Resepi Cinnamon Rolls (Lembut dan Manis)
Cinnamon rolls atau biasa disebut cinnamon bun ialah hidangan ala Eropah yang sangat terkenal. Ia berbentuk gulungan sehingga biasa dipanggil cinnamon…

Cinnamon rolls atau biasa disebut cinnamon bun ialah hidangan ala Eropah yang sangat terkenal. Ia berbentuk gulungan sehingga biasa dipanggil cinnamon swirl atau cinnamon snail. Hidangan ini diperbuat daripada tepung, gula, susu. Kayu manis sebagai filling lapisan roll nya. Rasanya amat lembut dan manis. Sesuai dihidangkan sebagai dessert. Nana Bella dalam perkongsiannya di laman Facebook membuat cinnamon rolls. Kaedah dan resepinya mudah sahaja. Doh dileperkan kemudian disapukan cinnamon lalu digulung. Kemudian roll dipotong dan dibakar. Sangat mudah bukan? Anda boleh cubakan di rumah. Hidangkan cinnamon rolls untuk anak-anak anda. Mesti mereka suka. Selamat ber rolls.
Resepi Cinnamon Rolls

Imej via Google
Bahan-bahan Doh :
- 3 ¼ cawan all purpose flour,
- ¾ cawan susu (fresh milk),
- ¼ cawan marjerin (suhu bilik),
- 1 package instant yis,
- ¼ cawan gula halus,
- ½ sudu kecil garam,
- 1 biji telur,
- ¼ cawan air.
Bahan-bahan Filling :
- 1 cawan gula perang,
- 1 sudu besar serbuk cinnamon (saya letak lebih),
- ½ cawan marjerin (suhu bilik).
Cara-cara :
-
Panaskan susu hingga mendidih, tutup api dan angkat.
-
Masukkan marjerin dan kacau hingga sebati bersama susu. Ketepikan dan biarkan ia menjadi suam.
-
Ambik bowl besar, masukkan tepung,yis, gula dan garam. Kacau rata.
-
Masukkan air, telur dan bancuhan susu dan marjerin. Kacau rata hingga sebati.
-
Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan doh ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli selama 5 minit.
-
Tutup doh dengan kain lembap dan ketepikan selama 10 minit.

Imej via Facebook
-
Sementara menunggu, menggunakan mangkuk lain satukan serbuk cinnamon, gula perang dan marjerin.
-
Canaikan doh tadi sehingga menjadi bentuk empat segi (boleh bentuk lain). Sapukan adunan marjerin, gula perang dan cinnamon ke atas doh.

Imej via Facebook
-
Gulung dan sealkan hujungnya dengan sapuan air pada doh supaya melekat.

Imej via Facebook
-
Potong doh yang siap digulung mengikut ukuran dan citarasa masing-masing
-
Susun doh di dalam loyang yang telah dilenser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit atau sehingga doh naik sekali ganda.

Imej via Facebook
-
Panaskan oven pada suhu 190 °C dan bakar selama 20 minit.
-
Bergantung pada oven masing-masing.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi cinnamon rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.