Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Mee Celup (Makan Tradisi Kelantan)

Mee Celup amat popular sekiranya anda berada di sekitar Pantai Timur. Ianya amat unik dan sihat untuk dimakan. Ini kerana ianya terdapat pelbagai jenis…

ResepiDikemas kini 9 Julai 2019oleh Nur Dini Abd Aziz
Mangkuk mee celup tradisi Kelantan dengan kuah, sayur dan bahan perasa

Mee Celup amat popular sekiranya anda berada di sekitar Pantai Timur. Ianya amat unik dan sihat untuk dimakan. Ini kerana ianya terdapat pelbagai jenis sayur dan anda boleh variasikannya mengikut citarasa anda.

Resepi Mee Celup ini telah dikongsikan oleh Fatin Shaida dan telah mendapat banyak komen positif. Jom kita lihat!

Resepi Mee Celup

Mee Celup tradisi Kelantan dengan sayur dan telur

image via Facebook

Bahan - bahan masakan:

  • Ayam / tulang daging lembu
  • Meatball / bebola daging (celur)
  • Perencah sup thai
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang / sup
  • Kangkung / sawi / tauge
  • Kicap pekat
  • Garam / gula / ajinomoto
  • Cili serbuk
  • Cili jeruk (cili besar hijau)
  • Cili api 
  • Kacang tanah tumbuk halus
  • Bawang putih goreng
  • Bawang merah goreng
  • Bawang putih jeruk
  • Kicap soya / manis
  • Kicap sotong thai
  • Lada hitam serbuk
  • Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

Cara - cara memasak:

  1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yang dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging.
  2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.
  3. Masukkan akar daun ketumbar, perencah thai, 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.
  4. Masukkan garam, ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nak hidangkan dalam mangkuk. Ini hanya untuk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya, masukkan kicap pekat, boleh bajet dengan kuah yg anda inginkan, jika nak makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap. Sesetengah orang lebih suka yang kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
  5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.
  6. Tambahkan air bagi penuh periuk mengikut bajet hidangan anda untuk berapa orang makan.
  7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yang dah dipotong halus
  8. Sedia untuk dihidang.

Proses memasak Mee Celup dalam periuk

image via Facebook

Cara buat hidangan penambah perasa:

  • Cili jeruk - potong halus, rendam bersama cuka makan.
  • Cili serbuk tumis - panaskan minyak, masukkan cili serbuk dan biarkan selama 1 minit, tutup api. Lebihkan minyak.
  • Cili api ditumbuk atau dikisar - buat macam sambal, cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak. Kemudian kisar atau tumbuk.
  • Hidangkan juga kicap sotong thai atau kicap manis, garam, gula dan lada hitam serbuk.

Nota: Wajib celur mee dan sayur - sayuran supaya tidak berbau sayur dan mee lebih sebati dengan kuah.

Resepi - resepi lain yang anda boleh cuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!