” ‘Sampai’ jugak saya ke Indonesia makan mie ayam ni bik. Emang kaya gini rasanya bik?”

Bila makan mie ayam bibik ala puan Hashimah, gerenti ‘feeling’ macam berada di Indonesia. Kesemua bumbu rencah ialah resepi bibik. Untuk dapatkan rasa yang betul-betul orisinil mie ayam Indonesia, kena ikut bulat-bulat resepi bibik.

Mulanya mungkin digambarkan rasa seperti makan ayam kicap gaul mee. Tapi sebenarnya tidak. Bumbu berbeza dan hidangan sampingan lain, membawa mie ayam ini ke satu tunas rasa lebih dari sekadar “ayam kicap gaul mee”.

Bumbu ayam kicap untuk mie ayam ini jugak lebih kaya, berlemak sebab penggunaan buah pala, buah keras dan gula Melaka (di Indonesia bibik masak menggunakan gula merah). Rasa pedas sedikit pada butiran-butiran lada putih dalam kuah. Kuahnya agak pekat, sesuai untuk digaul bersama mee.

Resepi Mie Ayam Bibik

Imej via Facebook

Bahan sup dan ayam semur (kicap) : (Bahagi 2 bumbu ini nanti)

  • Bawang Holland 3 biji*,
  • Bawang putih 1 labu*,
  • Halia 2 inci*,
  • Buah keras 6 biji*,
  • Buah pala ½ biji*,
  • Lada putih 1 sudu makan ditumbuk,
  • Kayu manis, bunga lawang.

Cara-cara :

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis semua bahan kisar, kayu manis, bunga lawang dan serbuk lada putih. Tumis sehingga matang.
  3. Keluarkan separuh bumbu yang ditumis, dan masukkan separuh lagi dalam periuk lain.
  4. Bila sudah siap asing bumbu tadi, terus sediakan untuk ayam semur dan sup ayam.

Bahan semur ayam :

  • Cili kisar 1 sudu,
  • Kicap manis,
  • Dada ayam 3 keping didadu (porsi 5-6 orang),
  • Gula Melaka.

Cara-cara :

  1. Sambung tumisan dengan memasukkan cili kisar. Tumis sehingga cili matang.
  2. Masukkan 5 cawan air dalam kuali.
  3. Masukkan kicap manis, gula melaka, garam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan dada ayam. Gaul sehingga kuah nampak sebati dan pekat. Siap.
    Bibik kata, ada jenis orang tidak buat hitam sangat, ada yang buat hitam. Bibik suka mie ayam yang kuahnya hitam. So, ikutlah anda ingin letak kicap banyak mana ya.

Bahan sup ayam :

  • Sebatang serai yang diketuk,
  • Sebiji tomato yang dibelah,
  • Seinchi kunyit yang ditumbuk,

Cara-cara :

  1. Masukkan 6-7 gelas air dalam periuk yang berisi bumbu asas yang sudah ditumis tadi. Panaskan.
  2. Masukkan serai, tomato, kunyit, tulang ayam/kaki ayam/leher ayam.
    (Ikutlah stok apa yang ada dalam peti. Tak perlu banyak, sekadar bagi rasa ayam dalam sup).
  3. Perasakan garam gula. Tunggu didih baru boleh tutup.

Cara menghidang :

  • Mee telur/kolo mee, guna mee kuning pun boleh.
  • Sawi celur.
  • Tauge celur (optional, resepi asas tidak pakai taugeh).
  • Cili padi kisar (rebus dulu dan kisar. Kemudian panaskan sekejap).
  • Minyak ayam (dadukan 2 biji bawang putih, sehelai kulit ayam. Goreng dalam minyak sehingga perang. Masa hidang titiskan sahaja 2-3 titisan dalam mangkuk).
  • Sos cili.
  • Cili jeruk (optional).
  • Masukkan mee, bahan-bahan sampingan di atas, dan ayam semur dengan sedikit kuah kicapnya. Sup dimasukkan sesuai keinginan ingin banyak mana. Selalunya mie ayam kuahnya sedikit sahaja sehingga ia jadi lebih pekat.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mie ayam ala Indonesia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.