Churros adalah snek yang selalu dimakan bersama dengan pelbagai jenis sos seperti sos coklat dan strawberi. Ianya sangat mudah untuk dibuat kerana cara pembuatannya yang ringkas serta bahan yang mudah untuk didapati.

Churros berasal daripada Spain dan Portugal dan kini telah menjadi popular di sekitar Malaysia. Selalunya, ianya didapati di pelbagai jenis gerai snek yang terdapat di Malaysia. Churros yang rangup dicicah bersama sos pasti membuatkan sesiapa sahaja menggemari rasanya. Kini, anda tidak perlu ke gerai untuk membeli churros lagi kerana tahukah anda boleh membuat churros dengan cara yang paling mudah.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi churros bersos coklat yang telah mendapat perkongsian ramai di Facebook! Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Sani. Jom, let’s check it out!

Resepi Churros Bersalut Sos Coklat

churros

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk membuat churros:

  • 1 cwn air*
  • 1 sudu gula*
  • sedikit asen vanila*
  • 1 sudu marjerin/butter
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • gula castor (salut churros)

Bahan – bahan untuk membuat sos coklat:

  • bar coklat
  • susu cair
  • mentega

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak churros:

  1. Satukan dan masakkan bahan bertanda * sampai gula larut.
  2. Masukkan marjerin sampai cair.
  3. Masukkan tepung kacau sampai sebati dan jangan berketul. Tutup api.
  4. Masukkan telur. Kacau sehingga sebati.
  5. Masuk adunan dalam piping.
  6. Apabila sudah piping, bolehlah digoreng.
  7. Toskan minyak dan salutkan bersama gula castor.

Cara – cara memasak sos coklat:

  1. Double boil kan coklat bar.
  2. Apabila sudah cair, masukkn susu sejat dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan marjerin.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba selain daripada resepi churros. Pastikan anda kongsikan resepi ini bersama yang tersayang dan pelbagaikan hidangan anda di rumah!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.