Hari ini kami ingin bagi resepi Nue Nam Tok. Nue nam tok ialah makanan yang berasal dari Thailand yang bermaksud hirisan daging lembu panggang pedas dengan taburan bawang merah dan pudina.

Ada 2 jenis hidangan nam tok di Thailand iaitu sup yang menggunakan darah lembu mentah dan kedua iaitu daging panggang pedas. Kedua-dua hidangan ini amat tersohor di Thailand. Oleh kerana itu ‎rasa teruja sangat untuk berkongsi resepi nue nam tok, daging panggang pedas yang ditulis Puan Nora Azni di laman Facebook, di mana resepi ini halal lagi menyihatkan tentunya.

Mengingat betapa lazatnya hidangan ini jika dimakan dengan nasi putih panas-panas, ada rasa pedas, masam, manis dan segar khas masakan Thailand. Kami tuliskan resepi lengkapnya di bawah ini, selamat mencuba.

Resepi Nue Nam Tok @ Kerabu Daging Pedas

nue nam tok

Imej via Facebook

Bahan untuk perap daging :

  • Daging segar untuk 3 orang makan,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • 2 batang serai (potong serong),
  • 1 sudu kecil lada hitam,
  • 1 sudu besar kicap manis.

    nue nam tok

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Potong daging supaya senang dipanggang dan cepat masak.
  2. Campurkan bahan perap dengan daging. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 1 jam. Kalau lagi lama perap lagi sedap.
  3. Kemudian, panggang daging tadi sampai masak. Jangan lama sangat panggang. Hilang kesedapan dan jusnya nanti.
  4. Jika daging sudah masak, angkat dan rehatkan sekejap baru potong.

Bahan-bahan lain untuk ditambah :

  • Daun ketumbar,
  • Daun pudina,
  • Kobis di hiris nipis,
  • 1 batang serai di racik,
  • 2 ulas bawang merah (potong biasa),
  • 3 biji limau nipis (perah amik jus),
  • 2 sudu besar chili flakes,
  • Sos ikan,
  • Gula,
  • Garam,
  • 1 sudu besar beras yang sudah digoreng dan ditumbuk.

Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang sudah dipanggang dan dipotong. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam,manis dan segar gituu.

Resepi Menarik Lain

Selain nue nam tok, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.