Mencari koleksi resepi udang yang sedap dan menarik?
Jika diberi pilihan memasak udang, mesti para ibu pening kepala memikirkan menu apa yang sesuai. Takut nanti silap-silap masak malah tak menjadi. Justeru, ramai ibu yang menghindari memasak seafood seperti udang dan memilih masakan yang simple.
Malah sebaliknya, memasak udang sangat senang. Tanpa memerlukan keahlian memasak yang tinggi sekalipun anda boleh memasak udang yang sedap dan menggiurkan. Jika anda masih juga bimbang menemukan resepi yang menarik masak udang. Anda patut mencuba 25 resepi yang kami kongsikan ini.
Resepi-resepi daripada perkongsian ramai di Facebook ini sangat menarik hati orang ramai. Resepi ini juga boleh anda jadikan menu makanan harian untuk keluarga tercinta. Bahkan juga untuk sebahagian orang yang ingin berniaga juga boleh merujuk pada resepi-resepi ini.
Tanpa buang masa, sila baca dan rujuk resepi-resepi yang kami kongsikan ini. Manjakan lidah anda dengan sensasi seafood yang menarik dan sedap. Jangan lupa simpan resepi ini supaya anda boleh guna lagi nanti.
Anda patut cuba masakan seafood yang satu ini. Udang masak diraja. Resepi paling sedap dikongsikan oleh Maheran Nor Sabarina Salim di Facebook. Pastikan anda menggunakan udang yang segar ya untuk hasil masakan yang ohsem.
Bahan Kisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar
Bahan Lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat
Cara Memasak :
Tumiskan bahan yang dikisar.
Bila minyak naik masukkan serai dan asam keping.
Masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati.
Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit.
Kemudian masukkan perasa garam sedikit dan gula bagi yang mahu gantikan ajinomoto.
Kalau pergi melancong ke Thailand anda wajib cuba makan kerabu udang. Sedap sangat, masam, manis, pedas menyengat gitu. Tapi sekarang anda tak perlu lagi pergi Thailand kalau nak makan kerabu udang. Buat sendiri saja dekat rumah. Puas hati, boleh makan puas-puas. Sila tengok resepi perkongsian ramai daripada Sumaiyah Abdullah di Facebook ini.
Menu petang-petang, cucur udang gebu resepi Norfarhana Ariffin paling viral di Facebook. Cicah bersama kuah kacang tanpa santan. Meletup. Tak guna yis pun, guna soda saja dan campuran bawang kisar. Untuk sesiapa yang nak berniaga pun boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan :
1/2 kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara-cara :
Blend bawang besar sebiji.
Masukkan tepung gandum dalam bekas.
Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat. Kacau adunan.
Agak-agak letak air jangan pekat sangat. jangan cair sangat.
Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.
Cara goreng nak bagi bentuk bulat ialah celup senduk besi ke dalam minyak panas.
Letak adunan tadi diatas senduk. Letak udang atas dia.
Masukkan dalam minyak panas. Biar kejap sampai bawah dia masak. Nanti dia akan tertanggal sendiri daripada senduk.
Bahan Kuah Kacang :
Segengam cili kering
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih Halia
Serai
Lengkuas
Belacan (Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah disangai dan diblend kering..
Asam jawa
Gula/gula melaka
Cara Membuat Kuah Kacang :
Tumis bahan yang diblend tadi.
Kalau sudah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan sedikit air, gula dan garam. Jika mahu letak gula melaka pun boleh.
Biar naik minyak. Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Menu untuk anak dan bekal untuk suami kerja. Memang tak boleh move on makan udang buttermilk ini. Kenapa sedap sangat? Jom kami bagi resepi rahsia daripada Hani Myhanie Ali di Facebook. Anda yang tak ada idea masak harini boleh cuba resepi ini.
