Resepi Udang Har Lok merupakan sebuah resepi klasik bangsa Cina Kantonis. Ianya mudah serta mampu memberikan variasi rasa di dalam hidangan itu. Baik manis, masin dan pedas, kesemunya ada didalam juadah ini.

Resepi ini amat sesuai untuk dimasak dan disediakan oleh sesiapa sahaja yang baru belajar memasak. Ini kerana, ianya mempunya langkah langkah yang mudah untuk diikuti serta mempunyai bahan – bahan yang amat ringkas dan senang untuk didapati. Ianya juga amat sesuai kepada pencinta udang kerana ianya masih memelihara rasa manis udang tersebut.

Resepi ini dikongsikan oleh Nohani Derahman ini telah mendapat banyak perkongsian di media sosial dan juga mendapat banyak komen positif. Jadi wahai si pencinta udang, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Udang Har Lok

udang har lok
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1kg udang hidup
  • 10 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
  • 7 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (cincang halus)
  • 7 biji cili api (dicincang halus)
  • 7 biji cili merah (diblender)
  • 4 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 4 sudu sos tiram
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun kucai
  • Minyak
  • Garam, gula, ajinomoto ikut keperluan masing – masing

Cara – cara memasak:

  1. Goreng udang hingga layu. Kemudian, angkat.
  2. Tumis kedua bawang dan halia hingga kekuningan dan sedikit garing.
  3. Masukkan cili api dan cili blender tadi. Kemudian, kacau dan masukkan sos cili, tomato dan sos tiram, kacau sekejap, masukkan garam, gula dan ajinomoto (jika suka)
  4. Bila dah sebati masukkan udang dan daun kucai
  5. Kacau dan balik – balikkan. Kemudian, tutup api dan pecahkan telur serta kacau laju – laju untuk sebatikan dengan udang tadi.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi udang Har Lok ini, terdapat beberapa lagi buah resepi yang anda boleh cuba. Variasikan hidangan anda bersama resepi – resepi daripada bidadari.my! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.