Senarai di bawah merupakan menu makan malam yang menarik boleh anda cuba. Kalau lapar tengah-tengah malam, mesti pening nak masak apa. Lagi-lagi bila masak mencari menu yang mudah untuk dimasak. Mesti dalam kepala terfikir menu sardin je. Kalau malas mesti fikir nak masak maggi je. Jangan risau, jom tengok senarai resepi makan malam yang senang dan sedap ni.

Resepi yang mudah untuk anda ikuti dan menjimatkan masa anda untuk masak. Keluarga anda juga pasti akan menyukainya. Bagi mereka yang duduk sendiri juga pasti akan suka dengan senarai resepi ini.

Cucur Ikan Bilis Bawang

Imej via [facebook.com]

Kalau korang nak makan sesuatu yang simple, apa kata buat cucur bilis je. Kalau masa hujan lagi sedap untuk dimakan. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Puan Mai.

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan air panas
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Cili flakes atau cili besar merah
  • Daun bawang (potong halus)
  • Garam
  • Minyak masak

Cara Memasak:

1) Campurkan tepung, ikan bilis, bawang, cili, daun bawang dan garam ke dalam satu bekas.

2) Gaul sehingga bahan-bahan bercampur.

3) Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

4) Patikan adunan digaul rata dan tiada tepung bergentel.

5) Biarkan selama 5-10 minit.

6) Panaskan minyak dengan api sederhana.

7) Pastikan minyak panas sebelum masukkan cucur.

8) Goreng cucur sehingga bertukar keperangan.

9) Hidangkan bersama sos cili. Selamat Mencuba!

Nasi Goreng Pattaya

Imej via [facebook.com]

Siapa yang tak suka dengan makanan goreng. Lagi-lagi makan nasi goreng sebagai makan malam. Resepi mudah untuk dicuba. Keluarga anda pasti suka. Resepi ini dikongsi oleh Citarasawan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi putih sejuk
  • 1 cawan isi ayam dan udang (cincang)
  • 1 biji telur (pukul ringan)
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi (ketuk)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam dan kiub ayam secukup rasa
  • Kisar atau tumbuk halus
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur dan sedikit garam (pukul ringan)

Cara Memasak:

1) Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah di blend sehingga naik bau.

2) Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga masak.

3) Tuang telur, kacau sehingga masak.

4) Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

5) Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi.  Gaul rata.

6) Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati.

7) Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Cara Bungkusan Telur:

1) Satukan telur dan sedikit garam. Pukul sehingga sebati.

2) Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak.  Ratakan minyak hingga ke seluruh permukaan kuali.

3) Bila minyak panas, masukkan telur secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. 

4) Bila telur bahagian atas hampir kering, tutup api dan masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

5) Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.

6) Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali.

7) Nasi siap untuk dimakan.

Murtabak Maggie

Imej via [rasa.my]

Kalau hari biasa makan maggie, apa kata kali ni cuba resepi baru ni? Makan pun lagi kenyang dan tak muak tau. Kalau korang pernah dengar dengan resepi viral ni, pasti korang tahu cara yang mudah untuk menyediakannya. Jom tengok cara penyediaan resepi ni. Dikongsi oleh DAPUR SHAIANNE.

Bahan-bahan:

  • Maggi Kari 1 bungkus
  • Telur 3 biji
  • Bawang Merah 3 biji
  • Sosej (rebus sekejap)
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun bawang
  • Cukup rasa maggi

Cara Memasak:

1) Masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati.

2) Masukkan 3 biji telur kedalam bahan yang kita masak tadi dan kacau hingga sebati.

3) Rebus maggi sampai lembut.

4) Masukkan maggi kedalam bahan-bahan yang tadi kacau sampai sebati.

5) Bahagi kan kepada 2 bahagian.

5) Panaskan minyak dan masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak.

6) Terbalik kan mee maggi ke sebelah bahagian yang lain.

7) Angkat mee maggi yang telah dimasak dan hidangkan bersama sos dan mayonis.