Bahan-bahan :
8 ulas bawang putih didadu halus
1 bj bawang besar didadu halus
3 bj cabai melaka di dadu halus
3 tangkai daun kari
5/6bj cabai melaka dipotong kasar…lebihkan jika suka pedas (Tumis bahan-bahan di atas)
8 ekor udang dibersihkan dan digoreng setengah masak bersama 1 sdk garam halus dan kunyit. Ketepikan.
Cara Memasak :
Panaskan 2 sudu besar buttercup bersama lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan goreng udang tadi.
Masukkan kesemua bahan tumis diatas.
Masak sehingga layu/kekuningan.
Masukkan 1/2 cawan susu cair.
Perasakan dengan 1 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil garam.
Kalau sudah pandai buat udang celup tepung mesti hari-hari asyik buat. Memang sedap dan rangup kerisik tepungnya. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam di Facebook. Sangat Yummy!
Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras cap gajah
1 biji telur ambik kuning sahaja
2 sudu air kapur
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh gula (rata tak nak mumbung)
Secubit kunyit
Garam
Air sejuk
Cara-cara :
Bersihkan udang, tapis kemudian gaulkan dengan sedikit. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan gaul rata kemudian bancuh dengan air sejuk. Boleh letak ketul ais dalam air dan bancuh.
Pastikan letak garam lebih supaya masin sebab selepas goreng rasa masin itu tak terasa sangat. (So jangan risau masa kita adun tepung terasa lebih masin ya)
Pastikan masa menggoreng minyak kena hapus udang, baru dia masak sekata.
Semalam tengok video lelaki siam makan udang sweet sour spicy. Rasa teringin pula nak masak. Husband pun teringin makan. Tunggu apa lagi. Jom buat udang spicy sweet sour ala Thai mengikut resepi Qema Fazri yang dikongsikan di Facebook. Sedap gila! Makan dengan nasi boleh ratah gitu pun dah sedap. Cukup rasa masam, manis, masin dan pedas buat pun senang.
Bahan-bahan :
Isi udang yang dicelur. (Kopek tingaal janggut dan ekor saja)
Bahan Sos :
Cili kecil tumbuk bagi lumat. (Bubuh sebanyak pedas mana yang anda mahu)
Limau nipis 2 biji (ambil jusnya)
Serbuk cili kering kasar
Halia muda cincang halus
Bawang putih cincang halus
Daun ketumbar cincang halus.
Gula perang (gula biasa boleh juga)
Cara Memasak :
Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam. (Nak letak sos ikan pun boleh)
Lepas itu boleh gaul dengan udang/seafood lain.
Sekejap saja bahan sos tadi akan meresap dalam udang.
Jika nak letak sayur pun boleh. Contohnya lobak diparut halus, bawang besar cincang dan lain-lain.
Resepi ini lain dari yang lain. Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebooknya menjelaskan bahawa resepi yang diwariskan mak dia ini dimasak dengan cara menggoreng udang terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal. Apakah anda juga memasak dengan cara yang sama? Sila tengok resepi di bawah ini.
Bahan-bahan :
Bawang putih/merah kisar
Cili kisar
Air Asam
Udang goreng (half cooked)
Petai
Garam/Gula
Cara Memasak :
Tumis bawang sampai kuning dan naik bau.
Masukkan cili kisar.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air asam sedikit.
Tumis lagi, lepas itu masukkan petai/bawang hiris bulat.
Resepi udang masak lemak cili padi nan sedap dan menggetarkan lidah yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana di laman Facebook. Cara menyediakan dan bahan-bahan masakan udang masak lemak cili padi ini amat mudah. Tidak sampai 10 minit boleh siap dan dihidangkan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas.
Kelazatan udang butter resepi daripada Azlan Syazani Adanan di laman Facebook ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapan udang butter ini sangat menjilat jari. Yang paling menarik daripada resepi ini ialah sarang telur yang ditabur meraup di atas udang butter.
Bahan Udang :
15-20 ekor udang (saiz sederhana @ besar),
Tepung ayam goreng Bestari @ tepung jagung.
Cara Memasak Udang :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Lumurkan udang dengan tepung.
