Siapa yang suka merungut bila disuruh goreng keli sebab takut minyak meletup masa goreng? Kadang ikan jadi tidak rangup dan hancur dan paling teruk lagi ialah bau hanyir tidak hilang walaupun sudah dibersihkan berpuluh kali.

Bau hanyir jadi masalah utama ikan keli. Untuk menyelesaikan masalah itu, Afy AL Habibi berkongsi cara hilangkan bau ikan keli di laman Facebook. selain itu juga dibagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya jadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus badannya, tidak ada yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tidak meletup. Tidak adalah sahabat bidadari disini yang kuat melatah asyik terperanjat tengok minyak terpercik sana-sini.

Baiklah, kalau ingin tengok macamana cik Afy sediakan buat apa dengan ikan keli ini kenalah tengok resepi sampai habis. Selamat goreng keli.

Resepi Rahsia Goreng Keli Tidak Hanyir Dan Meletup

ikan keli

Imej via Facebook

Bahan Tumbuk :

  • 1 ulas bawang putih,
  • Sehiris nipis halia,
  • Serbuk kunyit,
  • Garam,
  • Secukup rasa.

Bahan Lain :

  • Tepung gandum,
  • Asam keping.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan keli. Selepas bersihkan lemak dan darah beku ditengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari ditunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan. Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan.

    ikan keli

    Imej via Facebook

  2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.
  3. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Gaul rata dan biarkan seketika. Barulah dicuci bersih sekali lagi.

    ikan keli

    Imej via Facebook

  4. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.

    ikan keli

    Imej via Facebook

  5. Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk. Seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng ikan keli guna tips ini juga supaya ikan tidak melekat. Malah ikan keli akan lebih rangup.

    ikan keli

    Imej via Facebook

  6. Goreng ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam ke dalam minyak.
  7. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk. Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat. Siap.
  8. Inilah hasil ikan keli goreng tadi. Boleh salutkan dengan masak sambal hijau.

    ikan keli

    Imej via Facebook

Ikan menjadi dengan cantik dan tidak bengkok. Paling penting ikan tidak hanyir dan rangup. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan sambal belacan atau sambal hijau.

Resepi Menarik Lain

Selain rahsia goreng ikan keli, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.