Kali ini kami akan berkongsikan resepi kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Asalnya makanan ini dibawa masuk orang-orang Arab. Menu ini dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas. Boleh guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.
Selain kacang pool, boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Antaranya ialah baked beans, red beans atau pun chick peas. Terdapat bermacam-macam resepi kacang pool. Guna kacang pool sahaja pun boleh.
Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita. Perkongsian oleh Marina Ismail di laman Facebook ini letak red beans sebenarnya, jadi ia menggunakan 2 jenis kacang saja.
Kacang pool ini biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambah cili merah bagi cantik).
Masak kacang pool pun mudah saja tidak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool. Mari tengok resepi yang digunakan oleh kak M. selamat mencuba.
Selain resepi kacang pool, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.