Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Kek Lapis Masam Manis (Teruja Sangat)

Di Malaysia, kek lapis amat tersohor berasal dari Sarawak. Banyak varian kek lapis yang dijual sama ada corak lapisnya mahupun rasa yang perlbagai. Dalam…

ResepiDikemas kini 20 Ogos 2020oleh Rahayu Z
Kek lapis masam manis berlapis warna hijau dan kuning dengan hiasan asam manis di atasnya.

Di Malaysia, kek lapis amat tersohor berasal dari Sarawak. Banyak varian kek lapis yang dijual sama ada corak lapisnya mahupun rasa yang perlbagai. Dalam perkongsian ini kami akan menulis resepi kek lapis masam manis yang menarik untuk anda cubakan. Kek lapis masam manis dibuat daripada biskut marie, marjerin, susu dan paling penting asam manis sebagai bahan utama kek. Kek lapis masam manis sedap dihidang untuk acara kenduri atau majlis formal lain. Kek ini dimasak dengan cara kukus dan dan susun kek lapis demi selapis. Cik Za berkongsikan resepi kek lapis masam manis yang mabeles dan cara penyediaan yang mudah. Guna bekas plastik sahaja dan kukus terus jadi.

Resepi Kek Masam Manis

 

masam manis

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan biskut Marie dikisar halus (selepas dikisar mesti dapatkan 2 cawan).
  • 1 cawan gula kastor,
  • 1 cawan planta (marjerin pelangi),
  • 5 biji telur gred C,
  • 3 sdb susu pekat,
  • 1 sdt baking powder,
  • 1 sdt esen vanilla,
  • Asam manis,
  • Haw flakes,
  • 2 pewarna hijau dan kuning.

Cara-cara :

  1. Campurkan planta dan gula hingga sebati dan putih.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan putar lagi hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.
  4. Gaul guna senduk kayu@spatula.
  5. Jika sudah sebati, bahagikan dua. Bubuh warna, gaul sebati.
  6. Untuk letak kek guna bekas plastik tahan panas 6x6. Sudukan setiap lapisan 5 sudu.
  7. Panaskan kukusan. Air haruslah banyak.
  8. Bubuh hijau dulu, ratakan.
  9. Susun asam manis.
  10. Kukus lapisan tadi 5 minit.
  11. Ulang semula langkah demi langkah sampai adunan habis.
  12. Akhir sekali, kukus selama 25-30 minit. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain kek lapis asam manis, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya