Hari jadi ialah hari yang berharga kepada sebahagian orang. Pelbagai jenis acara dibuat sempena sambut hari jadi. Ada yang buat acara makan-makan, syukuran dan bagi hadiah. Untuk sambut hari jadi tidaklah lengkap apabila tiada kek. Oleh kerana itu kami kongsikan resepi kek menarik untuk sambut hari jadi.

Kek monogram ialah antara jenis kek yang sesuai, comel, dan menarik untuk sambut hari jadi. Mana tidaknya, monogram sendiri ialah gabungan dari beberapa aksara yang dibentuk menyerupai simbol, huruf atau angka tertentu yang mempersembahkan individu atau kelompok. Sehingga kek monogram merupakan kek yang dibuat dengan menyerupai angka, huruf atau simbol dengan bentuk yang spesifik. Orang kebanyakan buat kek monogram untuk hari jadi bentuk angka sesuai umur. Kek monogram dibuat dalam saiz yang besar. Kek ini amat nipis dan dilapisi dengan krim di antara lapisan demi lapisan. Kek dihias mengikut kreativiti masing-masing sehinggalah tampak cantik dan menggairahkan.

Pada tulisan kali ini kami kongsikan resepi kek monogram simple. Resepi kek terdiri daripada kek span pandan/vanilla daripada Honey Beez dengan krim cheese frosting versi Keiko Zakura. Kek yang nipis ini perlu disejukkan dulu supaya senang dibuat. Tidak menggunakan loyang acuan nombor, cuma perlu trim sahaja. Rasa kurang manis dan sedap dimakan waktu dingin.

Resepi Kek Monogram

Kek Monogram

Imej via Facebook

Bahan Kek Span :

  • 5 biji telur gred A,
  • 120 gm gula,
  • 150 gm tepung naik sendiri,
  • 1 camca besar ovalette,
  • 50 ml minyak masak,
  • 1 sudu kecil emulco pandan,
  • 1 sudu kecil pewarna hijau,
  • Kalau ingin buat perasa lain tukar pun boleh.

Cara-cara :

  1. Putar semua bahan dalam bekas kecuali minyak, mulakan putaran dengan kelajuan rendah.
  2. Apabila sudah sekata naikkan kelajuan hingga adunan bertanduk.
  3. Masukkan minyak kemudian kaup balik sahaja. Guna loyang 9″ alas bahagian bawah dengan baking paper. Bakar selama 40 minit suhu 170°C.

    Kek Monogram

    Imej via Facebook

Bahan Cream Cheese Frosting :

  • 150 g cream cheese suhu bilik (makin mahal makin sedap),
  • 250 g fresh cream (value pride),
  • 30 g gula kastor (boleh kurangkan kepada 20 g/ 25 g jika suka kurang manis),
  • 1 sdt halal gelatin (letak untuk elak cream cheese cair, jika tak letak pun boleh),
  • 4 sdt air (tak perlu letak air jika tidak menggunakan gelatin).

Cara-cara :

  1. Rendam gelatin ke dalam air. Jika sudah kembang, double boil sebentar.
  2. Putarkan fresh cream dengan kelajuan tinggi. Asingkan.
  3. Dalam mangkuk lain, putarkan cream cheese (suhu bilik) dan masukkan gula, putar sehingga lembut.
  4. Masukkan gelatin yang telah larut ke dalam cream cheese dan putar sebati.
  5. Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk cream cheese dan putarkan kelajuan rendah. Jika ingin letak pewarna, titiskan waktu ini dan putar lagi cukup sekadar ianya sebati.
  6. Terakhir, masukkan adunan cream cheese frosting ke dalam piping bag dan boleh mula pipekan atas kek. Dan sejukkan sebentar sebelum potong kek.

    Kek Monogram

    Imej via Facebook

Nota : Anda boleh pelbagaikan kek sebagai base, sama ada mahu menggunakan sponge cake, red velvet, choc moist, terpulang kepada anda sendiri.

Resepi Menarik Lain

Selain kek monogram, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.