ramai yang jenuh duduk di rumah. Sempena cuti panjang ini mari kita hilangkan jenuh dengan pelbagai resepi menarik untuk dihidang kepada keluarga. Tepat sekali kami telah tuliskan resepi menarik yang boleh anda cuba di rumah untuk kudap-kudap manja hilangkan bosan.

Afy AL Habibi kembali berkongsi resepi menarik iaitu roti pizza di laman Facebook. Kali ini bukan roti pizza biasa melainkan roti pizza cheezy extra, dan berita gembira pula bahawa pizza ini dibuat hanya guna pan sahaja. Tidak guna air fryer mahupun oven. Mudahkan kerja mak tentunya. Walaupun caranya ringkas, pizza ini sangat sedap. Boleh dicuba untuk hidangan minum petang. Gerenti resepi menjadi dan lazat

Resepi Roti Pizza Extra Cheezy

roti pizza

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 keping Roti gardenia wholemeal (guna roti putih pun boleh),
  • 2 batang sosej digrill seketika,
  • Hirisan bawang merah,
  • 1/8 cili benggala,
  • 5-6 biji cendawan butang,
  • Semangkuk kecil cheese mozzarella,
  • Sos spaghetti,
  • Daun parsley kering,
  • Sos cili dan mayonis.

    roti pizza extra cheezy

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Roti gardenia dipotong dua. Kemudian sapu planta@marjerin di kedua-dua belah.
  2. Susun roti di atas pan. Bakar sekejap sebelah bawah hingga sedikit garing.
  3. Tutup api.
  4. Setelah tutup api, kemudian terbalikkan roti. Bahagian garing tadi disapu dengan sedikit sos Prego.

    roti pizza extra cheezy

    Imej via Facebook

  5. Susun sosej, cendawan butang dan hirisan bawang merah Bombay di atas roti.
  6. Kemudian taburkan cheese mozarella dan paip nipis mayonis serta sos.
  7. Taburkan juga sedikit daun parsley.

    roti pizza extra cheezy

    Imej via Facebook

  8. Jika semua bahan sudah diletak di atas roti. Buka api semula paling perlahan.
  9. Jangan lupa tutup pan guna tudung periuk.
  10. Barulah angkat setelah keju mencair.

Nota :

Api jangan buka besar. Nanti bawah hangit sebelum cheese sempat cair.

Resepi Menarik Lain

Selain roti pizza extra cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.