Tepung talam gula merah ini adalah kuih yang sangat senang untuk didapati di pasar malam berhampiran dengan rumah kita. Ianya juga sangat murah dan sedap. Kuih ini sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berada di Malaysia. Rasa kuih tepung talam gula merah yang sedap ialah manis dan berlemak. Semakin berlemak kuih ini semakin sedaplah ia.

Tetapi, tahukah anda kuih ini adalah antara kuih yang mudah dan sangat sesuai untuk dibuat di rumah memandkan ianya tidak memerlukan bahan dan masa yang diambil untuk membakarnya tidaklah memakan masa yang lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kuih tepung talam gula merah yang manis dan sangat berlemak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azlin Fazlina dan telah mendapat banyak like dan komen yang memberangsangkan di Facebook.

Resepi Tepung Talam Gula Merah

tepung talam gula merah
image via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan bawah (gula merah)

  • 1/2 cawan gula merah *
  • 5 sudu gula putih *
  • 2 cawan air *
  • 1 cawan tepung gandum

Nota: Masukkan bahan * sehingga larut, kemudian tapis dan masukkan tepung. Kacau sebati dan kukus dalam 15 minit. Lorekkan bahagian atas sebelum tuang lapisan putih.

Lapisan atas (putih)

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • Secubit garam

Langkah – langkah:

  1. Satukan semua bahan lapisan putih.
  2. Tapis dan masak sekejap hingga sedikit pekat atau naik wap.
  3. Kemudian, tuang di atas lapisan gula merah.
  4. Kukus dalam 15 minit sehingga masak.
  5. Sejukkan dan sudah boleh dipotong.

Nota:

  1. Lorekkan dahulu bahagian bawah lapisan gula merah sebelum tuang lapisan putih supaya semasa memotong tidak terpisah lapisan bawah dan atas.
  2. Pastikan panaskan kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus.
  3. Sapu sedikit minyak pada loyang supaya tidak melekat.
  4. Guna cawan yang sama untuk sukatan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Tepung Talam Gula Merah ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.