Cari resepi makanan tradisional India? Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang anda, disebabkan itu juga terdapat pelbagai makanan yang menarik yang ada di Malaysia. Antaranya ialah makanan tradisional India yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Rasa penuh rempah dan pedas dan juga berkongsi rasa yang sama membuatkan rakyat Malaysia jatuh hati dengan makanan India.

Tidak hairan lah kebanyakan makanan India menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Rempah ratus serta kari menjadi penarik utama untuk makanan India. Bau kari semerbak harum pasti membuatkan anda tak sabar untuk menikmatinya .

Jom lihat koleksi resepi makanan tradisional India yang kami sediakan untuk penggemar makanan India.

Resepi Tosei, Idli dan Chutney Kelapa

Imej via : Facebook

Antara makanan tradisional India yang popular adalah tosei. Kalau order dekat kedai mamak tosei antara menu yang cukup popular. Sedap dimakan bersama kuah kacang dal. Jom baca resepi tosei, Idli dan chutney kelapa gabungan makanan India yang cukup sempurna oleh Nur Masri.

Tosei

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang ulunthu
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan nasi sejuk

Cara penyediaan

  1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam @ semalaman.
  2. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 [email protected] semalaman (Jika nak buat petang rendam malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi , petang rendam, malam mula mengisar.
  3. Toskan ulunthud dan beras yanfg direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga betul- betul halus, kemudian masukkan garam.
  4. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.Jika guna food processor boleh kisar semua bahan sekali, jika guna blender boleh kisar ulunthu berasingan dengan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu.
  5. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.
  6. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali, ceduk penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagian atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit, jika suka garing boleh lebihkan masa.
  7. Keluarkan tosei anda dan lipat.

Idli

Bahan sama seperti tosei

Cara penyediaan

  1. Lenserkan minyak pd acuan.( Saya guna acuan lompang je)
  2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan.
  3. Kukus 15-20 minit.
  4. Sejukkan dulu, baru keluarkan drp acuan.

Chutney Kelapa

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1/2 bj kelapa parut
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 bj Cili hijau jika ingin pedas guna cili padi
  • 1cm halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1sudu besar air asam jawa
  • Minyak

Bahan B

  • 2 biji bawang merah
  • 5 biji Cili kering
  • 2 tangkai Daun kari
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil biji sawi

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu Kemudian masukkan kelapa sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dbalam mesin pengisar dan blend sehingga halus dgn sedikit air.
  2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
  3. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.* Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bg setiap individu. Selamat Mencuba.

Resepi Vadey

Imej via : Facebook

Kuih vadey ini juga mempunyai peminat tersendiri. Diperbuat daripada kacang dhal, vadey ini cukup rangup ketika makan. Semerbak bau kacang dhal apabila digoreng. Sekarang ini pun ramai masyarakat Melayu yang dah mahir membuat kuih tradisional India ini. Jom ikuti perkongsian resepi dari Daud Shila.

Bahan-bahan

  • Kacang dhal 2 cawan
  • Jintan putih
  • Garam
  • Lada kering
  • Daun kari
  • Perasa meggi cukup rasa
  • Bawang

Cara penyediaan

  1. Rendam kacang dhal tu sampai kembang dan blend hancur.
  2. Letak lah garam, ajinomoto sikit letak hirisan bawang besar, cili kering potong cili hijau daun kari dengan jintan manis sikit tak nak letak pun tak apa.
  3. Kepalkan dan goreng.

Resepi Chapatti

Imej via : Facebook

Chapatti jika dilihat rupa seakan roti canai, tapi mempunyai perbezaan dari segi pembuatannya. Chapatti diperbuat daripada tepung doh atta (bijirin gandum durum) garam dan air. Sejenis roti leper dan enak dihidangkan bersama kuah kacang dhal. Resepi chapatti telah dikongsikan oleh Angah Yott di laman Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu besar mentega
  • 1 Sudu kecil garam
  • 3/4 Cawan air panas (kalau adunan keras boleh tambah air)

Cara penyediaan

  1. Satukan semua bahan & uli sehingga lembut.
  2. Bahagikan adunan & leperkan (saya dapat 8 keping).
  3. Masak atas kuali tanpa minyak. Masak tak perlu lama, nampak dah garing sikit terus terbalikkan.
  4. Nanti boleh nampak chapati tu menggelembung.

Resepi Putu Mayam

Imej via: Facebook

Dikenali juga sebagai idiyapam, putu mayam diperbuat daripada mi beras, kelapa dan jageri. Boleh juga dimakan bersama dengan serbuk gula merah sebagai pemanis hidangan. Bagi putu mayam asli masyarakat India dimakan dengan kari atau kacang dhal. Resepi ini telah dikongsikan oleh Ruhiate Mohd Sabran.

Bahan-bahan

  • 2cwn tepung beras
  • 21/2 cwn air panas
  • 1sdt garam (saya kurangkan, guna 1/2 sdt)

Cara penyediaan

  1. Gaul tepung dgn garam n kukus 10min.
  2. Dah cukup 10min, keluarkan dari kukus dan bancuh guna air panas.
  3. Dah sebati masuk dalam acuan dan tekan atas daun pisang. Sebab di rumah tak ada daun pisang, saya guna kain jaring.
  4. Kukus 10min. Saya guna api perlahan.

Resepi Rasam

Imej via : Facebook

Rasam adalah sup pedas yang berasal dari India Selatan. Rasam boleh dimakan bersama nasi putih dan lauk sayur. Dikatakan juga sangat sesuai dimakan atau dihirup jika anda demam. Jom baca resepi dari Shameema Ahmad.

Bahan-bahan

  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
  • Semua diatas ditumbuk halus
  • [email protected] ulas bawang putih – diketuk
  • 2 ulas bawang merah – dihiris kasar
  • [email protected] tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • 2 biji buah tomato – potong 4
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Masukkan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau sebentar.
  2. Masukkan air asam jawa dan air putih secukupnya. Masukkan serbuk kunyit sedikit dan kacau. Masukkan biji tomato dan biarkn sebentar. Masukkan garam. Selepas ini boleh rasa kalau ada yang kurang boleh tambah air asam jawa @ garam.
  3. Bila dah mendidih tutup api terus. Rasam tak boleh bagi mendidih lama nanti rasa dia pahit sedikit. Selamat mencuba.

Resepi Murruku

Imej via : Facebook

Muruku adalah makanan tradisional India yang selalu ada sewaktu perayaan Deepavali. Tetapi kini muruku boleh dijumpai dimana-mana sahaja dan dijadikan sebagai kudapan. Ikuti resepi muruku ini oleh Pushpalatha Rama

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung kacang kuda
  • 1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
  • 1/2 sudu kecil jintan kecil
  • 1/2 sudu kecil bijan putih
  • 1/2 sudu kecil bijian omam (kalau tak dapat tak apa)
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar planta
  • Secubit serbuk hing (asafoetida)
  • Santan dari 1/2 kelapa

Cara penyediaan

  1. Kacau semua bahan-bahan diatas sampai jadi macam dough chappati.
  2. Guna acuan muruku untuk hasilkan muruku yg bulat begini dan goreng sehingga kuning keemasan.

Resepi Menarik Lain

Menarikkan resepi makanan tradisional India yang ada di negara kita ini. Jika ada yang resepi yang anda tidak pernah cuba rasa nahh kami dah sediakan untuk anda cuba nanti. Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik dan unik kami sediakan untuk pembaca kami jangan lupa baca, share dan like!

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.