Nasi Goreng Ketam Thai

Imej via [sedapnya-makan]

Korang yang suka dengan masakan thai tu, jom cuba jadikan nasi goreng ni sebagai makan malam korang. Hidangkan untuk keluarga korang, cara penyediaan yang mudah dan gunakan bahan yang sesuai untuk korang jumpa. Isi ketam yang pastinya memberikan rasa manis pada nasi goreng anda. Resepi dikongsi oleh Fizalgk.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak masak⠀
  • 4 ulasan bawang putih yang dicincang⠀
  • 1 biji telur ⠀
  • 2 cawan nasi sejuk
  • ½ cawan isi ketam rebus⠀
  • 2 sudu kecil kicap cair⠀
  • 1 sudu kecil kicap sotong
  • ½ sudu teh gula⠀
  • ½ sudu kecil lada sulah ⠀
  • 1 batang bawang besar dihiris nipis⠀
  • Sedikit serbuk cili Thai ⠀

Cara Memasak:

1) Panaskan minyak dalam kuali besar dengan api sederhana.

2) Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga bertukar warna, pecahkan telur sambil dikacau. ⠀

3) Masukkan nasi dan inti ketam dan kacau seketika. ⠀

4) Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi hingga semua bahan sebati dan sekata. ⠀

5) Masukkan daun bawang dan kacau cuma gaul dan tutup api.

6) Hidangkan bersama serbuk cili thai, hirisan limau nipis dan cili. ⠀

Kuey Teow Goreng

Imej via [facebook.com]

Menu makan malam yang lain ialah kuey teow goreng. Mesti bosan kalau makan nasi putih dengan lauk je. Sekali sekala hidangkan makanan goreng untuk keluarga anda. Resepi ni mendapat komen yang positif dari mereka yang mencubanya. Jom cuba resepi ni. Dikongsi oleh Hurun’lin malik.

Bahan-Bahan Kisar:

  • 15 ulas cili api merah dan cili kering
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan A

  • Garam
  • Sedikit gula
  • Isi ayam
  • Udang
  • 2 sudu besar kicap manis ABC
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Kicap cair manis kipas udang (sukatan ikut kehitaman mee)
  • Hirisan cili merah

Bahan B

  • Kuey teow 1 kg
  • Tauge dan kucai

Cara Memasak:

1) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.

2) Masukkan bahan A.

3) Setelah bahan A masak.

4) Masukkan bahan B. Dahh siap!

Lempeng Pisang

Imej via [resepiria.com]

Nak makan ringan dan senang? Buat je lempeng pisang. Kalau korang ada pisang dan takt ahu nak makan apa? Jom tengok cara buat lempeng pisang ni. Kalau korang tak reti masak pun boleh buat jadi sedap tau. Ikut je resepi ni yang dikongsi oleh ResepiRia.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • ½ sudu teh garam
  • Sebilangan minyak

Cara Memasak:

1) Campurkan tepung dengan air, dan garam.

2) Kacau atau gunakan blender hingga sebati dan kisar sampai tepung tak berketul.

3) Pastikan doh mestilah sedikit lembap.

4) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

5) Tuangkan satu senduk campuran dan ratakan.

6) Masak dengan api kecil hingga garing di bahagian depan dan belakang.

7) Apabila pancake sedikit kekuningan, angkat dan pancake siap dihidangkan bersama sambal sebagai perasa.

Mee Goreng Mamak

Imej via [facebook.com]

Korang yang suka mee goreng mamak tu, apa kata buat sendiri? Kalau tengah-tengah malam tak tahu nak masak apa, boleh cuba resepi ni. Mee mamak pun boleh jadi menu makan malam korang. Resepi ini dikongsi oleh Mak Cik Bawang.

Bahan-bahan:

  • Mee kuning 1 bungkus.
  • Udang sederhana (buang kulit).
  • Bawang putih (hiris).
  • Bawang merah (hiris).
  • Kicap cair dan pekat.
  • Sos cili.
  • Sos tiram.
  • Cili boh.
  • Tauhu (digoreng dahulu).
  • Kentang (potong dadu dan goreng).
  • Taugeh.
  • Kubis (Potong kecil)
  • Tomato.
  • 3 biji telur (pecah & kacau).
  • Fish cake (hiris).
  • Cili (hiris).
  • Serbuk perasa Maggi.

Cara Memasak:

1) Tumis bawang putih, bawang merah, cili boh sehingga naik minyak.

2) Tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap.

3) Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan kubis.

4) Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yang dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit.

