Siapa pernah dengar dan cuba resepi kek batik Cadbury? Vers viral yang membuat anda tidak sabar untuk mencuba.

Kek batik ‎Muhammad Ali atau dipanggil Mr. Ali terkenal di Facebook sejak kebelakangan ini. Ramai netizen yang cuba buat kek batik Mr. Ali. Teringin pula mencuba resepi viral ini bukan?

Adapun resepi kek batik Mr. Ali ialah turun temurun daripada ibunda. Namun begitu resepi tak lekang dek waktu ini masih sentiasa ada bahkan makin terkenal kualiti dan rasanya semenjak dikreasikan oleh Mr.Ali sendiri.

Terdapat pelbagai macam resepi kek batik dia sebenarnya. Namun khas untuk perkongsian kali ini kami akan jelaskan satu resepi yang terkenal daripada Mr. Ali iaitu kek batik cadbury cheesecake. Tengok gambar pun dah tahu kalau kek batik ini amatlah sedap dan menyelerakan apalagi ada topping cadbury yang memiliki rasa lembut, manis dan menggoda sungguh.

Tanpa tunggu lama, mari cubakan resepi di bawah ini. Resepi ini untuk loyang 8 inci. Kalau pakai loyang 5 inci dapat dua bekas saiz 5 inci. Kalau pakai 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas dan 2 bekas sq450. Kalau pakai sq450 dapat 6 bekas.

Resepi Kek Batik Cadbury Cheesecake

kek batik mr ali
Imej via Facebook

Bahan Kek Batik :

  • 300 gram biskut Marie.
  • Butter ada 3 pilihan boleh pilih mahu yang mana satu.
    • 150 gram (kalau pakai butter campuran macam buttercup atau marjerin).
    • 200 gram (kalau pakai pure butter macam lurpak/anchor/scs golden churn).
    • Kalau ingin campur nisbah 1: 1. Contoh buttercup 100 gram dan pure butter 100 gram pun boleh maka rasa seimbang tidak terasa susu sangat.
  • 1/3 cawan susu pekat.
  • ¾ cawan full cream milk atau fresh milk.
  • 1 biji telur.
  • ½ cawan serbuk koko.
  • ¾ cawan milo.

Bahan Cadbury Cheesecake :

  • 250 g cream cheese.
  • 125 whipping cream dairy.
  • 20 gram gula kastor/ icing.
  • 1 sudu kecil essen vanilla.
  • 120 gram Cadbury.
  • 1 sudu kecil susu pekat manis.
  • 1 sudu kecil serbuk koko. (tidak pakai pun tidak apa)

Bahan Chocolate Ganache, ada 2 pilihan :

Pilihan pertama :

  • 50 gram Cadbury,
  • 150 milk chocolate,
  • 180 whipping cream dairy,
  • 1 sudu makan butter.

Pilihan kedua:

  • 200 gram dark chocolate,
  • 200 gram whipping cream dairy,
  • 1 sudu makan butter.

Cara-cara (Ada 3 Layer) :

Layer Pertama : Kek Batik

  1. Masukkan butter ke dalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat.
  2. Jika sudah cair tutup api dan biarkan dalam 3-4 minit.
  3. Kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko, milo, susu full cream, Nutella dan telur.
  4. Buka api balik kacau perlahan-lahan sampai sebati dan tidak berketul. Lalu tutup api.
  5. Masukkan biskut Marie 300 gram patahkan kecil-kecil dan gaul sebati.
  6. Jika sudah sebati masukkan dalam loyang. Lapikkan loyang dengan baking paper atau plastik supaya senang keluarkan nanti.
  7. Sejukkan dalam peti 20 minit.

Layer Kedua : Cadbury Cheesecake

  1. Double boil/microwave cadbury 120 gram. Cairkan sahaja tidak perlu tambah apa-apa. Jika sudah cair bagi sejuk sekejap. Alang-alang tunggu kita buat cheese pula.
  2. Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama-lama.
  3. Agak-agak bila teksur sudah cantik, masukkan gula icing atau gula kastor.
  4. Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat. Pukul sebati.
  5. Masukkan cadbury yang sudah dicairkan tadi dengan cream cheese.
  6. Masukkan 1 sudu kecil serbuk koko (pilihan). Fungsi dia pada warna dan seimbangkan sedikit rasa manis. Kalau pakai dark chocolate sebagai topping tidak perlu letak serbuk koko.
  7. Mix sampai sebati. Dah agak-agak sebati stop beat.
  8. Pada bekas lain, pukul 125 gram whipping cream dairy sampai kental.
  9. Jika sudah kental gaulkan sekali dengan cream cheese dan cadbury tadi guna kaedah kaup balik. Jangan pakai mixer. Pakai spatula sahaja.
  10. Tuang atas lapisan kek batik dan sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller.

Cara Menyediakan Chocolate Ganache :

*kaedah double boil

  1. Masukkan whipping cream dan butter dulu. Masa double boil ini bekas bawah yang kita letak air yang sedikit, api kena perlahan. Bekas bawah wajib lagi besar dari bekas atas untuk hasil yang cantik.
  2. Dalam 2-3 minit baru masukkan chocolate berserta cadbury. Kalau pilih dark chocolate masukkan dark choclate.
    Milk- manis
    Dark- Pahit sikit tapi sedap. Rasa tidak manis.
  3. Jika sudah siap, tutup api. Bagi sejuk dalam 15 minit baru tuang.
  4. Jangan tuang pakai spatula, ratakan dengan menggerakkan loyang/bekas kek sahaja.
  5. Setkan semalaman dan boleh dimakan.
  6. Teknik potongan cantik guna pisau panjang/pisau pemotong roti, celup air panas, lap dan potong. Buat sampai habis dengan step ini. InsyaAllah cantik.

Boleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.

Resepi Menarik Lain

Selain kek batik Cadbury Mr. Ali, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.