Goreng sekejap sahaja dan jangan sampai udang kecut.
100 gram cream cheese (lagi banyak lagi berlemak. Guna cheesedale pun boleh di agak-agak saja).
Cara Membuat Kuah Creamy Cheese :
Mula-mula masukkan butter ke dalam kuali.
Kemudian tumis bawang putih, bawang Holland, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
Lalu masukkan rempah kari dan kiub ayam.
Teruskan tumis sehingga naik bau dan masukkan susu, garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cream cheese, biarkan cheese cair dan masukkan bancuhan air tepung jagung @ beras.
Biarkan kuah memekat sedikit barulah masukkan udang yang telah digoreng. Gaul sebati. Mahu lagi pedas boleh tambah bilangan cili padi.
Bahan Sarang :
Minyak masak,
Butter @ marjerin,
3 biji telur kuning,
Sedikit susu segar @ susu cair,
4 biji cili padi didadu,
2 tangkai daun kari.
Cara Membuat Sarang :
Pukul kuning telur dan letakkan sedikit susu.
Letakkan sedikit serbuk perasa.
Panaskan minyak di dalam kuali beserta butter @ marjerin.
Setelah panas, tuang adunan telur dari jarak yang tinggi supaya sarang lebih halus sambil kacau dengan laju. Jika mahu mudah boleh guna bekas sos @ roti jala yang banyak corong.
Satu lagi cabaran memasak udang ialah apakah masukkan udang mentah dalam sambal ataukah perlu goreng udang dahulu. Atau kulitnya apakah sama ada dikupas atau tidak. Resepi sedap ini gerenti akan memancing selera makan anda semua. Dimakan bersama nasi putih panas digaul bersama sambal masak merah, sangat membangkitkan selera. Resepi udang masak merah sedap dan mudah daripada Az Zahra Yusuf di Facebook.
Aroma rempah kunyit sangat merangsang selera. Daging udang rasa sedap. Goreng bulat-bulat garing saja sudah sedap. Lagi kalau masak kunyit dengan siraman sos seafood. Membangkitkan citarasa manis daging udang. Resepi udang goreng kunyit sos seafood perkongsian daripada Aida Radzi di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 Mangkuk udang (dikunyit dan garamkan)
1 biji bawang besar merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 keping halia (dihiris)
Cili padi merah dan hijau (dihiris)
Dua sudu besar Seafood Sauce Adabi
Sedikit gula sebagai perasa
Cara Memasak :
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris sehingga kuning dan wangi.
Masukkan udang dan sos seafood. Kalau nak masukkan sayur pun bole masa ini.
Udang goreng tepung yang super rangup dan garing dan spesial kerana menggunakan oat. Cara membuat udang goreng tepung oat sangat simple. Patut cuba resepi udang goreng tepung oat yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook ini. Maka, lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah.
Lauk ini sedap dimakan dengan nasi putih. Udang yang dicampur kacang buncis rangup membuat makan jadi makin berselera. Selamat mencuba.Tengok gambar sahaja pun sudah terliur. Resepi udang goreng kacang buncis dikongsikan oleh Anna ZahRaa di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Udang,
*4 tangkai cili merah,
*10 tangkai cili api,
*1 ulas bawang besar,
*2 ulas bawang putih,
*Sedikit belacan dan serbuk kunyit.
Cara-cara :
Blend bahan yang bertanda * jangan terlalu hancur.
Kemudian panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang diblend tadi.
Masukkan 1 keping asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Masak bahan hingga kering baru masukkan udang.
Biarkan udang masak sekejap, kemudian masukkan kacang buncis.
Jika sudah masak boleh terus tutup api, jangan lama-lama nanti kacang layu
Kari India sememangnya terkenal lazat lemaknya. Perpaduan rempah kari yang sedap, rasa udang segar dan lemak kuah kari mencipta bau yang sedap amat. Makan kari udang sebagai lauk untuk berbuka bagi yang berpuasa. Ditemankan dengan nasi putih panas-panas. Anjali Ragu berkongsikan resepi kari udang di Facebook. Lazat dan patut cuba.
