Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap kami petang ini kalau tengah jaga badan. Resepi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resepi dari Kelantan yang cikgu Afy AL Habibi belajar dari mok. Gulai kuning ikan ayo nama diberi. Ada dua cara sebenarnya, tapi kami kongsi dulu versi tumis.

Apa-apa tips yang dibagi memang kena ikut. Bukan senang mewarisi ilmu masakan mok cikgu Afy yang banyak pengalaman itu. Sangat berharga dan susah dapat. Antara tips bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini ialah :

  1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
  2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
  3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
  4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
  5. Padankan dengan sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.

Seperti tips yang diberi di atas, jika ingin rasa sedap, bungkus nasi dengan daun pisang beserta dengan kuahnya sekali. Bagi rasa sebati setengah jam. Baru buka pembungkus dan makan. Sila rasa kenikmatan yang tak terhingga makan nasi bungkus cara orang Kelantan. Resepi di bawah ini untuk seekor ikan tongkol bersaiz besar XXL.

Biasa orang Kelantan masak gulai ikan mesti rebus dulu. Ada banyak resepi rebus ikan yang tersendiri. Masing-masing ada kesedapannya. Cuma yang belum tahu cara ini, mesti cuba ikut resepi ini. Pasti ada kelainan dan keistimewaan yang jarang dirasai.

Resepi Gulai Kuning Ikan Ayo

gulai kuning ikan ayo

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar cili kering kisar,
  • 1 sudu besar serbuk kunyit,
  • ½ sudu besar serbuk kari,
  • 1 kotak kecil santan pekat,
  • 1 cawan air,
  • ¼ cawan air asam jawa,
  • 1 keping [email protected] melaka,
  • Garam dan gula secukupnya.

Bahan Kisar :

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas, (cikgu guna lebih untuk menaikkan rasa lengkuas yang sedap).

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan 1 sudu besar cili kering kisar.
  4. Masukkan pula 1 sudu besar serbuk kunyit. (Ini antara petua mak yang cikgu guna untuk menaikkan aroma gulai).
  5. Masukkan ½ sudu besar serbuk kari.
  6. Tumis lagi sehingga pecah minyak untuk kuah cantik dan menaikkan aroma masakan. (Proses paling penting. Ini rahsia seterusnya cikgu pakai).
  7. Kemudian masukkan 1 kotak kecil santan pekat.
  8. Diikuti dengan 1 cawan air dan ¼ cawan air asam jawa.
  9. Tambahkan air rebusan ikan sedikit.
  10. Perasakan dengan 1 keping nise kecil / gula Melaka, garam bukit, gula putih atau gula perang secukup rasa.
  11. Masukkan ikan yang sudah direbus.
  12. Selepas kuah mula memekat, masukkan terung terlebih dahulu kemudian diikuti sayur lain seperti timun batang, kacang panjang, dan cili padi.
  13. Tunggu 2-3 minit sebelum tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain gulai kuning ikan ayo, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.