Ramai orang nak berdiet tak kira perempuan ke lelaki. Azam kurus tahun hadapan, maka salah satunya adalah dengan mengurangkan makanan. Ada yang mengambil pendekatan tidak mahu makan langsung.

Diet sedemikian amalatlah menyeksakan. Kalau berjaya pun nanti akan memberikan efek pada badan kita.

Ada cara diet yang membolehkan anda makan semuanya tidak kisah daging, telur, ayam dan lain-lain. Cara diet ini ialah membolehkan anda makan seperti biasa dengan mencukupkan gizi dan kuantiti makanan tidak boleh berlebih mahupun berkurang untuk menjaga keseimbangan mineral dalam tubuh.

Anda yang pening memikirkan resepi diet sampai kena ikat perut berbulan-bulan, sebaiknya anda ubah cara hidup sihat. Dengan 5 resepi diet yang terkenal dan patut anda cuba.

Resepi ini kesemuanya sangat ramai pengikut di Facebok, gerenti resepi diet ini tak akan membuat anda kecewa dan anda akan dapatkan badan yang slim tahun hadapan. Sila cuba resepinya.

Resepi Banana Oat Pancakes Versi Diet

banana oat pancake

Imej via Facebook

Nak tak kami kongsikan rahsia berjaya turunkan 40 kg berat badan dari 90 kg kurang dari setahun? Jika sista-sista semua pernah terbaca posting viral ‘Diet Pisang’ berjaya turunkan berat badan 27 kg dalam tempoh 3 bulan, itu lah dia ‎Sophia Safian‎. Sekadar berkongsi menu sihat supaya selepas ini lebih ramai gadis-gadis comel di Malaysia.

Bahan-bahan :

  • 2 biji pisang cavendish (pisang diet)
  • 5 sudu besar instant rolled oats
  • 1 biji telur
  • 30 ml minyak zaitun atau olive oil
  • 1 sudu besar jem strawberry

Cara-cara :

  1. Lecekkan buah pisang ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1 biji telur dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan 5 sudu besar Instant Rolled Oats ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan 30 ml minyak zaitun atau olive oil ke dalam adunan pancake itu tadi.
  5. Panaskan kuali non-stick pan dan kemudian masak pancake sehingga kekuningan.
  6. Letakkan di atas piring dan hiaskan dengan beberapa biji buah blueberry dan strawberry mengikut kesukaan.
  7. Tuangkan 1-2 sudu jem ke atas pancake dan sedia untuk dihidang.

Resepi Diet Wrap Omelette Rolls

wrap omelette rolls

Imej via Facebook

Menu diet yang ini sangat sedap. Omelette yang dibalut dengan wrap rolls dan diletak salad yang segar. Dipadu topping mayonis yang menambah segarnya rasa salad dan omelette. Makan satu sudah kenyang. Sangat sesuai untuk menu diet. Sila cuba resepi diet daripada Afy AL Habibi‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Olive @ corn oil
  • Bawang putih
  • Mix herbs
  • Ayam bahagian dada
  • Serbuk lada sula
  • Serbuk lada hitam
  • Garam bukit
  • Wrap wholegrain
  • Telur
  • Mayonais
  • Cili benggala
  • Keju slice

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit butter olive oil / minyak jagung atas pan. Kemudian masukkan 3 ulas bawang putih yang telah dicincang halus. Biarkan bawang menjadi kekuningan.
  2. Masukkan 1/2 sudu kecil mix herbs.
  3. Masukkan pula seketul ayam bahagian dada yang telah dicincang dadu.
  4. Kacau sebati.
  5. Masukkan lagi secubit mix herbs, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam bukit ionik.
  6. Balik-balikkan 5-7 minit.
  7. Siap. Ketepikan dulu.
  8. Untuk wraps, guna wraps Wholegrain. Panaskan atas pan hingga kekuningan untuk kedua-dua bahagian. Siap, ketepikan.

