“Tukang masak kerjanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng” Enteng ke? Tidak mudah sebenarnya kerja tukang masak kerana setiap hari perlu difikirkan menu yang sesuai. Masak nasi goreng memang nampak mudah. Tapi bagi menghasilkan nasi goreng yang betul-betul sedap tidak mudah.

Hari ini, kami akan kongsikan resepi nasi goreng tomyam. Menu ni biasanya boleh didapati di gerai – gerai tomyam sekitar negara. Dulu orang biasa beli tomyam sahaja, kini zaman berubah. Resepi tomyam diolah menjadi nasi goreng pula.

Mari cuba resepi ini, kerana rasanya seakan-akan sama dengan yang dijual digerai, haaa secara tak lansung boleh berjimat kan. Kebersihan dan rasanya juga akan lebih terjamin. Atau mungkin hidangan nasi goreng tomyam ini dijadikan hidangan last minute kita. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norhafizah Ismail dan telah mendapat beribu – ribu perkongsian. Confirm menjadi ni!

Resepi Nasi Goreng Tomyam

nasi goreng tomyam

image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

Bahan utama

  • Nasi sejuk untuk 3 orang makan.
  • 1 ketul kiub tomyam.

Bahan tumis

  • Bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar

Rencah

  • Udang yang telah dikopek
  • Sotong yang dipotong bulat

Bahan hiris

  • Daun limau purut sehelai.
  • Serai sebatang.
  • Cili padi (ikut pedas)
  • Kubis bunga dan lobak merah

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng sebentar udang dan sotong utk mengeringkan airnya, keluarkan.
  2. Tumiskan bahan tumisan. Apabila telah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai.
  3. Kacaukan sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air jika pekat.
  5. Masukkan udang dan sotong tadi.

    nasi goreng tomyam

    image via Facebook

  6. Apabila hampir kering, masukkan nasi dan kacau sekejap.
  7. Kemudian masukkan sayur -sayuran, kacau dan goreng bahan tersebut sehingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan perasa.

Nota: Hati-hati dengan penggunaan garam kerana kiub pati tomyam telah mengandungi garam.

Siap!

nasi goreng tomyam

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Wah mudah bukan cara memasak nasi goreng tomyam ini? Jangan lupa untuk gabungkan sekali bersama keropok goreng. Gerenti rasanya ummph! Selain daripada resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang anda boleh cuba di dapur anda. Pastikan anda mencubanya, barulah dapur berasap. Jangan lupa juga ya untuk share resepi ini kepada teman teman!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.