Mungkin anda sudah biasa makan tart nenas, tiap-tiap raya ramai orang yang menghidangkan tart nenas atas meja untuk tetamu. Namun kali ini kami ingin berkongsikan resepi tart yang tidak kalah menarik, iaitu resepi nutella tart. Adakah anda ingin mencubanya?

Resepi ringkas dan mudah saja, dikongsikan oleh ‎Umie Nurhayati‎ di laman Facebook. Ada sebenarnya macam-macam resepi tapi kami letak yang paling mudah dan ringkas agar senang anda ikuti.

Tart nutella menggunakan tepung gandum dengan acuan tart berintikan coklat nutella berperisa almond. Tampilan hidangan ini menggoda sangat. Rasa yang garing di luar namun lemak manis di dalam, sanggup tahan godaannya? Cuba buat sendiri baru tahu.

Resepi Nutella Tart

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram butter,
  • 60 gram gula halus,
  • 1 biji kuning telur,
  • 450 gram tepung gandum,
    (Kalau ingin buat tart red velvet, tambah saja 1 sdt red velvet emulco. Kalau tart biasa tidak payah letak)

Bahan Inti :

  • Nutella Coklat,
  • Perisa almond ½ sdt (tak letak pun boleh).

Cara-cara :

  1. Pukul manja mentega dan gula sampai sebati, bukan sampai kembang ya.
  2. Lepas itu masukkan kuning telur.
  3. Kemudian masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.
  5. Paipkan nutella ikut banyak mana kita mahu.
  6. Kemudian tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.
  7. Bakar selama 15-20 minit. (kalau suka biskut garing, bakar dulu selama 5 minit, lepas itu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit).

Nota :

  1. Jangan lupa sangai tepung dulu, tidak sangai pun tidak apa tapi kalau ingin lebih ringan sangailah dulu.
  2. Kalau tidak pandai guna acuan tart, anda boleh bulat-bulatkan dan buat lubang di tengah.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi tart lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepinya. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.