Bahan-bahan :
Bawang besar 1,
Halia saiz kecil,
Bawang putih 5 atau 6 ulas (diblend),
Biji sawi 1 sudu (diblend),
Jintan putih 1 sudu (diblend),
Jintan manis 2 sudu (diblend),
Alba ½ sudu (diblend),
Coriander,
Rempah biji 4 ½ sudu (diblend),
Kelapa setengah biji (diblend),
Cili kering 4 atau 5 (diblend),
Serbuk kunyit satu sudu (diblend),
Tomato,
Daun kari.
Cara-cara :
Mula-mula blend bawang besar, halia, bawang putih dan cili hijau dulu.
Kemudian masukkan kelapa, biji sawi, jintan putih, jintan manis, alba, rempah biji, cili kering, serbuk kunyit.
Lalu masukkan sedikit air dan blend.
Panaskan minyak dan tumis sedikit biji sawi.
Masukkan tomato dan daun kari. Tumis dan masak sampai tomato hancur.
Masukkan paste yang diblend tadi. Pastikan paste masak lebih kurang 10 minit.
Sediakan air asam jawa ikut sukatan masing-masing.
Campurkan air asam jawa dan gaulkan.
Campur sedikit serbuk cili.
Masukkan udang yang dicuci bersih ke dalam kuali.
Masukkan air sedikit dan biarkan 10 minit sampai udang betul-betul masak.
Sedap pula dimakan dengan ikan goreng garing-garing. Resepinya mudah amat, bawang, lada dan jangan lupa bahan utama ialah udang geragau. Tambah belacan jadikan rasa nasi goreng makin sempurna. Sila cubakan resepi daripada Alin Sulaiman di laman Facebook di bawah ini.
Bahan-bahan :
Bawang merah kecil,
Bawang putih,
Lada cili *ikut kepedasan masing-masing,
Lada merah.
Cara-cara :
Hiris semua bahan.
Tumis sampai naik bau.
Letak udang geragau.
Masukkan nasi yang sudah digaul dengan garam dan belacan. Gaul sebati sampai masak.
Resepi mee udang yang viral. Kuah pekat mee udang ini diperbuat dengan menambahkan stok udang yang dibuat daripada kepala udang. Kemudian ditambahkan keledek dan kentang blend yang membuat kuah semakin jadi pekat. Resepi mee udang yang dikongsikan oleh Siti Aisyah di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Mee kuning secukupnya,
Udang secukupnya,
Kepala udang (direbus untuk dijadikan stok),
* Cili kering segenggam (ikut selera pedas masing-masing),
* Bawang putih 3 ulas,
* Halia sedikit,
* Bawang merah 7-8 biji,
* Tomyam paste sesudu besar,
* Udang kering 2 paket (paket RM 1),
Sebiji kentang,
Sebiji keledek (sederhana besar).
Hiasan :
Daun bawang,
Bawang goreng,
Cili merah dan hijau,
Telur rebus,
Limau nipis/kasturi,
Cara-cara :
Rebus kepala udang, dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
Rebus kentang dan keledek. Blend halus dan ketepikan.
Kisar semua bahan bertanda *, tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang. Masak lagi hingga mendidih.
Tambah garam sedikit, gula sedikit, aji sedikit.
Masukkan keledek dan kentang blend tadi. Tambah air jika perlu.
Jika sudah mendidih baru masukkan udang dan perasakan.
Kanak-kanak paling pantang makan pedas-pedas. Namun begitu hal tersebut tidak membatasi kreasi ibu untuk menyediakan makanan yang bergizi untuk anak. semestinya udang ialah makanan laut yang banyak mengandungi gizi. Sangat saying sekali jika anak tidak dapat makan udang. Oleh itu kami cadangkan ibu untuk masak udang kicap. Kepedasan mengikut selera masing-masing. Resepi dikongsikan oleh Fateen Hamdan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Bawang putih ditumbuk,
Bawang merah ditumbuk,
Halia ditumbuk,
Cili Boh,
Sos cili,
Sos tiram,
Kicap manis,
Garam dan gula.