Cara Omelette :

  1. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit mayonis Kewpie.
  2. Kacau rata.
  3. Panaskan sedikit sahaja minyak jagung.
  4. Setelah pan panas, tuang bancuhan telur tadi.
  5. Guna api paling perlahan.
  6. Seterusnya, tabur rata ayam yang telah digrill tadi.
  7. Taburkan dengan hirisan cili benggala, secubit mix herbs, 1/2 slices keju yang dihiris nipis, setelah keju mencair, boleh tutup api.
  8. Lipat wrap.
  9. Sediakan salad pilihan yang telah dikeringkan. Lagi banyak warna lagilah cantik.
  10. Untuk omelette tadi, cikgu guna 1/2 bahagian sahaja. Gulungkan.
  11. Seberapa banyak jenis pun, campuran semuanya jangan lebih 1 sudu kecil ya.
  12. Susunkan salad terlebih dahulu.
  13. Masukkan omelette roll.
  14. Akhirnya, picitkan mayonis atas salad.

Resepi Fritata Chicken

fritata chicken

Imej via Facebook

Menu diet yang amat simple, boleh dibakar atau dikukus. Mana yang tengah cari menu telur best, boleh lah cuba resepi mudah ini. Resepi perkongsian ramai daripada Resepi Namee di laman Facebook. Ini ialah antara menu yang sesuai untuk eatclean atau atkins diet.

Bahan-bahan :

  • Telur 3 biji
  • Carrot
  • Bawang
  • Bayam
  • Brokoli
  • Isi ayam, ini boleh ganti dengan sosej, daging, seafood. Disebabkan ini menu diet, stick makan ayam saja dulu minggu ini.
  • Perasa garam,
  • Blackpepper, whitepepper
  • Mix herbs seperi oregano, thyme, paprika dan lain-lain.
  • Cheese untuk topping

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan dan steam dalam 40 minit.
  2. Nak bakar pun boleh, lagi best.
  3. Siap.

Resepi Egg Beef Muffin

egg beef muffin

Imej via Facebook

Serius sedap sangat. Menu diet tak semestinya harus kurang makan atau makan sayur sahaja. Badan juga perlu gizi yang seimbang supaya diet betul dan berjaya. Resepi egg bef muffin antara menu diet yang boleh melengkapi gizi diet anda. Resepi daripada ‎Nur Suriya Nawawi‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Telur
  • Lada benggala
  • Daging kisar
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Cheese (kalau nak letak)
  • Daun bawang
  • Kalau nak lagi sedap boleh jugak guna tauhu telur.
  • Blend sekali dengan isi ayam kan, nak letak udang @ sotong pun boleh.

Cara-cara :

  1. Tumis daging kisar, jika sudah garing sikit masuk serbuk kari tambah daun bawang. Letak tepi.
  2. Untuk loyang muffin pula, sapukan dengan minyak masak.
  3. Letak lada benggala.
  4. Lepas itu, boleh letak daging kisar yang sudah siap masak tadi.
  5. Seterusnya, letak cheese (tak wajib pun) tapi letak lagi sedap gitu.
  6. Kemudian tuang telur.
  7. Tabur pulak daun bawang atas dia.
  8. Bakar suhu 180°c, dalam 20 -24 minit.

Resepi Honey Mustard Chicken

honey mustard chicken

Imej via Facebook

Tahukah anda bahawa kalau diet dengan cara mengikat perut itu kurang baik. Anda boleh kurangkan porsi makan saja. Anda juga boleh jadikan ayam sebagai menu diet. Berikut ini resepi ayam yang bagus untuk diet dikongsikan oleh ‎Norsufia Johari‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 keping isi ayam (bahagian apa-apa sahaja)
  • 2 sb madu / gula
  • 1 sb mustard sos
  • 1 sb serbuk mustard
  • 1 sb biji mustard (tumbuk kasar) boleh beli yang dalam botol
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jus lemon/limau nipis
  • Sedikit garam
    *mustard=biji sawi
  • Kalau anda cuma nak guna salah satu daripada mustard di atas pun boleh. Pilih mustard kuning. Kalau campurkan ketiga-tiga jenis lagi sedap.

Cara-cara :

  1. Basuh ayam kalau yang diet buang kulit lebih baik.
  2. Masukkan semua jenis mustard, madu, garam, lada hitam dan jus lemon di dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ayam gaul dan perap sekurangnya 15 minit.
  4. Bakar ayam dalam oven dengan api sederhana.
  5. Boleh juga nak guna frying pan or non stick pan untuk masak ayam.
  6. Kalau simpan dalam peti boleh tahan lama boleh jadikan sebagai stock.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi diet, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.