Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Popia Nestum Rangup Digilai Ramai

Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia nestum step by step yang paling senang dan sedap. Pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Krup…

ResepiDikemas kini 14 Mac 2019oleh Rahayu Z
Ilustrasi: Resepi Popia Nestum Rangup Digilai Ramai

Kali ini kami akan berkongsikan resepi popia nestum step by step yang paling senang dan sedap. Pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Krup krap makan camilan ini.

Kami pasti ianya menjadi kegemaran ramai. Ianya garing dan rangup. Popia digoreng hingga rangup kemudian ditaburkan nestum kisar ke atasnya. Rasanya manis-manis rangup manja. Sedap sangat!

Selain itu, popia nestum juga boleh dibuat untuk hidangan raya. Konfirm sekejap saja sudah licin berbalang-balang. Anak-anak paling suka kudapan seperti ini.

Anda sudah tidak sabar bukan ingin tahu resepinya? Mari tengok resepi perkongsian ramai daripada Adriana Qistina Zamri‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Popia Nestum Rangup

Bahan-bahan :

  • Kulit Popia,
  • Susu tepung Nespray ½ cawan,
  • Gula ½ cawan,
    1 cawan Nestum.

Cara-cara :

  1. Pertama sekali gulungkan kulit popia panjang-panjang macam dalam gambar di bawah. Jangan gulung terlalu tebal dan biarkan ada sedikit ruang di tengah gulungan popia supaya setiap lapisan popia masak. Boleh gunakan lidi satay atau lidi bunga telur untuk gulungkan popia. Untuk gamkan hujung kulit popia boleh gunakan air, telur atau air bancuhan tepung.
  2. Lepas dah siap gulung, gunting popia dengan potongan serong atau menegak ikut suka.
  3. Lepas itu, goreng popia dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Jangan gunakan api yang besar sebab popia senang hangus.
  4. Lepas sudah siap goreng popia dan sementara tunggu popia sejuk, kisar nestum 1 cawan dan gula ½ cawan dengan mesin pengisar kering.
  5. Lepas itu campurkan nestum dan gula kisar tersebut dengan susu tepung ½ cawan. Kalau tidak mahu guna susu boleh tukar dengan horlick. (Sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia).
  6. Masukkan popia yang sudah siap digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan dengan serbuk campuran nestum, gula dan susu tadi. (Pastikan popia sudah sejuk baru taburkan campuran tadi. Kalau tidak campuran akan cair dan berlengas).
  7. Kemudian tutup bekas dan goncangkan hingga campuran sebati dengan popia.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popia nestum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.