Cara-cara :
Tumis bawang dan halia.
Masukkan cili boh.
Kalau sudah pecah minyak, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis.
Jikalau masak udang kari berkuah sudah biasa, macam mana kalau udang goreng kari pula? Pernahkah anda terbayang sedapnya bau kari udang namun bukan kari berkuah? Resepinya nampak menarik bukan? Jom cubakan resepi udang goreng kari oleh Wan Az di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Bawang besar 2 biji,
Bawang putih 3 ulas,
Halia,
Cili hijau,
Cili api, (Bahan-bahan di atas diblend)
Serbuk kari ayam daging Adabi,
Udang letak garam dan kunyit,
Goreng separa masak,
Kentang digoreng,
Cara-cara :
Tumiskan bahan yang diblender guna minyak lebihan goreng udang tadi dan kalau perlu tambah minyak lagi, minyak terlebih tidak mengapa kerana nanti bila sudah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.
Bila sudah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
Letak serbuk kari daging.
Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggi cukup rasa dan sedikit brown sugar.
Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.
Tunggu apa lagi, mari masak udang padprik untuk makan tengah hari. Tengok gambar mesti terliur bukan? memang sedap dam senang resepi udang padprik yang dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook. Walaupun bahan-bahan yang diguna macam banyak, yakinlah penyediaannya mudah dan anda boleh masak lagi sedap.
Bahan-bahan :
Udang sekati,
Cabai kering 10 tangkai,
Belacan sedikit,
Bawang kecil 5 ulas,
Bawang putih 2 ulas,
Semua di atas diblend.
Air asam setengah cawan,
Serai 2 batang diketuk,
Sedikit kicap manis,
Sedikit pati santan,
Garam dengan gula,
Sayur pucuk jagung,
Lobak merah,
Kacang buncis,
Santan,
Kicap manis,
Pati ayam.
Hiasan; cabai merah, cabai melaka, bawang besar, daun limau purut dan daun bawang.
Cara-cara :
Tumis cabai tadi sampai pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan serai, santan, kicap manis.
Masukkan garam, gula dan pati ayam. Masak sampai kering.
Satu lagi resepi mudah untuk udang. Favorit kanak-kanak, udang masak sos. Rasanya yang pedas-pedas manis dan daging udang pun kekal gebu itulah yang membuat kanak-kanak suka. Resepi dikongsikan oleh ZainolAnim Zainol di laman Facebook. Senang boleh puas makan.
Bahan-bahan :
Bawang putih,
Bawang merah,
1 sudu besar cili kisar,
Halia (dihiris nipis),
1 setengah gelas air,
2 sudu besar sos cili,
3 sudu besar sos tomato,
2 sudu besar sos tiram.
Cara-cara :
Tumis bawang, cili dan halia.
Masukkan air, sos cili, sos tiram dan sos tomato.
Apabila sudah mendidih, masukkan udang, tomato dan bawang besar yang dihiris bulat-bula.
Apabila udang sudah masak, masukkan air tepung jagung (1 sudu kecil tepung jagung dan sedikit air).
Sambal udang kering boleh dijadikan gandingan makan bersama cucur, X, atau gandingan makanan lain. Makan dengan sambal udang kering jadi makin berselera. Sila cubakan resepi sambal udang kering dikongsikan oleh Pari Malar Thoraisingam di laman Facebook.
Bahan-bahan :
100 gram udang kering,
30 cili kering,
2 bawang putih,
2 bawang merah boleh gunakan bawang kecil,
1 sudu sos tiram,
1 sudu cuka @ air asam jawa.
Cara-cara :
Goreng cili kering, bawang putih, udang kering, bawang merah.