5) Kemudian masukkan mee, gaul sebati.

6) Akhir sekali masukkan tomato, taugeh dan cili.

7) Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu.

8) Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng. Selamat Mencuba!

Sambal Telur

Imej via [facebook.com]

Menu makan malam yang paling glamor untuk dimakan bersama nasi selain sardine. Jimatkan masa, sedap pun sedap tau. Siapa yang tak suka dengan resepi sambal telur ni? Kalau yang bujang tu bolehlah cuba resepi ni. Nor Haidah Md Said telah berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan:

  • Telur (direbus)
  • 1 genggam cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulasan tentang bawang putih
  • Garam
  • Gula pasir atau gula melaka
  • ½ sudu kecil belacan
  • Asam keping atau air asam jawa pekat
  • Serbuk perasa

Cara Memasak:

1) Kupas kulit telur.

2) Panaskan minyak dan goreng telur selama 1-2 minit sehingga perang. Ketepikan.

3) Kisar cili kering, bawang putih, belacan dan bawang besar. Masukkan sedikit air.

4) Panaskan minyak untuk menggoreng sambal, boleh juga masukkan minyak goreng telur tadi.

5) Tumis bawang besar yang dihiris hingga layu. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.

6) Kacau sehingga lada kering menggunakan api sederhana. Pastikan kuali ditutup.

7) Teruskan kacau sehingga sambal menjadi garing.

8) Masukkan gula dan kacau sehingga rata.

9) Masukkan sedikit air asam jawa atau asam keping.

10) Masukkan garam.

11) Selepas sambal masak, masukkan telur dan gaul rata.

12) Biarkan selama 2-3 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Lempeng Naik

Imej via [facebook.com]

Kalau tadi lempeng yang kena ada pisang, kali ni jangan risau kalau korang tak ada pisang pun. Resepi ni gunakan bahan yang memang biasa ada dirumah, jadi anda boleh cuba bila-bila masa. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Siti Nornaim Keng.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket yis mauripan
  • 4 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 2 biji telur
  • Air suam

Cara Memasak:

1) Satukan semua bahan ke dalam bekas. Masukkan air sedikit-sedikit.

2) Bancuh adunan sedikit pekat.

3) Perap selama 20 minit

4) Bubuh minyak sedikit dalam kuali.

5) Ambik sesenduk adunan masukkan ke dalam kuali.

6) Lebarkan sedikit adunan guna senduk.

7) Garing je belah bawah, terus terbalikkan.

8) Ulang sehingga habis.

Roti Bakar Bulgogi Ayam ala Korea

Imej via [nakmakanapa.com]

Peminat Korea, mesti selalu dengar dengan masakan daging bulbogi ni. Jom cuba masakan ni, gunakan resepi daging bulbogi yang diapit bersama dengan roti. Menu ni merupakan antara menu makan malam yang senang dan sedap. Korang boleh cubanya sendiri. Resepi ini dikongsi dari Nak Makan Apa?

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mayonis (Lady’s Choice)
  • 2 sudu besar Minyak untuk menggoreng
  • 450 gram paha ayam tanpa tulang, dipotong kecil.
  • ¼ cawan Air soda
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 20 gram bawang putih (cincang)
  • ½sudu besar Cuka beras
  • ¼sudu teh Serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar Mayonis (Lady’s Choice)
  • 8 keping Roti gandum penuh, dibakar
  • 40 gram daun salad
  • Daun bawang cincang

Cara Memasak:

1) Perap ayam dengan semua bahan-bahan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

2) Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam hingga masak dan ketepikan.

3) Sapu mayonis Lady’s Choice pada setiap keping roti.

4) Letakkan sedikit daun salad di atas roti.

5) Letak bulgogi ayam dan taburkan sedikit daun bawang.

6) Letakkan sekeping lagi roti. Sedia untuk dihidangkan.

Kesimpulannya

Senarai di atas mendapat komen yang positif dari mereka yang telah mencubanya. Terdapat banyak resepi yang dapat anda cuba untuk menu makan malam. Jangan risau jika selepas ini anda lapar semasa tengah malam. Resepi ini sesuai untuk mereka yang bekerluarga mahupun yang bujang. Selamat mencuba!

Anda juga dijemput untuk melihat resepi kami yang lain seperti:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.