Resepi Samosa (Serta Cara Buat Inti Dan Lipatan)
Kali ini kami akan berkongsikan resepi samosa dan cara lipat samosa. Bagi kami ianya berbaloi untuk dicuba. Mak-mak boleh buat untuk makan pagi atau minum…

Kali ini kami akan berkongsikan resepi samosa dan cara lipat samosa. Bagi kami ianya berbaloi untuk dicuba. Mak-mak boleh buat untuk makan pagi atau minum petang. Samosa menggunakan inti ubi kentang dan carrot. Penggunaan carrot sedikit saja untuk memberikan warna inti yang cantik. Kemudian dibungkus menggunakan kulit popia maka jadilah ia samosa rangup. Untuk suri rumah yang ingin mula berniaga boleh cuba buat samosa ini. Resepi didatangkan daripada Sabariah Nor Mohd Yusof di laman Facebook. Resepi ini lengkap dengan inti dan cara melipat samosa. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba.
Resepi Samosa

Imej via Facebook
Bahan-bahan : Untuk 20-25 biji samosa,
- 5 biji ubi kentang dan suku carrot.
- Bawang besar 1 biji,
- Sedikit lada hitam ditumbuk lumat,
- Sedikit daun bawang,
- Gula, garam dan Ajinomoto,
- Tepung gandum,
- Kulit popia,
Cara-cara :
-
Untuk isi, potong dadu ubi kentang dengan carrot tadi kemudian rebus sekejap sampai empuk.
-
Bawang besar di potong dadu dan ditumis hingg layu.
-
Jika sudah layu, masukkan ubi kentang dan carrot yang direbus tadi.
-
Masukkan lada hitam, daun bawang, gula, garam dan Ajinomoto.
-
Siap. Tunggu sejuk sekejap.

Imej via Facebook
Cara masukkan inti dan lipatkan samosa :
-
Sediakan gam iaitu 2 sudu besar tepung gandum campur dengan air sedikit. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
-
Disyorkan guna kulit popia jenama ini. Saiz ini dan kaler ini. Tidak besar sangat balut. Yang penting kulit dia sangat lembut dan mudah tarik.

Imej via Facebook
-
Ambil sedikit kulit popia, potong 2 bagi sama besar.

Imej via Facebook
-
Bubuh gam sedikit di hujungnya. Untuk bagi jadi panjang.

Imej via Facebook
-
Mula lipat.

Imej via Facebook

Imej via Facebook
-
Jika sudah lipat segitiga, masukkan inti 1 sudu besar.
-
Sambung lipat bagi jadi segitiga macam ini.

Imej via Facebook
-
Bubuh gam sedikit lagi dekat hujung dan potong.
-
Jika ada ruang yang ternganga, bubuh gam lagi. Lebih kurang seperti ini.

Imej via Facebook
-
Siap untuk digoreng.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi samosa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.