Dari nama resepi udang berempah nampak rumit memang, namun rupanya masakan inilah yang paling senang dibuat. Zaid Azizy Yaakob berkongsikan resepinya di laman Facebook. Resepi udang berempah amat sesuai untuk orang bujang sebab masakan ini senang sangat. Sila cubakan.
Bahan-bahan :
Udang,
Cili kering kisar,
Bawang kisar,
Bawang putih kisar,
Halia kisar, Serai kisar,
Sedikit serbuk kari,
Garam dan gula.
Cara-cara :
Tumis kesemua bahan sampai masak (kecuali udang).
Masukkan garam dan gula.
Masukkan udang.
Gaul-gaul. Siap. (masak udang tidak perlu lama, nanti kecut).
Kali ini resepi Thai yang diolah oleh Ida Zairi di laman Facebook patut anda cuba. Pasalnya, resepi ini sedap sangat bahkan dapat perkongsian ramai. Sedap menjilat jari. Makan dengan nasi putih bertambah-tambah.
Bahan-bahan :
1 kg udang (seeloknya udang [email protected] galah) garam kunyitkan dan goreng sekejap.
Bahan Blend Halus :
2 biji bawang besar,
5 ulas bawang putih,
1 inci halia,
½ inci lengkuas,
2 batang serai potong halus,
2 biji cili hidup (merah),
5 biji cili api (hijau),
2 sudu cili kisar,
1 sudu pes tomyam,
1 sudu sos tiram,
1 sudu sos cili,
1 sudu sos ikan,
1 keping asam keping,
Kacang panjang (optional).
Bahan Perasa :
Garam,
Gula.
Bahan hiasan :
Daun limau purut.
Cara-cara :
Panaskan minyak bekas goreng udang.
Tumis bahan-bahan blend hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, masak sampai pecah minyak.
Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili dan sos ikan, masak hingga mendidih.
Jika kering masukkan air.
Masukkan udang, masukkan kacang dan daun limau purut. Perasakan.
Menu seterusnya ialah udang galah masak kerisik, menarik bukan? Resepi lauk ini dikongsikan di laman Facebook oleh ARieL JuffRy di laman Facebook. Jangan lupa gunakan udang galah supaya makin sedap terangkat.
Bahan-bahan :
Udang galah dibasuh bersih,
Kerisik 3 sudu besar,
Cili kering diblend,
Bawang besar 3 labu,
Bawang putih 4 ulas,
Halia sebesar ibu jari,
2 sudu kecil serbuk kari,
Aji, garam dan gula,
Asam keping 2 keping.
Daun kari 3 tangkai.
Cara-cara :
Lumur udang yang dibersihkan tadi dengan sedikit kunyit dan garam.
Kemudian goreng udang separa masak. Toskan.
Tumiskan bahan kerisik, cili, bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Siapa yang tidak pernah merasa lagi makan udang lipan @ ketak? Resepi akhir himpunan masakan udang ini patut anda cuba. Udang dimasak sweet sour cili kering memang paling umph! Makan dengan nasi putih panas-panas, terliurnya konfirm makan lupa diet. Sedap gila resepi daripada Anis Atokman yang berkongsi di laman Facebook. Kuantiti bahan boleh agak-agak sahaja.
Bahan-bahan :
Udang lipan (isi saja),
Cabai kering (potong panjang),
Cabai melaka,
Bawang putih,
Daun limau purut (jika ada),
Serai,
Sos tiram,
Sos cili,
Serbuk perasa,
Gula.
Cara-cara :
Mula-mula udang lipan harus digoreng tepung dulu, pakai tepung bestari sahaja. Lepas goreng ketepikan udang.
Tumis cabai kering, cabai melaka, bawang putih, serai dan daun limau purut sehingga naik bau (kalau boleh guna minyak goreng udang tadi tapi minyak jangan banyak sangat, sedikit sahaja).
Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati.
Masukkan gula dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. Biar mendidih hingga kuah nampak pekat.
Akhir sekali masukkan udang lipan goreng tepung tadi, kacau rata. Siap.
Resepi-resepi udang di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.