Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Puding Roti Gardenia Kukus / Bakar Dan Sos Kastard Lemak Manis

Apa cadangan menu makan petang kali ini? Resepi puding roti Gardenia kukus bakar dengan sos kastard sedia menemani petang anda. Puding roti lembut yang…

ResepiDikemas kini 2 April 2021oleh Rahayu Z
Puding roti kepingan yang telah dibakar atau dikukus dihidangkan bersama sos kastard yang dicurahkan di atasnya.

Apa cadangan menu makan petang kali ini? Resepi puding roti Gardenia kukus bakar dengan sos kastard sedia menemani petang anda.

Puding roti lembut yang diperbuat menggunakan roti Gardenia sahaja. Kemudian dimakan dengan sos kastard susu lemak manis yang dicurahkan ke atasnya. Sangat menggugah selera bukan?

Hidangan ini sangat sesuai untuk majlis-majlis mewah sebagai pencuci mulut. Juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa. Gebu gebas bersalut sos kastard.

Sila cubakan resepi puding roti bakar dengan sos kastard yang mampu membuat anda menitikkan air liur ada di bawah ini. Resepi asal dikongsikan oleh Nur Zaisha di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Puding Roti Bakar Dengan Sos Kastard

puding roti dan sos kastard

Imej via Facebook

Bahan-Bahan :

  • 6 keping roti Gardenia,
  • 2-3 biji telur,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 sudu besar mentega,
  • Sedikit kismis/kurma yang dibuang biji dan dihiris halus,

Bahan-bahan Sos Kastard :

  • ½ tin susu cair,
  • ¼ susu pekat,
  • ¼ tin air (sukat guna tin susu cair),
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar tepung kastard,
  • Secubit garam,
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka).

Cara Penyediaan Puding Roti/ Bakar @ Kukus :

  1. Mula-mula sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang.
  2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.
  3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi.
  4. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.
  5. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.
  6. Panaskan oven. Bakar pada suhu 45° C atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing.
Jika hendak guna pengukus pun boleh :
  1. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus.
  2. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan dulu baru potong dan tuang sos kastard.

puding roti dan sos kastard

Imej via Facebook

Cara Penyediaan Sos Kastard :

  1. Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Letak sedikit pewarna kuning jika suka.
  4. Sejukkan.

Cara Menghidangkan :

  1. Potong puding roti ikut suka.
  2. Curah sos kastard di atasnya.
  3. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding roti Gardenia bakar dan sos kastard, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.