Tart selalunya diisi dengan kek, ayam dan sekarang ini, biasanya tart selalu diisi bersama keju yang dipanggil sebagai cheesetart. Intinya pula diisi bersama bluberi, strawberi atau apa – apa sahaja mengikut citarasa anda. Resepi cheesetart telah berevolusi dan berubah dari masa ke semasa. Kini, cheesetart gebu telah menjadi trend. Permukaannya yang gebu membolehkan kita melukis di atasnya. Maka, terjadilah cheesetart yang lebih berseni, dan menarik untuk dimakan.
Cheesetart merupakan sebuah juadah yang amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Lazimnya, ianya hanya dihidangkan di hotel. Namun kini, bersama resepi – resepi yang mudah untuk didapati, sesiapa sahaja boleh membuat cheesetart. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati selain daripada cara pembuatannya yang ringkas.
Cheesetart amat sesuai untuk dijadikan hantaran, hadiah ataupun dimakan begitu sahaja. Rasanya yang berlemak dan manis boleh memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya. Kali ini, kami bawakan resepi cheesetart bukan yang biasa kita lihat, tetapi magnum cheesetart. Wah, menarik sekali kan?
Resepi ini telah dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak.
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
image via Facebook
Lapisan coklat luar:
Cairkan coklat compound/coins gunakan kaedah double boiler / cairkan dalam microwave.
Selepas tart sejuk, celupkan dalam coklat yg telah cair dan hiaskan dengan shredded almond.
Lapisan coklat akan mengeras bila disejukkan.
Selamat mencuba!
image via Facebook
Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:
Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jadikanlah memasak salah satu aktiviti untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan menggunakan resepi yang kami sediakan. Jangan risau, kebanyakkan resepi disini mudah untuk diikuti dan dijamin berkesan. Jangan lupa ya untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.