Kali ini kami akan kongsikan resepi sambal premium untuk anda yang ingin cuba makan selera kampung. Boleh cuba sedap ke tidak. Gerenti berbaloi.
Sambal ini dibuat dengan ikan talang, tempe, petai, dan asam. Sambal ini dimasak selama lebih kurang satu jam. Sambal dimasak lama sehingga pecah minyak berkali-kali dan berwarna merah kehitaman.
Cara makan sambal ini paling mabeles ialah dengan ikan talapia goreng rangup. Cicah ikan talapia goreng dengan sambal syahdu makan nasi. Boleh makan sampai licin sambal dalam mangkuk itu. Cicah ikan cicah timun cicah kepala ikan. Berhati-hatilah nanti terbabas diet.
Sesiapa yang ingin cuba masak sambal ini sila tengok resepi di bawah. Dikongsikan oleh En. Ben Safwan di laman Facebook. Rasa sambal ini tidak pedas sangat. Jadi tambah cili burung banyak lagi kalau anda suka. Oh ya, cili burung Thailand kalau di Segi, best dia tidak pedas berbanding beli di pasar basah.
Selain sambal sedap ala Ben, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.