Siapa pernah rasa lemon cake? Sedap bukan? Ada manis dan wangi lemon amat merangsang selera. Rasa kek pun segar macam cuaca cerah di waktu pagi.

Tapi pernahkah anda rasa lemon poppy cake? Rasanya lebih sedap lagi ya. Cake poppy lemon maksudnya ialah kek ini menggunakan biji poppy yang kecil-kecil dan berwarna hitam dalam bahannya.

Biji poppy berasal daripada bunga poppy. Tumbuhan herba ini miliki banyak kegunaan sebagai ubat-ubatan dan sentiasa digunakan dibawah pantauan agensi-agensi antarabangsa. Biji poppy mengandungi minyak dan boleh dicampur dengan rempah untuk memperisakan kek atau roti.

Bagi peminat kek lemon memang kena sangat kek ini. Mudah dibuat, rasa yang sangat seimbang dengan ada lemak butter, masam lemon dan juga manis yang secukupnya. Dihidang dengan teh o kurang manis memang tidak cukup 1keping. Bau saja sudah cukup buka selera, ya itulah lemon poppy cake. Jom cubakan resepi kek poppy lemon daripada Habibah Amin di laman Facebook.

Resepi Kek Poppy Lemon

kek poppy lemon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 220g tepung serba guna,
  • ¼ ts garam (skip jika guna salted butter),
  • 1½ ts serbuk penaik,
  • ¼ ts baking soda,
  • 3 sudu besar biji poppy,
  • 2 biji lemon zest dari bahagian yang kuning sahaja (kulit),
  • 75 g butter, dilembuntukan (guna pure lagi sedap),
  • 150 g gula kastor,
  • 3 biji telur A,
  • 1 ts vanilla essence,
  • ⅓ cawan minyak sayuran,
  • ½ cawan buttermilk.

Sirup Lemon :

  • (Kalau tidak suka masam sangat boleh guna separuh).
  • 3 sudu besar jus lemon,
  • 50 g gula,

Lemon Glaze :

  • 70 g gula aising
  • 1 sudu besar jus lemon
    (Bahan tambahan di bawah tiada dalam resepi asal, tidak letak pun tidak apa)
  • ¼ ts creamy vanilla flavour
  • ½ ts pewarna makanan putih

Cara-cara :

  1. Panaskan ketuhar hingga 150°C. Griskan loaf pan bersaiz 9×5 inch (23x13cm).
  2. Dalam mangkuk sederhana, whisk sebati tepung dengan garam, serbuk penaik, baking soda, biji poppy dan kulit lemon. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar campurkan mentega dengan gula hingga sebati.
  4. Masukkan telur satu demi satu.
  5. Masukkan campur ekstrak vanila dan minyak.
  6. Kemudian masukkan campuran tepung secara beransur-ansur dengan buttermilk, bermula dan diakhiri dengan campuran tepung.
  7. Tuangkan campuran ke dalam loaf pan yang telah disediakan.
  8. Bakar selama 1 jam @ hingga tidak melekat pada lidi/cake tester bila dicucuk.
  9. Sediakan lemon syrup. Dalam periuk kecil masukkan gula dan jus lemon. Panaskan dengan api sederhana hingga gula larut.
  10. Cucuk-cucuk permukaan kek dan sapu sirup lemon tadi ke atas kek yang suam. Boleh guna separuh sahaja sirup jika ingin kurangkan rasa lemon.
  11. Seterusnya lemon glaze. Satukan gula icing dengan jus lemon/semua bahan kacau sebati hingga likat.
  12. Tuang glaze di atas permukaan kek. Biarkan sehingga sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.

    kek poppy lemon

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kek lemon poppy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.