Mencari resepi maggi yang menarik? Bosan dengan resepi maggi yang itu-itu sahaja? Apakata anda cubakan resepi yang kami kongsikan di bawah ini.

Hidangan maggi terbaik kerana mengkombinasikan rasa kari dan tomyam dalam satu hidangan sehingganya melahirkan rasa baru yang mengejutkan lidah. Tidak perlu bingung pilih ingin maggi kari atau tomyam jika anda boleh makan kedua-duanya.

Resepi yang kreatif ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook. Resepi dibuat memakai maggi perisa kari dan dimasak bersama pes dan rempah tomyam. Lemak kari tercampur dengan masam tomyam betul-betul mengejut di lidah. Sila rasai kesedapan resepi mudah dan cepat ini dan bersedia untuk rasa yang akan buat anda syok!

Resepi Maggi Kari Tomyam

maggi kari tomyum

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam dihiris saiz tomyam,
  • 1 sudu besar pes tomyam,
  • 1 sudu besar sos cili,
  • ½ sudu besar sos tiram,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ¼ bawang Holland,
  • 3 helai daun limau purut,
  • Sebatang serai dipotong tiga,
  • Sehiris lengkuas,
  • Sehiris nipis halia,
  • 2 tangkai cili,
  • Sayuran yang disukai (kubis bunga, 3 biji cendawan dalam tin, kailan),
  • Sedikit tomato dihiris,
  • Sotong dan udang secukupnya.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis 3 ulas bawang putih. Diikuti bawang Holland, daun limau puru, serai, lengkuas, halia dan cili.
  3. Selepas naik bau, masukkan kepingan isi ayam yang dihiris. Kemudian tambahkan pes tomyam.
  4. Kemudian tambahkan 1 ½ cawan air.
  5. Tambahkan perencah maggi kari.
  6. Untuk memekatkan kuah, tuang satu sudu besar sos cili dan ½ sudu besar sos tiram.
  7. Perasakan secubit gula dan garam ikut citarasa. Tambahkan sayur yang disukai seperti kubis bunga. Biarkan sayur melembut.
  8. Kemudian barulah masukkan hirisan cendawan, kailan dan sedikit hirisan tomato.
  9. Masukkan seekor sotong yang dipotong dan dicuci dakwatnya.
  10. Selepas itu masukkan udang dan sedia dimasukkan maggi.
  11. Balik-balikkan seminit dua.
  12. Tutup api sebelum maggi mengembang.
  13. Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain maggi kari tomyam, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.